Jenama motosikal Itali-Taiwan, Benelli, bakal melaksanakan kemas kini baharu terhadap model 302R bagi 2022.
Perkara itu didedahkan menerusi gambar ‘spyshot’ yang dikongsikan.
Gambar tersebut jelas memaparkan beberapa aspek baharu yang telah dikenalkan antaranya rekaan yang lebih renceng (slim).
Bagaimanapun, perubahan paling ketara adalah kedudukan lampu yang menegak yang digabungkan dengan fairing lebih agresif dan aerodinamik.
Meskipun reka bentuk tangki tidak dapat dilihat dengan jelas namun dijangka akan mengekalkan rekaan sama kecuali bahagian tempat duduk yang kini berbeza.
Pada masa sama, dijangkakan Benelli 302R ini akan terus dikuasakan dengan enjin 300cc parallel-twin yang menjana 36hp namun akan dinaik taraf ke Euro 5.
Apa yang menarik, model ini didakwa 8 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.