Bikesrepublic

Berita Terkini

Kami telah pun melaporkan bahawa Aprilia RS660 semakin menghampiri pelancaran di Malaysia dan akan ditawarkan dengan harga promosi sekitar RM6X,XXX.

Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa ada pihak yang telah pun membuat bayaran tempahan (booking) bagi menjadi antara yang terawal memiliki motosikal segment middleweight serba baharu itu.

Aprilia RS660 dilengkapi enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC yang menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)!

Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter).

Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar).

Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload).

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm.

Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black.

Setelah terbabit dalam isu bertikam lidah dengan Jack Miller di media sosial, Jorge Lorenzo kembali mencuri tumpuan dengan perkongsian terbaru di Twitter.

*Jorge Lorenzo

Bekas juara dunia tiga kali itu telah memuat naik ‘screenshot’ yang diambil dari Wikipedia mengenai sejarah karier pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Dia turut berkongsi kapsyen yang menyebut,” 0 kemenangan dalam (tempoh) 18 tahun? Saya tahu pengurus kamu seorang yang hebat tetapi sangat ajaib bagaimana kamu masih berada dalam (perlumbaan) MotoGP.

“Sekurang-kurangnya Cal (Crutchlow) dan Jack (Miller) telah pun memenangi beberapa perlumbaan,” katanya.

Perkongsian itu merupakan respon Lorenzo terhadap beberapa kenyataan Espargaro yang mengherdik rakan senegaranya itu ekoran komen yang dibuat di Instagram terhadap kemalangan yang menimpa Crutchlow sewaktu di Turn 2 pada hari pertama ujian pra-musim di Losail, Qatar.

Espargaro turut tertawakan perkongsian Lorenzo di Twitter apabila 59.3 peratus enggan bekas juara dunia itu berkongsi pendapatnya menjelang pembukaan tirai MotoGP musim 2021.

Honda bakal mengikut langkah pengeluar motosikal lain dengan memperkenalkan sistem radar bagi CRF1000L Africa Twin berdasarkan paten yang difailkan, baru-baru ini.

Berbanding Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT yang mengguna pakai teknologi pengesanan (radar) Bosch, sistem radar yang bakal diterapkan pada Africa Twin itu dibangunkan sepenuhnya oleh Honda sendiri.

Sementara itu, sensor tersebut dijangka akan diletakkan di bawah lampu depan dan lampu belakang seperti yang dilakukan Ducati, KTM dan BMW.

Namun, Honda akan mereka semula ‘mudguard’ depan dan belakang bagi memastikan tiada halangan berlaku terhadap sensor tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik Honda turut merancang agar sensor tersebut dipadankan bersama kamera yang mungkin menyampaikan info sepertimana terdapat pada kereta Honda menerusi teknologi Honda Sensing.

Sistem cruise control dengan bantuan radar semakin menjadi popular dikalangan motosikal segmen-adventure dan touring kerana bukan sahaja menawarkan kemudahan terbaik semasa tunggangan jarak jauh malah lebih selamat berbanding ciri cruise control konvensional.

Bagi meraikan ulang tahun ke-75 Vespa, pengeluar motosikal itu melancarkan edisi “75th special” yang datang dalam bentuk Primavera dan GTS.

*Vespa GTS 75th

Model edisi khas ini tampil dengan pilihan warna Giallo 75th yang merupakan warna kontemporari yang popular pada era 40an manakala panel tepi memaparkan angka 75.

Vespa Primavera 75th

Vespa edisi khas ini menawarkan tempat duduk berwarna ‘smoky gray’, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian serta pelbagai kemasan krom.

Antara elemen yang menonjol adalah beg kulit berbentuk bulat yang seakan menyamai bekas tayar ganti.

Bagaimanapun, model ini masih menawarkan ciri moden antaranya skrin berwarna TFT 4.3″ dengan keterhubungan Vespa MIA.

Laman media sosial MotoGP menjadi panas gara-gara memuat naik imej kemalangan menimpa pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow.

Crutchlow kemalangan di Selekoh 2 (Turn 2) di Litar Antarabangsa Losail sewaktu sesi ujian pra-musim 2021.

Dia sertai beberapa pelumba lain yang terbabas di Selekoh 2 sebaik selepas suhu litar turun ekoran cuaca bertukar malam.

Bagaimanapun, komen tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo dengan kenyataan, “I told you,” mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak, antaranya pelumba Ducati, Jack Miller.

Jack Miller dalam komen membalas meminta pelumba Sepanyol itu untuk menjadi lebih matang dan bukannya bersikap seperti budak kecil.

Ini buka kali pertama keduanya bertikam ledah dengan Lorenzo dan Miller beberapa kali membidas satu sama lain di dalam dan luar paddock sebelum ini.

Hari pertama ujian pra-musim menyaksikan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro merekodkan masa terpantas diikuti Stefan Bradl kedua dan pertahan juara, Joan Mir, ketiga.

Franco Morbidelli meneruskan momentum musim lalu dengan muncul pelumba Yamaha terpantas bagi sesi ujian sulung musim 2021 di Qatar.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa ketujuh terpantas keseluruhan, dua kedududkan di atas pelumba factory, Maverick Vinales.

“Lega dapat kembali menunggang, saya rindukan jentera M1 saya.

“Saya sangat rindu akan kelajuan dan kuasa jentera Yamaha saya. Sesi ujian di waktu siang dan malam berjalan dengan sangat baik,” kata Morbidelli.

Meskipun masih lagi kempunan jentera “YZR-M1 ‘factory-spec’ namun pelumba Itali itu berpuas hati dengan prestasi jentera ‘A-spec+’ miliknya.

“Seperti yang saya jelaskan, ini masih lagi jentera yang sama tetapi dengan beberapa perincian telah dilakukan. Jadi saya mahu berterima kasih kepada Yamaha sekali lagi,” jelasnya.

Hari pertama ujian pra-musim menyaksikan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro terpantas diikuti Stephan Bradl (Repsol Honda) dan pertahan juara, Joan Mir (Suzuki) ketiga.

Sementara itu, Valentino Rossi sekadar menamatkan sesi ujian di tempat ke-20.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube