Bikesrepublic

Berita Terkini

Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Exora dan Persona Black Edition untuk pasaran tempatan, hari ini.

Empat model edisi khas ini meneruskan kesinambungan atas kejayaan Saga Edisi Ulang Tahun dengan 1,100 unit habis dijual kurang lima hari selepas pelancaran.

Proton Persona dan Exora Black Edition

Kedua-dua model ini didatangkan dengan pilihan warna hitam dengan kemasan berwarna emas yang diserlahkan di bahagian bumper dan roda aloi.

Ruang dalam pula menawarkan tempat duduk kulit serba hitam termasuk penutup pintu serta konsol lantai.

Proton Exora tampil dengan monitor overhead manakala Persona mendapat bumbung dalam berwarna hitam.

Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut:

  • Proton Persona Black Edition – RM54,700 (2,000 unit sahaja)
  • Proton Exora Black Edition – RM67,800 (500 unit sahaja)

Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition

Kedua-dua model ini didatangkan dengan gabungan warna hitam dan kuning di bahagian luar dan dalama yang merupakan warna ikonik R3 di samping penggunaan rim 16-inci R3 bagi Iriz dan 15-inci bagi Saga.

Iriz dan Saga R3 ini juga lengkap dengan kit lengkap R3 yang sporty.

Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut:

  • Proton Iriz R3 Limited Edition – RM52,900 (1,000 unit sahaja)
  • Proton Saga R3 Limited Edition – RM42,300 (3,000 unit sahaja)

Tentera Darat (TD) telah menerima 180 buah motosikal jenis Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan operasi.

Penyerahan tersebut dilangsungkan semasa Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc OP BENTENG yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), semalam.

PTD menerima replika kunci motosikal sebagai simbolik penyerahan kenderaan kepada TD.

Menurut laporan BTDM, motosikal tersebut akan membantu meningkatkan mobiliti anggota sewaktu OP Benteng di sempadan negara.

Kawasaki KLX 250 merupakan motosikal jenis dual-purpose yang menggabungkan ciri jentera enduro dengan prestasi enjin moden.

Motosikal ini dilengkapi enjin 249cc 4-lejang dengan penyejukan cecair DOHC yang menjana 21.6hp pada 7,500rpm serta 21Nm pada 7,000rpm.

Dengan berat kering berada pada 138kg pastinya akan membantu setiap anggota menjalankan tugas dengan lebih mudah dan efisien. – BTDM

Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia melancarkan Trident 660 untuk pasaran tempatan.

Menurut Fast Bikes, lebih 50 unit telah pun ditempah dengan motosikal terbabit akan sampai di pengedar 20 Februari ini.

Kemunculan semula Trident serba baharu ini menandakan langkah terbaru Triumph dalam mencabar segmen motosikal pertengahan yang sebelum ini didominasi motosikal Jepun, Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07.

Bagaimanapun, Triumph mengharapkan DNA enjin tiga silinder 660cc itu mampu meletakkan diri mereka sebagai pilihan utama segmen itu bagi 2021 apatah lagi diberi jolokan sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga berpatutan.

Triumph Trident didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm.

Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dikemas kini secara besar-besaran lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm.

Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper.

Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter bagi pelanggan yang berminat.

Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras.

Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran.

Menurut Triumph, kerangka Trident ini adalah serba baharu dengan rekaan tersebut tidak pernah diterapkan pada mana-mana model syarikat itu sebelum ini.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • dua mod tunggangan – Rain/Road
  • lampu LED penuh (depan dan belakang)
  • modul Bluetooth
  • paparan TFT dengan rev-counter LCD
  • traction control

Sementara itu, Trident 2021 ini didatangkan dengan empat pilihan warna; Crystal White dan Sapphire Black serta Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice.

Triumph Motorcycles Malaysia menawarkan Trident ini pada harga beriku mengikut warna:

  • Crystal White dan Sapphire Black – RM43,900
  • Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice – RM44,900

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had dengan jarak waktu servis diletakkan pada 16,000km.

Gara-gara tak tahan dengan bunyi ekzos kereta milik jiran terlalu kuat, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan menggunakan senapang angin dalam kejadian yang berlaku di Taman Ulu Choh, Johor, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pemilik kereta jenis Perodua Myvi tersebut menyedari pintu belakang sebelah kanan mempunyai kesan tembakan.

Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah membuat serbuan pada hari sama dan memberkas suspek lelaki berusia 63 tahun yang tinggal di taman perumahan tersebut.

Pihak polis turut menjumpai selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga guli yang disimpan di bawah almari di dapur rumah suspek.

Polis turut mengesyaki bahawa suspek mempelajari pembinaan senapang tersebut menerusi saluran YouTube.

Sementara itu, Dzulkhairi turut mendedahkan sikap pengadu berusia 21 tahun itu yang sering membunyikan ekzos hingga menggangu jiran tetangga.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – HM

Masalah teknikal yang sering dialami jentera ‘factory-spec’ YZR-M1 musim lalu telah memaksa Yamaha untuk bangunkan jentera 2021 mengikut acuan ‘A-spec’ milik Franco Morbidelli.

Perbezaan paling ketara di antara jentera factory dan ‘A-spec’ milik Morbidelli adalah kotak udara yang telah direka semula bagi meningkatkan kelajuan maksima.

Selepas mengambil kira maklum balas para pelumba serta menganalisis data dari kedua-dua jentera, Yamaha buat keputusan bangunkan motosikal factory mengikut chasis A-spec milik Morbidelli yang menyaksikan pelumba itu muncul tempat kedua di belakang juara Joan Mir, musim lalu.

Pengarah Pasukan Yamaha, Massimo Meregalli menyifatkan fokus utama pembangunan jentera 2021 adalah bahagian chasis.

“Tahun lalu, kami ada tiga motosikal factory dan satu jentera A-spec yang digunakan Frankie (Morbidelli) dan ketika Frankie beraksi kompetitif, kisah sebaliknya ditonjolkan jentera factory.

“Sebab itu Yamaha terpaksa kerja lebih masa bagi mencari keseimbangan di antara kedua-dua jentera ini.

“Fokus utama adalah bahagian chasis dengan Yamaha cuba memahamai kelemahan jentera factory dan kekuatan jentera A-spec.

“Jadi fokus Yamaha terarah kepada menjadikan jentera factory hampir menyamai chasis Morbidelli,” jelasnya.

Terdapat jurang besar di antara prestasi Morbidelli dan pelumba Yamaha lain dengan Maverick Vinales, Valentino Rossi termasuk Fabio Quartararo bergelut dengan masalah jentera.

Musim 2020 di anggap mimpi ngeri buat Quartararo yang pada satu ketika mendahului carta kejuaraan dunia.

Pada baki enam pusingan terakhir, Morbidelli berjaya kutip 81 mata manakala Quartararo dan Vinales – yang menunggang jentera ‘factory’ – hanya mengutip 19 dan 42 mata. – Crash.net

Honda dengan rasminya melancarkan CB350 RS untuk pasaran India.

Khabar angin mengenai model berkonsepkan cafe racer ini mula bertiup kencang sejurus selepas Honda memperkenalkan H’ness CB350, tahun lalu.

Honda H’ness CB350 merupakan usaha pengeluar motosikal Jepun itu mencabar dominasi Royal Enfield Classic 350 di India.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat H’ness berpeluang menarik lebih ramai pembeli dengan pengayaan lebih moden, maka terhasilkan CB350 RS.

Meskipun berlandaskan H’ness CB350 namun CB350 RS menampilkan elemen motosikal ‘cafe racer’ dengan kedudukan lebih kedepan hasil penggunaan ‘handlebar’ yang lebih rata dan lurus.

Bahagian ekzos juga telah direka semula, kali ini lebih pendek dengan kemasan hitam berbanding krom pada H’ness.

Seperti H’ness, CB350 RS ini turut dikuasakan dengan enjin 348cc satu-silinder yang menjana 21hp pada 5,500rpm dan 29Nm pada 3,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 5-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube