Bagi meraikan ulang tahun ke-75 Vespa, pengeluar motosikal itu melancarkan edisi “75th special” yang datang dalam bentuk Primavera dan GTS.
Model edisi khas ini tampil dengan pilihan warna Giallo 75th yang merupakan warna kontemporari yang popular pada era 40an manakala panel tepi memaparkan angka 75.
Vespa edisi khas ini menawarkan tempat duduk berwarna ‘smoky gray’, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian serta pelbagai kemasan krom.
Antara elemen yang menonjol adalah beg kulit berbentuk bulat yang seakan menyamai bekas tayar ganti.
Bagaimanapun, model ini masih menawarkan ciri moden antaranya skrin berwarna TFT 4.3″ dengan keterhubungan Vespa MIA.