Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yamaha Motor Co. Ltd bakal bangunkan sebuah motosikal baharu dengan nama YZF-R7.

Dalam perkembangan terkini, Yamaha disahkan bakal memperkenalkan motosikal tersebut menerusi dokumen CARB yang telah difailkan di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, motosikal tersebut bukanlah meneruskan sejarah R7 dengan enjin 750cc 4-silinder yang pernah gah satu ketika dulu.

Sebaliknya, dokumen tersebut merujuk bahawa R7 itu akan mengguna pakai enjin 689cc parallel-twin yang terdapat pada MT-07 dan Tenere 700.

Ini bermakna, model baharu ini adalah MT-07 versi fairing penuh.

Menurut laporan, Yamaha R7 akan tampil dengan pilihan warna Yamaha blue dan hitam namun info lebih terperinci masih kekal jadi tanda tanya.

Apa yang pasti, R7 ini sedikit sebanyak menghadirkan berita gembira buat peminat motosikal yang berduka cita dengan keputusan Yamaha untuk menghentikan pengeluaran YZF-R6 kecuali untuk kegunaan di litar susulan penguatkuasaan Euro 5.

Namun, berbanding R6 yang lebih berkuasa dengan kuasa kuda berada pada 117hp, enjin parallel-twin pada MT-07 hanya menawarkan 72.4hp pada 9,000rpm.

Yamaha R7 ini dijangka akan diperkenalkan sebagai model 2022. – Motorcycle.com

Seorang pemilik skuter jenis SYM VTS 200 antara yang dikenakan tindakan saman gara-gara membina bumbung sendiri.

Lelaki berusia 52 tahun itu membina sendiri struktur bumbung terbabit berserta pengilap cermin pada skuternya bermodalkan RM300.

Menurutnya, sepanjang tempoh memasang bumbung tersebut sejak tahun lalu dia tidak pernah disaman pihak berkuasa.

Pemilik skuter tersebut antara yang ditahan dalam Operasi Kesalahan Teknikal Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata sebanyak 1,050 motosikal telah diperiksa dengan 150 motosikal telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, guna nombor plat ‘fancy’, tayar kecil serta ubah suai ekzos. – HM

Penganjur EICMA dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda Motor Company, bakal sertai pameran motosikal terbesar dunia itu tahun ini.

Dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 November ini, penyertaan Honda dilihat sebagai reaksi positif selepas acara itu terpaksa dibatalkan tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira pembangunan dan pengambilan vaksin yang giat dijalankan seluruh dunia, EICMA 2021 berada dalam landasan terbaik untuk dilangsungkan tahun ini.

Setakat ini, hanya BMW Motorrad yang telah pun mengumumkan pengunduran diri daripada EICMA 2021 serta semua acara lain.

Namun, dengan EICMA 2021 hanya akan berlangsung lapan bulan dari sekarang, peluang untuk BMW Motorrad membuat pusingan-U masih terbuka bergantung kepada situasi semasa.

Awal tahun ini, timbul khabar angin mengatakan terdapat satu lagi varian baharu Ducati Multistrada V4 akan diperkenalkan.

Maklumat itu tersebar menerusi dokumen EPA yang telah difailkan di Amerika Syarikat dengan laporan antarabangsa mendakwa motosikal terbabit merujuk kepada Multistrada V4 Pikes Peak Edition.

Dalam laporan terbaru, Moto.it, berjaya mendapatkan beberapa foto “spyshot” yang mengesahkan varian baharu Multistrada V4.

Menariknya, gambar tersebut mendedahkan beberapa perkara antaranya kembalinya penggunaan swingarm jenis single-sided yang cukup ikonik bagi jenama Itali itu.

Bukan itu sahaja, foto terbabit turut memaparkan penggunaan rim saiz 17″ jenis forged aluminium dari Marcheseini berbanding saiz 19″ yang terdapat pada Multistrada V4, V4 S dan V4 S Sport.

Difahamkan, jentera ini akan diperkenalkan sebagai model 2022 dan akan dilancarkan hujung tahun ini. – Moto.it

Susulan kejayaan pelancaran generasi ke-5 Honda City tahun lalu, Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City RS e:HEV yang ditawarkan pada RM105,950.

Sejak pelancaran tahun lalu, Honda Malaysia telah pun menerima lebih 20,000 tempahan (pelbagai varian) dengan 13,100 unit telah pun sampai ke tangan pemilik.

