Susulan menerima banyak aduan daripada orang ramai, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan turut memperluaskan Ops Ubah Suai Ekzos ke kawasan perumahan.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat, yang menjelaskan operasi tersebut akan turut diberikan tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartment dan flat.
Azman turut menggesa pemilik motosikal dan kereta untuk kembali menggunakan ekzos asal sekiranya telah membuat pengubahsuaian.
Orang ramai yang didapati mengubah suai kepada yang lebih bising boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih RM2,000 serta penjara tidak lebih enam bulan.
Manakala, pihak berkuasa turut dibenarkan menyita kenderaan hingga pemilik mengubah kembali ke ekzos asal. – SH