Masalah teknikal yang sering dialami jentera ‘factory-spec’ YZR-M1 musim lalu telah memaksa Yamaha untuk bangunkan jentera 2021 mengikut acuan ‘A-spec’ milik Franco Morbidelli.
Perbezaan paling ketara di antara jentera factory dan ‘A-spec’ milik Morbidelli adalah kotak udara yang telah direka semula bagi meningkatkan kelajuan maksima.
Selepas mengambil kira maklum balas para pelumba serta menganalisis data dari kedua-dua jentera, Yamaha buat keputusan bangunkan motosikal factory mengikut chasis A-spec milik Morbidelli yang menyaksikan pelumba itu muncul tempat kedua di belakang juara Joan Mir, musim lalu.
Pengarah Pasukan Yamaha, Massimo Meregalli menyifatkan fokus utama pembangunan jentera 2021 adalah bahagian chasis.
“Tahun lalu, kami ada tiga motosikal factory dan satu jentera A-spec yang digunakan Frankie (Morbidelli) dan ketika Frankie beraksi kompetitif, kisah sebaliknya ditonjolkan jentera factory.
“Sebab itu Yamaha terpaksa kerja lebih masa bagi mencari keseimbangan di antara kedua-dua jentera ini.
“Fokus utama adalah bahagian chasis dengan Yamaha cuba memahamai kelemahan jentera factory dan kekuatan jentera A-spec.
“Jadi fokus Yamaha terarah kepada menjadikan jentera factory hampir menyamai chasis Morbidelli,” jelasnya.
Terdapat jurang besar di antara prestasi Morbidelli dan pelumba Yamaha lain dengan Maverick Vinales, Valentino Rossi termasuk Fabio Quartararo bergelut dengan masalah jentera.
Musim 2020 di anggap mimpi ngeri buat Quartararo yang pada satu ketika mendahului carta kejuaraan dunia.
Pada baki enam pusingan terakhir, Morbidelli berjaya kutip 81 mata manakala Quartararo dan Vinales – yang menunggang jentera ‘factory’ – hanya mengutip 19 dan 42 mata. – Crash.net