Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua jentera baharu untuk pasaran tempatan dengan R 18 Classic dan S 1000 RR.

BMW R 18 Classic merupakan motosikal segmen cruiser baharu tawaran BMW Motorrad Malaysia selepas melancarkan R 18 First Edition, tahun lalu.

*BMW R 18 First Edition (kiri), dan R 18 Classic (kanan).

Berbanding First Edition, R18 Classic menampilkan elemen ‘touring’ yang lebih menonjol dengan penghadang angin tinggi, tempat duduk pillion serta beg pelana (saddle bag) di samping lampu depan LED tambahan.

Model ini juga disertakan dengan fungsi cruise control elektronik secara standard.

Bagaimanapun, model ini masih lagi dikuasakan dengan enjin ‘Big Boxer’ 1,802cc yang menjana 91hp dan 158Nm pada 3,000rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • BMW Motorrad Integral Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain)
  • engine drag torque control (MSR)
  • Dynamic Brake Control
  • Keyless Ride System
  • Gear undur (reverser gear)
  • Klac boleh laras
  • handbrake

BMW R 18 Classic ini hanya didapati dengan warna Black Storm Metallic dan ditawarkan pada harga RM154,500.

Orang awam berdepan tindakan kompaun RM10,000 jika didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan serta kawalan pandemik Covid-19.

Kadar kompaun baharu itu akan berkuatkuasa bermula 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan hari ini.

Kompaun RM10,000 itu menggantikan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan sebelum ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, syarikat atau pertubuhan akan dikenakan kompaun sehingga RM50,000 jika melakukan kesalahan sama.

Pada masa sama, individu yang didapati melanggar Ordinan Darurat juga boleh ditahan manakala mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 atau dikesan sebagai kontak rapat akan dipakaikan peranti pengesanan.

Kerajaan Perancis telah menguatkuasakan larangan motosikal mencelah antara kenderaan (lane-splitting).

Pelaksanaan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan kajian pemantauan aktiviti “lane-splitting” lima tahun yang telah diadakan di beberapa jalan terpilih.

Kajian tersebut mendapati terdapat peningkatan 12 pratus kemalangan susulan ‘lane-splitting’ dalam tempoh tersebut.

Oleh sebab itu, kerajaan bertindak menguatkuasakan larangan tersebut di seluruh negara bermuKumla 1 Februari 2021 dengan kompaun EUR135 akan dikenakan bagi penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mengundang kemarahan penunggang motosikal di Perancis lantas mereka telah turun ke beberapa bandar utama antaranya Paris, Lille, Toulouse dan Lyon secara beramai-ramai sebagai bantahan terhadap larangan tersebut.

Protes itu diketuai kumpulan motosikal Federation Française des Motards en Colère dan membabitkan antara 8,000 hingga 10,000 penunggang motosikal.

Difahamkan, CEREMA, badan yang bertanggungjawab membuat pemantauan lima tahun itu telah mencadangkan agar kajian lebih teliti perlu dibuat terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis tetap meneruskan keputusan untuk menguatkuasakan larangan tersebut.

Honda Malaysia melancarkan kempen “1 Million Dreams” sempena meraikan kejayaan mencapai jualan satu juta unit kenderaan.

Kempen tersebut bertujuan menghargai kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap jenama Honda di Malaysia dalam mencapai jualan tujuh angka itu selepas merekodkan 900,000 unit pada 2019.

Menurut Honda, tujuh unit Special Edition (edisi khas) yang akan dihadiahkan sempena kempen “1 Million Dreams” menawarkan beberapa ciri istimewa sekaligus menjadikan model ini lain dari yang lain.

Bahagian luar menawarkan warna dua tona, sementara kemasan merah boleh didapati di fasia depan, cermin sisi serta rim aloi berwarna hitam.

Fender depan (kiri dan kanan) akan memaparkan lencana 1 Million Dreams Signature.

Ruang dalam juga dilengkapi dengan penyandar kepala dengan lambang 1 Million Dream di bahagian pemandu dan penumpang serta steering kulit dengan jahitan merah.

Setiap tujuh model juga didatangkan dengan kantung kunci edisi khas.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan tujuh model edisi khas ini hanya perlu menyertai enam aktiviti berikut:

  • Kuiz 1 Million Dreams di www.honda.com.my
  • pandu uji kenderaan Honda
  • menempah kereta Honda baharu
  • servis dan baik pulih kereta Honda
  • mendaftar kenderaan baharu dalam tempoh kempen 1 Million Dreams

Lebih banyak entry dilakukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi kereta Honda Edisi Khas ini dengan pemenang akan diumumkan pada Mac 2021.

Kami difahamkan bahawa jentera ‘middleweight’ baharu Aprilia, RS660 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Meskipun tiada harga rasmi didedahkan namun dijangka pengedar rasmi Aprilia di Malaysia, Didi Resources, bakal menawarkan harga istimewa sempena pelancaran model itu nanti yang dijangka sekitar RM6X,XXX.

Harga tersebut adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal kami yang sebelum ini di antara RM70 ribu hingga RM80 ribu.

Aprilia RS660 yang mendapat inspirasi daripada RSV4 1100 menawarkan lampu LED, daytime running light (DRL) dan fairing yang memberi penekanan terhadap aerodinamik.

Enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC itu menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)!

Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter).

Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar).

Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload).

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm.

Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black.

Perodua akan melancarkan SUV kompak, dengan kod nama D55L secara rasminya pada 3 Mac ini.

Perkara itu disahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang memaklumkan pelancaran tersebut akan diadakan secara digital di platform media sosial.

Tempahan bagi Perodua D55L telah pun dibuka minggu lalu dengan harga ditawarkan di antara RM62,500 hingga RM73,400 membabitkan tiga varian X, H dan tertinggi AV.

Perodua D55L itu dengan nama rasmi dicanang sebagai Ativa, merupakan kenderaan Perodua pertama yang mencapai standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 termasuk transmisi jenis CVT serta enjin turbo.

Model baharu berdasarkan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize itu dibangunkan dengan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan menawarkan pengalaman pemanduan terbaik.

Nantikan pelancaran model baharu Perodua pada 3 Mac ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube