Bikesrepublic

Berita Terkini

Thailand buat keputusan untuk tangguh kontrak penganjuran MotoGP hingga 2022.

Difahamkan, kerajaan Thailand rancang untuk menganjakkan pembatalan perlumbaan pada tahun 2020 kepada 2021 dan menangguhkan kontrak penganjuran lima tahun MotoGP dari 2021 kepada 2022.

Senario itu mencetuskan salah faham di antara pihak Dorna dan Thailand seperti disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta.

Pelan asal kontrak penganjuran MotoGP di Buriram adalah dari 2021 hingga 2025 namun Thailand mahu kontrak tersebut dianjakkan kepada 2022-2026.

Menurut laporan Bangkok Post, yuran penganjuran MotoGP masih kekal pada EUR25 juta (RM121 juta) bagi tempoh lima tahun tersebut.

Apa nak jadi dengan Harley-Davidson?

Pengeluar motosikal berpangkalan di Milwaukee, Amerika Syarikat itu merekodkan kejatuhan jualan lebih 39 peratus pada suku terakhir tahun 2020.

Laporan terkini mendapati Harley-Davidson menyerahkan 145,200 motosikal pada tahun lepas, jatuh 32 peratus berbanding 214,900 unit diserahkan pada 2019.

Ketika Harley-Davidson catat kejatuhan jualan, pesaing utama, Indian, rekodkan kenaikan penjualan lebih 30 peratus di Amerika Utara pada tempoh sama.

*Harley-Davidson Pan America

Menurut Polaris Inc, jualan Harley-Davidson di Amerika Utara merosot 15.4 peratus saban tahun.

Bagi menangani senario mengejutkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, memperkenalkan pelan strategik lima tahun.

Menurut Zeitz, pelan itu termasuk melabur di antara USD190 juta hingga USD250 juta setahun dalam cubaan mengukuhkan jenama itu dalam segmen touring, cruiser dan trike (motosikal roda tiga).

Harley sebelum ini cuba mengembangkan pasaran motosikal kepada segmen yang lebih luas terutamanya pembeli muda antaranya dengan merancang memperkenalkan motosikal jenis ‘streetfighter’ Bronx dan jentera adventure, Pan America.

*Harley-Davidson Bronx

Namun di bawah kendalian Zeitz, dia memutuskan untuk membatalkan sepenuhnya Bronx.

*Harley-Davidson 338R

Bukan itu sahaja, kerjasama dengan pengeluar China, Qianjiang Motorcycle berkenaan dengan model 300cc juga seakan menerima nasib sama namun Qianjiang didakwa bakal meneruskan projek tersebut dibawah jenama QJ Motor.

Ini kerana Zeitz mahu jenama itu kembali memfokuskan pada pelanggan yang benar-benar mampu berbanding mengembangkan demografik dengan mensasar pembeli baharu.

Suzuki bakal buka tirai kepada Motorcycle Global Salon pada 5 Februari ini dengan Hayabusa 2021 antara model yang bakal dilancarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, setakat ini beberapa imej motosikal tersebut telah pun tersebar secara atas talian termasuk video teaser oleh Suzuki yang mendedahkan beberapa ciri motosikal baharu itu.

Kini, timbul sebuah lagi video, oleh saluran YouTube MaxxMoto yang mendedahkan rupa jelas Hayabusa 2021.

Menariknya, ini adalah video rasmi oleh pihak Suzuki sendiri namun telah ‘dibocorkan’ lebih awal.

Berdasarkan video tersebut, jelas rekaan keseluruhan menampakkan DNA Hayabusa namun dengan beberapa elemen dipinjamkan daripada GSXR-1000 terkini.

Pada masa sama, ciri aerodinamik juga tampak berbeza berbanding generasi pertama dan kedua di samping video tersebut mendedahkan penggunaan sistem quickshifter.

Seperti didedahkan sebelum ini, Hayabusa generasi ke-3 ini masih mengekalkan tetapan meter sama seperti sebelumnya namun dengan pertambahan skrin TFT berwarna di bahagian tengah konsol yang mengoperasikan IMU 6-axis.

Selebihnya, nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) memaklumkan sedang membangunkan teknologi Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) dalam usaha mengurangkan risiko pelanggaran babitkan motosikal.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah MIROS Dr Khairil Anwar Abu Kassim dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal.

Menurutnya, teknologi tersebut berkeupayaan mengesan kehadiran kenderaan di hadapan lalu memberi amaran kepada penunggang untuk mengelak.

“Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku,” jelas Khairil.

Jelasnya lagi, prinsip utama teknologi ini adalah berimpak tinggi, kos rendah dan mudah dipasang pada motosikal.

LIDAR merupakan komponen utama bagi Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam kenderaan empat roda.

Penggunaan sistem pengesanan seperti ini telah pun bertapak pada motosikal berkuasa tinggi antaranya BMW R 1250 RT 2021, Ducati Multistrada V4 2021 dan terbaru KTM 1290 Super Adventure S yang menggunakan teknologi radar bagi mengesan kenderaan lain.

Beberapa hari sebelum Suzuki Global Motorcycle Salon membuka tirai pada 5 Februari ini, sudah ada pihak yang membocorkan imej penuh Hayabusa 2021.

Pengeluar motosikal berpangkalan di Hamamatsu, Jepun, itu sebelum ini telah pun berkongsi teaser 25 saat yang mengesahkan pelancaran Suzuki Hayabusa 2021.

Bagaimanapun, tular gambar di atas talian dan media sosial yang memaparkan gambar yang didakwa sebagai Hayabusa 2021 yang bakal dilancarkan 5 Februar ini.

Berdasarkan gambar itu, bahagian depan mendapat sentuhan rekaan baharu termasuk bahagian belakang namun rupa keseluruhan masih lagi mengikut acuan model ikonik sebelumnya.

Namun, tiada info terperinci didedahkan mengenai motosikal tersebut kecuali jangkaan Suzuki bakal melaksanakan naik taraf enjin bagi mencapai standard Euro 5 di samping penggunaan paparan jenis TFT yang didedahkan menerusi video teaser sebelum ini.

Nantikan pelancaran rasmi 5 Februari ini menerusi Suzuki Global Motorcycle Salon.

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), mengumumkan lanjutan dua tahun dari waranti tiga tahun pengilang bagi model Ranger.

Semua model Ford Ranger buatan 2021 akan didatangkan dengan waranti pengilang 5-tahun atau 160,000 kilometer (mana yang sampai dulu) berbanding 3-tahun atau 100,000km sebelum ini.

SDAC turut menawarkan pelan Lanjutan Waranti dua tahun kepada pemilik Ranger sedia ada menerusi PremiumCARE dan PowertrainCARE.

Pelan PremiumCARE menyediakan pelindungan komprehensif dari 1,000 komponen manakala pelan PowertrainCARE menawarkan lanjutan waranti dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

Untuk maklumat lebih terperinci layari sdacford.com.my

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube