Kurang enam bulan selepas pelancaran global, BMW R 18 Transcontinental dan R 18 B kini dirasmikan di Malaysia menerusi BMW Motorrad Malaysia.
BMW R 18 Transcontinental dan R 18 B (Bagger) mengangkat taraf R 18 ke peringkat lebih tinggi sebagai motosikal Great American Tourer.
Dibangunkan berdasarkan model R 18 First Edition dan Classic, varian Transcontinental dan Bagger ini memfokuskan keselesaaan tinggi bagi tunggangan jarak jauh hasil penggunaan panel depan jenis ‘batwing’ dan penghadang angin lebih tinggi.
Menurut BMW Motorrad, R 18 Transcontinental menawarkan elemen motosikal gaya Amerika manakala R 18 B direka untuk tunggangan santai.
Bernadikan enjin Big Boxer 1,802cc, kedua-dua varian ini kekal menawarkan 91hp pada 4,750rpm dan 158Nm pada 3,000rpm.
Penggunaan kerangka jenis ‘double-loop tube’ juga meneruskan kesinambungan jentera BMW R 5 yang suatu ketika dulu cukup ikonik.
Antara ciri menarik terdapat pada R 18 Transcontinental dan R 18 B adalah seperti berikut:
- fork depan 49nmm
- suspensi jenis strut (dengan damping dan preload boleh laras
- rim aloi ringan
- BMW Motorrad Full Integral ABS
- cakera brek berkembar depan
- cakera berk tunggal belakang
- top cas 48L (R 18 Transcontinental)
- tangki 24L
Bagi melengkapkan ciri sebagai jentera ‘touring’, kedua-dua varian ini disertakan dengan fungsi ‘Dynamic Cruise Control’ yang sebelum ini tidak ditawarkan pada varian R 18 Classic.
Tahap keselesaan penunggang juga dipertingkat dengan tempat letak kaki diposisikan di bahagian tengah manakala tempat duduk lebih selesa dengan fungsi pemanas
Bagaimanapun, varian R 18 B tampil dengan tempat duduk lebih langsing.
Sementara itu, ruang depan pula memuatkan skrin paparan TFT 10.25″ berwarna yang menawarkan fungsi navigasi dan boleh disambungkan kepada telefon pintar.
Antara ciri elektronik lain ditawarkan ladah tiga mod tunggangan (Rain/Roll/Rock), Automatic Stability Control, Engine Drag Torque Control, Hill Start Contro dan pembesar suara Marshall.
Untuk makluman, BMW R 18 Transcontinetal dan R 18 B ditawarkan pada harga RM198,500 dan RM186,500.