Bikesrepublic

Berita Terkini

Bagi meraikan ulang tahun ke-75 Vespa, pengeluar motosikal itu melancarkan edisi “75th special” yang datang dalam bentuk Primavera dan GTS.

*Vespa GTS 75th

Model edisi khas ini tampil dengan pilihan warna Giallo 75th yang merupakan warna kontemporari yang popular pada era 40an manakala panel tepi memaparkan angka 75.

Vespa Primavera 75th

Vespa edisi khas ini menawarkan tempat duduk berwarna ‘smoky gray’, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian serta pelbagai kemasan krom.

Antara elemen yang menonjol adalah beg kulit berbentuk bulat yang seakan menyamai bekas tayar ganti.

Bagaimanapun, model ini masih menawarkan ciri moden antaranya skrin berwarna TFT 4.3″ dengan keterhubungan Vespa MIA.

Laman media sosial MotoGP menjadi panas gara-gara memuat naik imej kemalangan menimpa pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow.

Crutchlow kemalangan di Selekoh 2 (Turn 2) di Litar Antarabangsa Losail sewaktu sesi ujian pra-musim 2021.

Dia sertai beberapa pelumba lain yang terbabas di Selekoh 2 sebaik selepas suhu litar turun ekoran cuaca bertukar malam.

Bagaimanapun, komen tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo dengan kenyataan, “I told you,” mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak, antaranya pelumba Ducati, Jack Miller.

Jack Miller dalam komen membalas meminta pelumba Sepanyol itu untuk menjadi lebih matang dan bukannya bersikap seperti budak kecil.

Ini buka kali pertama keduanya bertikam ledah dengan Lorenzo dan Miller beberapa kali membidas satu sama lain di dalam dan luar paddock sebelum ini.

Hari pertama ujian pra-musim menyaksikan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro merekodkan masa terpantas diikuti Stefan Bradl kedua dan pertahan juara, Joan Mir, ketiga.

Franco Morbidelli meneruskan momentum musim lalu dengan muncul pelumba Yamaha terpantas bagi sesi ujian sulung musim 2021 di Qatar.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa ketujuh terpantas keseluruhan, dua kedududkan di atas pelumba factory, Maverick Vinales.

“Lega dapat kembali menunggang, saya rindukan jentera M1 saya.

“Saya sangat rindu akan kelajuan dan kuasa jentera Yamaha saya. Sesi ujian di waktu siang dan malam berjalan dengan sangat baik,” kata Morbidelli.

Meskipun masih lagi kempunan jentera “YZR-M1 ‘factory-spec’ namun pelumba Itali itu berpuas hati dengan prestasi jentera ‘A-spec+’ miliknya.

“Seperti yang saya jelaskan, ini masih lagi jentera yang sama tetapi dengan beberapa perincian telah dilakukan. Jadi saya mahu berterima kasih kepada Yamaha sekali lagi,” jelasnya.

Hari pertama ujian pra-musim menyaksikan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro terpantas diikuti Stephan Bradl (Repsol Honda) dan pertahan juara, Joan Mir (Suzuki) ketiga.

Sementara itu, Valentino Rossi sekadar menamatkan sesi ujian di tempat ke-20.

Ducati mengumumkan pengeluaran bagi Monster 2021 telah pun dimulakan di kilang Borgo Panigale.

Hadir menyaksikan pemasangan model baharu itu adalah dua pelumba Ducati di MotoGP, Enea Bastianini dan Luca Marini.

Bastianini dan Marini sempat singgah sebelum ke Qatar bagi sesi ujian rasmi sulung musim ini.

Ducati Monster merupakan model paling popular Ducati dengan lebih 350,000 unit telah pun dijual diseluruh dunia setakat ini.

Sebagai penghargaan terhadap model laris itu, Ducati melancarkan Monster 2021 menerusi siaran Ducati World Premier 2021 hujung tahun lalu.

Menurut Ducati, segalanya tentang Monster 2021 ini adalah serba baharu namun masih lagi mengekalkan DNA model sebelumnya antaranya rekaan tangki jenis ‘bison back’ termasuk bentuk lampu bulat.

Bagi tahun 2021, Ducati meninggalkan kerangka jenis steel trellis dan sebaliknya memilih kerangka depan jenis aluminium yang terdapat pada Panigale V4 dalam usaha merendahkan berat jentera yang kini hanya 166 kilogram.

Setiap komponen juga telah direka semula dan hasilnya rim kini 1.7kg lebih ringan, swingarm 1.6kg lebih ringan dan berat subframe turun 1.9kg hasil daripada teknologi GFRP (Glass Fibre Reinforced Polymer) sekaligus menyaksikan penurunan berat sehingga 18kg.

Ducati Monster 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Ducati Quickshift (up/down)
  • ABS Cornering
  • Traction control
  • Wheelie control
  • Launch control.
  • Tiga mod tunggangan; Sport, Urban dan Touring
  • Paparan TFT 4.3 ini berwarna

Yamaha Motor Co. Ltd telah melancarkan TMAX edisi khas sempena meraikan ulang tahun ke-20 skuter itu.

Terhad kepada 560 unit seluruh dunia, Yamaha TMAX edisi khas ini didatangkan dengan panel jenis gentian karbon di bahagian kiri dan kanan, di fender depan dan pelindung ekzos.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Exclusive carbon shell design
  • Special heated grips and saddle
  • Exclusive colour
  • 560cc EURO5 approved engine
  • Dynamic and aggressive body design
  • Electric windshield
  • cruise control
  • Integrated LED front arrows
  • Fully equipped with best-in-class specifications
  • Lightweight aluminium frame
  • Traction control and D-MODE
  • Spacious storage compartment
  • Keyless ignition Smart Key
  • Monochrome TFT instrumentation
  • Motorcycle type suspension with optimized settings
  • Center stand locking system

Setiap model edisi khas ini juga didatangkan dengan nombor siri sebagai menandakan 560 unit dihasilkan.

Model ini juga ditawarkan dengan warna khas, Tech Graphite, yang menonjolkan lagi rupa keseluruhan skuter ini bersama panel jenis gentian karbon.

Bagaimanapun, motosikal jenis ‘sport scooter’ ini masih lagi dikuasakan enjin 560cc sama yang terdapat pada model 2020 yang menawarkan 47.6hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5,250rpm.

Model khas ini akan ditawarkan secara atas talian sahaja bermula 31 Mac 2021.

Seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah disaman gara-gara meraikan hari terakhir peperiksaan di atas jalan raya.

Kesemua yang berusia 18 tahun itu disaman dalam Ops Khas sempena ubah suai ekzos dan pemantaun calon SPM di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, sejumlah 92 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan tersebut adalah gagal pamer lesen P dan L, aksesori tidak sempurna, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen, nombor plat tidak mengikut pendaftaran, tiada insurans, dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh.

Pada masa sama, lebih 14 buah motosikal turut disita. – SH

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube