Bikesrepublic

Berita Terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 14 lelaki yang dipercayai ahli geng “Azahar” yang bergiat aktif dalam mencuri motosikal sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 41 tahun.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar yang turut mendedahkan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pembeli turut ditahan.

Dalam serbuan berasingan yang berlaku di antara 1 hingga 18 Februari lalu, polis turut menemukan lima buah motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha 135LC serta lima rangka motosikal dengan rampasan dianggarkan mencecah RM30,000.

Menurut Shafa’aton, geng “Azahar” ini menyasarkan motosikal Yamaha, Honda dan Modenas untuk dijual ke warga asing dengan harga serendah RM500 hingga RM1,000.

Penangkapan kesemua ahli menyaksikan PDRM menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan di sekitar Sungai Buloh, Shah Alam, Subang Jaya, Dang Wangi dan Cheras. – BERNAMA

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, telah memulakan ujian jalan raya bagi generasi baharu Pulsar 250.

Daripada gambar spyshot yang dikongsikan, jelas menunjukkan Pulsar 250 didatangkan dengan rekaan serba baharu.

Gambar tersebut turut memberi bayangan bahawa Pulsar 250 tampak lebih besar berbanding varian 200cc dibantu dengan kerangka serta enjin baharu yang terdapat pada Dominar 250.

Enjin satu silinder 248.7cc DOHC dengan penyejukan cecair itu menawarkan 27hp pada 8,500rpm serta 23.5Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.

Motosikal ini juga bakal dilengkapi ABS (dwi-saluran) berbanding satu saluran yang terdapat pada versi Pulsar 200.

Ketika ini, motosikal Pulsar dipasarkan di Malaysia di bawah payung Modenas dan menawarkan Pulsar NS160, NS200 serta RS200 termasuk Dominar D400. – BW

Generasi terbaru superbike BMW S 1000 RR mendarat di Malaysia dengan harga ditetapkan pada RM121,500!

Bagi 2021, jentera bernadikan teknologi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) ini didatangkan dengan pakej M secara standard seperti model 2019 yang merangkumi rim gentian karbon M, tempat duduk M sport serta bateri ringan M.

Model ini ditawarkan dengan tiga warna pilihan, Hockenheim Silver,Blackstorm Metallic, serta kombinasi Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red yang merupakan pakej warna khas BMW Motorrad Motorsport.

Seperti model sebelumnya, S 1000 RR 2021 ini masih mengekalkan enjin 4-inline 999cc yang menarakan 207 hp pada 13,500rpm seta 113Nm pada 11,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima 299km/j serta teknologi ShiftCam BMW.

Model ini juga kekal menawarkan ciri berikut:

  • empat mod tunggangan – Rain, Road, Dynamic dan Race serta Riding Mode Pro
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS pro
  • Dynamic Damping Control(DDC)
  • Hill Start Control
  • HP Shift Assistant Pro

BMW S 1000 RR baharu ini juga tampil dengan paparan TFT 6.5″ yang menawarkan kebolehan BMW Connectivity yang boleh dihubungkan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected App.

Pada masa sama, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan program lanjutan waranti, servis dan minyak enjin premium yang boleh dinikmati bagi setiap pembelian motosikal.

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua jentera baharu untuk pasaran tempatan dengan R 18 Classic dan S 1000 RR.

BMW R 18 Classic merupakan motosikal segmen cruiser baharu tawaran BMW Motorrad Malaysia selepas melancarkan R 18 First Edition, tahun lalu.

*BMW R 18 First Edition (kiri), dan R 18 Classic (kanan).

Berbanding First Edition, R18 Classic menampilkan elemen ‘touring’ yang lebih menonjol dengan penghadang angin tinggi, tempat duduk pillion serta beg pelana (saddle bag) di samping lampu depan LED tambahan.

Model ini juga disertakan dengan fungsi cruise control elektronik secara standard.

Bagaimanapun, model ini masih lagi dikuasakan dengan enjin ‘Big Boxer’ 1,802cc yang menjana 91hp dan 158Nm pada 3,000rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • BMW Motorrad Integral Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain)
  • engine drag torque control (MSR)
  • Dynamic Brake Control
  • Keyless Ride System
  • Gear undur (reverser gear)
  • Klac boleh laras
  • handbrake

BMW R 18 Classic ini hanya didapati dengan warna Black Storm Metallic dan ditawarkan pada harga RM154,500.

Orang awam berdepan tindakan kompaun RM10,000 jika didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan serta kawalan pandemik Covid-19.

Kadar kompaun baharu itu akan berkuatkuasa bermula 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan hari ini.

Kompaun RM10,000 itu menggantikan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan sebelum ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, syarikat atau pertubuhan akan dikenakan kompaun sehingga RM50,000 jika melakukan kesalahan sama.

Pada masa sama, individu yang didapati melanggar Ordinan Darurat juga boleh ditahan manakala mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 atau dikesan sebagai kontak rapat akan dipakaikan peranti pengesanan.

Kerajaan Perancis telah menguatkuasakan larangan motosikal mencelah antara kenderaan (lane-splitting).

Pelaksanaan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan kajian pemantauan aktiviti “lane-splitting” lima tahun yang telah diadakan di beberapa jalan terpilih.

Kajian tersebut mendapati terdapat peningkatan 12 pratus kemalangan susulan ‘lane-splitting’ dalam tempoh tersebut.

Oleh sebab itu, kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan tersebut di seluruh negara bermuKumla 1 Februari 2021 dengan kompaun EUR135 akan dikenakan bagi penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mengundang kemarahan penunggang motosikal di Perancis lantas mereka telah turun ke beberapa bandar utama antaranya Paris, Lille, Toulouse dan Lyon secara beramai-ramai sebagai bantahan terhadap larangan tersebut.

Protes itu diketuai kumpulan motosikal Federation Française des Motards en Colère dan membabitkan antara 8,000 hingga 10,000 penunggang motosikal.

Difahamkan, CEREMA, badan yang bertanggungjawab membuat pemantauan lima tahun itu telah mencadangkan agar kajian lebih teliti perlu dibuat terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis tetap meneruskan keputusan untuk menguatkuasakan larangan tersebut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube