CFMOTO 700CL-X telah pun dilancarkan secara global pada Julai tahun lalu secara strim langsung.
Motosikal ini merupakan antara tawaran terbaru CFMOTO hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal Austria, KTM.
Jentera berkonsepkan scrambler dan cafe-racer ini menggabungkan elemen klasik dan moden hasil rekaan Kiska, syarikat pereka yang turut bertanggungjawab mereka bberapa jentera KTM dan Husqvarna.
Dalam perkembangan terbaru, difahamkan CFMOTO 700CL-X ini akan turut dipasarkan di Malaysia sekitar hujung tahun 2021.
Di China, motosikal ini dijual pada harga CNY45,800 (RM28,700) manakala dipasarkan di Filipina pada harga PHP369,800 (RM30,700) sekaligus beri bayangan model tersebut akan dijual sekitar harga RM3X,XXX.
CFMOTO 700CL-X ini didatankan dengan tiga varian, Sports, Heritage dan Adventure dengan masing-masing dikuasakan enjin 692cc dengan silinder berkembar yang menawarkan sekitar 74hp dan 67Nm.
Beberapa ciri menarik lain turut ditawarkan di bahagian enjin antaranya ‘split-type connection rod’, forged piston’, ‘elctronic throttle dan slipper clutch’.
Jentera dengan berat 183 kilogram ini menawarkan lampu LED (depan dan belakang), sistem ABS, cruise control, port mengecas USB di bawah tempat duduk dan kawalan perlindungan elektronik.
Jentera dengan berat 183 kilogram ini menawarkan lampu LED (depan dan belakang), sistem ABS, cruise control, port mengecas USB di bawah tempat duduk dan kawalan perlindungan elektronik – mungkin merujuk kepada sistem penggera.