Bikesrepublic

Berita Terkini

Anak syarikat Qianjiang Motorcycle, Benelli, bakal memperkembangkan portfolio TRK dengan versi 600cc.

Setelah memperkenalkan TRK251 dan TRK502, jenama motosikal Itali-Taiwan itu bakal memperkenalkan TRK600 untuk pasaran global.

Dijenamakan semula dari QJ600GS, Benelli TRK600 akan dikuasakan dengan enjin 4-silinder yang sama terdapat pada TNT600 namun menawarkan elemen ‘adventure’.

Meskipun menawarkan 80hp sama seperti TNT600 namun dengan ciri ‘adventure’, TRK600 ini adalah seberat 233kg.

Benelli TRK600 ini akan sertai TKR800 yang akan turut dilancarkan tidak lama lagi. – Bennetts

Jenama motosikal Itali-Taiwan, Benelli, bakal melaksanakan kemas kini baharu terhadap model 302R bagi 2022.

Perkara itu didedahkan menerusi gambar ‘spyshot’ yang dikongsikan.

Gambar tersebut jelas memaparkan beberapa aspek baharu yang telah dikenalkan antaranya rekaan yang lebih renceng (slim).

Bagaimanapun, perubahan paling ketara adalah kedudukan lampu yang menegak yang digabungkan dengan fairing lebih agresif dan aerodinamik.

Meskipun reka bentuk tangki tidak dapat dilihat dengan jelas namun dijangka akan mengekalkan rekaan sama kecuali bahagian tempat duduk yang kini berbeza.

Pada masa sama, dijangkakan Benelli 302R ini akan terus dikuasakan dengan enjin 300cc parallel-twin yang menjana 36hp namun akan dinaik taraf ke Euro 5.

Apa yang menarik, model ini didakwa 8 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Susulan pandemik Covid-19, orang ramai yang terkesan terpaksa mencari pelbagai cara untuk menjana pendapatan termasuklah menjual makanan di lampu isyarat.

Antara makanan popular adalah buah-buahan dan minuman.

Bagaimanapun, difahamkan tindakan membeli makanan di lampu isyarat adalah satu kesalahan dan pembeli boleh dikenakan denda RM2,000.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang menjelaskan bahawa aktiviti meniaga di lampu isyarat bukan sahaja membahayakan penjual malah pengguna jalan raya lain.

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” jelasnya menurut laporan media tempatan.

Rata-rata kawasan lampu isyarat utama yang mempunyai jumlah trafik tinggi menjadi tumpuan peniaga ini.

Pada masa sama, Datuk Ayob Khan turut meminta peniaga untuk cari kaedah lain yang lebih sesuai dan selamat. – KOSMO

Taman Kota Masai yang popular dengan aktiviti bermotosikal telah menjadi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam Ops Khas Ubah Ekzos Bising.

Dikenali sebagai ‘sekolah wheelie’ kawasan Taman Kota Masai telah dikesan sebagai lokasi panas dalam pelaksanaan Ops Khas tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, empat operasi khas telah pun dijalankan di kawasan tersebut sejak 1 Mac lalu.

Ops Khas tersebut menyaksikan lebih 4,400 kenderaan telah diperiksa dengan 817 saman dikeluarkan berkaitan ekzos manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 138 kompaun diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 146 saman.

“Polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” jelas Ayob Khan.

Ops Khas Ekzos Bising merupakan operasi besar-besaran membabitkan anggota penguatkuasaan tempatan dalam mengekang gejala ekzos bising setelah menerima pelbagai aduan terhadap isu itu selama ini.

Demikian kenyataan salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Khas Ekzos Bising yang dijalankan di Jalan Genuang, Segamat, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, lelaki berusia 35 tahun itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mendakwa ekzos tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Ekzos bising ini monyet takut tuan, sebab itu saya pakai kalau hendak halau monyet dan babi hutan di kebun pisang,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut diarahkan ke Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah (IPD) Segamat untuk pemeriksaaan bunyi ekzos oleh Jabatan Alam Sekitar.

Difahamkan, lelaki tersebut antara sembilan motosikal yang gagal pemeriksaan pencemaran bunyi oleh JAS.

Kesemuanya diminta mengubah kembali ke ekzos asal sekiranya mahu menuntu kembali motosikal masing-masing. – BH

Beberapa pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan, pagi tadi.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), dengan kerjasama Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melaksanakan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah.

POLIS SAMAN POLIS Pagi ini Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta…

Posted by Polis Kedah on Sunday, 14 March 2021

Menurut perkongsian di Facebook Polis Kedah, pemeriksaan tersebut membabitkan semakan terhadap dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan serta pas keselamatan.

Difahamkan, beberapa kenderaan pegawai, anggota serta kakitangan awam PDRM Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman ekoran melanggar undang-undang jalan raya antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi (fancy).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube