Segmen skuter maxi 250cc menjadi semakin rancak menerusi pelancaran WMOTO RT3.
WMOTO RT3 merupakan skuter 250cc yang telah dijenamakan semula dari Zongshen Cylone.
Skuter ini dikuasakan dengan enjin 247cc , satu silinder DOHC 4-valve yang menawarkan 23hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm.
Enjin ini juga mencapai standard Euro 4 sekaligus menjaminkan kuasa dan penggunaan minyak yang efisien dalam kelasnya.
Selain daripada enjin berkuasa, skuter ini turut tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya penggunaan sistem keyless yang praktikal.
Fungsi ini membolehkan penunggang menghidupkan motosikal, membuka ruang letak barang dan tangki minyak tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.
WMOTO RT3 ini juga sesuai digunakan bagi tunggangan jarak jauh hasil bantuan tangki 17L.
Sistem ‘suspension’ dikendalikan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentakan belakang berkembar manakala brek dikendalikan Bosch ABS dwi-saluran (dual-channel).
Antara ciri menarik lain:
- ruang letak barang dengan pencahayaan LED
- dua pengecas USB
- lampu LED penuh
- tayar 120/70 depan dan 140/60 belakang
- gabungan paparan meter digital LCD dan analog
WMOTO RT3 ini boleh didapati di semua pengedar MForce Bike Holdings pada harga RM15,188 dan datang dengan tiga warna pilihan, Matte Grey, Glittery Blue, dan Red.