Honda City RS e:HEV ini merupakan model sulung yang dilengkapi dengan sistem Honda CONNECT yang menawarkan inovasi keterhubungan paling canggih.

Menerusi Honda CONNECT, pemilik disambungkan secara terus ke sistem komunikasi yang boleh dihubungi 24 jam sekiranya berlaku sebarang isu atau masalah.

Honda City RS e:HEV ini tampil dengan gril depan hitam gloss, gril bawah eksklusif, bumper belakang dengan diffuser dan spoiler hitam gloss.

Model ini juga didatangkan dengan ciri lebih dinamik antaranya lampu LED dengan fungsi Daytime Running Lights (DRL), lampu LED fog baharu, lampu LED belakang baharu dan rim 16″dua tona.

Bagaimanapun, aspek yang menjadi fokus pada varian tertinggi City ini adalah sistem hibrid 2-motor ‘intelligent Multi-Mode Drive’ (i-MMD) yang membantu enjin 1.5L DOHC i-VTEC ini menjana 109PS dan 253Nm.

Dipadankan dengan transmisi e-CVT ( Electric Continuous Variable Transmission), model ini menawarkan pemanduan setaraf dengan kereta segmen-D.

Kawalan kelajuan juga boleh dilakukan dengan mengaktifkan paddle-shift menerusi fungsi Deceleration Selector Paddles.

Honda City RS ini juga lengkap dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang menawarkan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Dengan ciri keselamatan terbaik maka tidak hairanlah City RS terus dianugerahkan penilaian keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Model ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Honda Malaysia dengan rasminya memperkenalkan inovasi teknologi terkini menerusi Honda CONNECT.

Teknologi ini membolehkan pengguna mengakses kenderaan mereka dengan lebih mudah hanya dengan menggunakan telefon pintar.

Menurut Honda Malaysia, teknologi baharu ini akan mengangkat taraf keselamatan dan kemudahan ke tahap lebih tinggi dengan menawarkan ciri berikut:

  • Vehicle Diagnostics
  • Remote Applications
  • Security Applications
  • Vehicle Tracking
  • Support Services

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, teknologi baharu ini akan diperkenalkan pada Honda City RS varian e:HEV yang akan diserahkan kepada pelanggan berrmula bulan ini.

Honda CONNECT dilengkap dengan pelbagai fungsi keselamatan terbaik yang terdiri daripada Automatic Collision Detection System, Security Alarm Detection, Speed Alert, Find My Car, Geo-Fencing Alert dan Emergency Call.

Automatic Collision Detection System

Pemandu yang terlibat dalam kemalangan akan diberikan bantuan oleh Pusat Bantuan Tepi Jalan Honda.

Pemandu juga akan dimaklumkan menerusi notifikasi bahawa bantuan sedang dalam perjalanan sebaik berlakunya kemalangan.

Security Alarm Detection

Pemilik kenderaan akan dimaklumkan sekiranya ada percubaan membuka pintu, bonet depan atau belakang. Alarm juga akan dibunyikan sekiranya terdapat insiden kecurian berlaku sekaligus melegakan pemilik yang terpaksa meletak kenderaan di luar pemandangan.

Find My Car

Memudahkan pemilik mengenal pasti lokasi kenderaan menerusi peta yang boleh diakses melaluki aplikasi di telefon pintar.

Speed Alert dan Geo-Fencing Alert

Pemilik akan dimaklumkan sekiranya kenderaan dipandu diluar parameter yang ditetapkan atau melebihi had laju.

Aplikasi ini juga membolehkan pemilik membuat tetapan kelajuan dan jarak pemanduan sekiranya kenderaan dipandu orang lain.

Car Status dan Service Reminder

Memberi peringatan kepada pemilik tentang waktu servis seterusnya serta segala informasi tentang servis dan penjagaan sebelumnya.

Pemilik juga boleh menyemak sejarah serivs, senarai alat ganti dan jangkaan kos bagi penyelenggaraan kenderaan.

Remote Diagnostic Support

Menyediakan penilaian awal serta menjalankan diagnostik sekiranya sistem mengesan sebarang isu berkaitan dengan 11 petunjuk utama yang membabitkan:

  • Anti-lock Brake System (ABS) Supplemental Restraint System
  • Brake System
  • Engine Malfunction
  • Charging System
  • Vehicle Stability Assist (VSA) System
  • Electric Power Steering (EPS) System
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Adaptive Cruise Control System (ACC), Safety Support
  • Power System

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube