Bikesrepublic

Berita Terkini

Bajaj Auto LTD dilaporkan telah memfailkan nama bagi model baharu yang didakwa akan mencabar Royal Enfield 350 di India.

Didaftarkan atas nama NEURON, model baharu ini dijangka menawarkan rekaan moden-klasik seangkatan dengan RE 350, Benelli Imperiale 400 termasuk Honda H’ness CB 350 yang baharu sahaja dilancarkan.

Walaupun tiada pengesahan NEURON merupakan model jenis cruiser moden-klasik seperti yang ditawarkan RE 350 namun media negara itu kuat melaporkan sebaliknya.

Jika benar, maka NEURON dicanang akan didatangkan dengan enjin 373.3cc satu silinder dengan penyejukkan cecair yang sama terdapat pada Dominar 400.

Bajaj (Modenas) Dominar 400

Ketika ini, Bajaj telah pun menawarkan model berkongsepkan cruiser menerusi model Avenger namun rekaan klasik itu tidak dapat menandingi ciri moden yang terdapat pada H’ness CB 350.

Pada masa sama, timbul laporan NEURON mungkin bukan sebuah motosikal sebaliknya merujuk kepada sistem keterhubungan yang merangkumi sistem Bluetooth.

Penganjur Cub prix Malaysia, Safe Aim Mutual membuat keputusan untuk menunda aksi hujung minggu ini – 10 dan 11 Oktober – ke tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.

Dijadualkan berlangsung di Litar Utara Sepang, Pusingan 5 minggu ini terpaksa dibatalkan susulan tidak menerima pelepasan dari pihak berkuasa selepas mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 yang melanda.

Sebelum itu, Safe Aim Mutual mengumumkan pindaan lokasi kejohanan dari Litar Tangkak ke Litar Utara Sepang sebagai tanda mematuhi arahan kerajaan negeri Johor untuk menangguhkan semua acara buat sementara waktu.

Sementara itu, pihak Cub Prix turut menggesa orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Kes positif Covid-19 baru-baru ini kembali kepada tiga angka sekaligus membawa kepada pembatalan beberapa acara termasuk aksi Cub Prix hujung minggu ini.

Tindakan seorang lelaki menyimbah air ke jurutol di pondok tol Lebuhraya Kesas yang tular di media sosial kelmarin telah pun berakhir dengan penangkapan individu terbabit.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/693788771488819

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman.

Risikin mendedahkan selain daripada tindakan menyimbah air, suspek turut menghamburkan kata-kata berbaur ugutan kepada jurutol dalam insiden yang berlaku jam 7 pagi itu.

Difahamkan, suspek memasuki lorong tol 30 untuk menambah nilai Tounch ‘n Go namun dimaklumkan oleh jurutol untuk melakukan sedemikian di lorong 28 yang merupakan lorong khas untuk tambah nilai.

Selepas membuat demikian, suspek berlalu pergi sebelum kembali semula di lorong 30 dua jam kemudian dan bertindak menyimbah air bungkus ke jurutol.

Sementara itu, pihak KESAS dalam satu kenyataan mendedahkan jurutol terbabit telah pun direhatkan dari bertugas ekoran terkesan dengan insiden tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – BH

Honda Malaysia membuka tempahan bagi CR-V baharu di semua 101 pusat pengedar Honda seluruh negara.

Honda CR-V merupakan antara SUV paling popular di Malaysia dengan lebih 36,000 unit telah pun terjual sejak 2017.

Dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged, CR-V baharu ini menawarkan 193hp dan 243Nm.

Bagaimanapun, ciri penting yang terdapat pada model ini adalah teknologi keselamatan generasi baharu, Honda SENSING yang terdapat pada Civic, Accord dan terbaru City RS.

Sementara itu, antara ciri menarik lain terdapat pada CR-V baharu ini adalah seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Menurut Honda lagi, sistem Honda LaneWatch kini turut didatangkan secara standard.

Honda LaneWatch berfungsi sebagai ‘mata’ tambahan bagi pemandu hasil daripada kamera yang diletakkan di bahagian cermin sisi sebelah kiri yang akan memaparkan rakaman di sebelah kiri sewaktu pemandu mahu membuat pertukaran lorong.

Menurut Honda Malaysia, CR-V baharu ini akan dilancarkan pada suku ke-4 2020.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia.

Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3876274209084411

Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc.

Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc.

Suzuki Gixxer 150

Gixxer 150 menawarkan enjin 155cc satu silinder dengan penyejukkan udara yang menghasilkan 13hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm pada 6,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

Suzuki Gixxer 250

Manakala Gixxer 250 menawarkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm hasil daripada enjin 249cc satu silnder dengan penyejukan minyak.

Kotak gear pula menawarkan transmisi 6-kelajuan.

Suzuki Gixxer SF 250

Sementara versi dengan fairing (SF) bagi kedua-dua model – 150 dan 250cc – menawarkan spesifikasi sama termasuk fork teleskopik, paparan digital, lampu depan dan belakang LED.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada versi 150cc atau 250cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ketika ini.

Baru-baru ini, Suzuki Malaysia turut memberi bayangan akan mengembalikan Belang Fi 150 dan GSX-R.

Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan.

Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah.

““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,”jelasnya,

Setakat kini, Proton telah melaksanakan dua previu rasmi namun kedua-duanya tidak membabitkan sebarang pendedahan harga bagi model segmen-B ini.

Proton X50 ditawarkan dengan empat varian; Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan tiga varian pertama dilengkapi enjin 1.5T manakala 1.5TGDi hanya didapati pada model Flagship.

https://www.facebook.com/watch/?v=788646021937240

Enjin 1.5T tersebut menghasilkan 150hp dan 226Nm manakala 1.5TGDi menawarkan 177hp dan 250Nm.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube