Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena meraikan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama nasional, PROTON bakal memperkenalkan Iriz, Saga, Persona dan Exora Special Edition (SE) pada 18 Februari ini.

Menurut PROTON, kesemua model terlibat akan dipertingkat dengan elemen unik di bahagian luar dan dalam.

Orang ramai juga berpeluang membuat tempahan model SE ini pada tarikh pelancaran.

Sebelum ini, PROTON telah pun memperkenalkan Saga Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-35 dan kesemua 1,100 unit edisi khas itu habis dijual dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.

Senario ini membuktikan terdapat permintaan tinggi terhadap model edisi khas oleh PROTON.

Orang ramai boleh mengikuti pelancaran PROTON SE pada 18 Februari ini jam 11 pagi menerusi laman Facebook ProtonCarsOfficial.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer.

Kebenaran tersebut adalah diboleh bagi semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Ismail Sabri, kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan lebih 10 kilometer selepas mengambil kira banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, PKP dilanjutkan sehingga 4 Mac ini bagi negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan Honda CB650R dan CBR650R 2021 yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu.

Kedua-dua motosikal segmen pertengahan itu kini didatangkan dengan Showa 41mm Separate Funtion Big Piston (SF-BP) USD fork, paparan LCD yang lebih segar, pengecas USB Type-C serta rekaan grafik baharu.

Naik taraf terbesar adalah fork Showa SF-BP yang menawarkan kualiti terbaik di samping meningkatkan tahap kawalan motosikal.

Penggunaan piston yang lebih besar juga menawarkan kawalan dan penyerap hentakan yang lebih baik.

Manakala soket pengecas USB Type-C memudahkan penunggang untuk mengecas telefon pintar dengan lebih mudah sewaktu tunggangan harian mahupun jarak jauh.

Menurut Honda, paparan LCD juga telah diperkemas dengan huruf berbeza serta sudut pencahayaan LED yang lebih baik.

Honda CB650R dan CBR650R ini masih lagi mengekalkan enjin 649cc DOHC (Euro 4) yang menawarkan 94hp pada 12,000rpm serta 63Nm pada 8,500rpm dan dipadankan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang menawarkan cengkaman lebih baik.

Honda CB650R ini didatangkan dengan dua warna pilihan, Candy Chromosphere Red serta Mat Gunpowder Black Metallic dan ditawarkan pada harga RM43,499 manakala CBR650R ditawarkan pada harga RM45,499 dan boleh didapati dengan warna Grand Prix Red serta Mat Gunpowder Black Metallic.

Yamaha telah pun menandatangani kontrak lanjutan baharu yang menyaksikan pasukan factory itu akan kekal di MotoGP hingga 2026.

Tatkala status Yamaha di MotoGP telah pun disahkan, perkara sama tidak boleh diperkatakan mengenai pasukan satelit, Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Ini kerana kontrak Petronas-Yamaha akan berakhir hujung musim ini.

“Kerjasama tiga tahun bersama Petronas akan luput pada hujung tahun ini.

“Jadi tahun ini adalah tempoh kami berbincang semula dengan pasukan satelit.

“Mengikut situasi semasa, Petronas Yamaha SRT telah melakar pencapaian terbaik. Tahun lalu, mereka menang enam perlumbaan dan pelumba mereka (Franco Morbidelli) menamatkan aksi di tempat kedua kejuaraan dunia.

“Jadi kemampuan mereka tidak boleh dipersoalkan,” jelas Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis.

Meskipun meneruskan kerjasama adalah satu pilihan paling jelas bagi kedua-dua pihak namun Jarvis, melihat VR46 juga antara calon sekiranya pasukan itu merancang beraksi di kelas premier pada 2022.

“Adakah VR46 akan sertai MotoGP? Menurut fahaman saya, mereka serius pertimbangkan perkara itu.

“Jadi kami akan berbincang dengan calon yang ada termasuk Petronas SRT dan VR46.

“Perbincangan akan bermula pada April atau Mei ini,” tambah Jarvis.

Baru-baru ini, pasukan Ducati MotoGP berjaya mengumpulkan keenam-enam pelumba bagi musim 2021 untuk menjalani sesi ujian di litar Jerez.

Jack Miller, Pecco Bagnaia, Johann Zarco, Jorge Martin, Luca Marini dan Enea Bastianini berpeluang menguji jentera Ducati GP21 serta beberapa unit Panigale V4S.

Apa yang mengejutkan Panigale V4S itu merekodkan masa terpantas 1 minit 43.3 saat, hanya 2.2 saat dibelakang GP21 yang mencatat masa terbaik dengan 1′ 41.1s.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, kedua-dua jentera ini menggunakan tayar Michelin jenis slick sewaktu sesi ujian.

Ducati Panigale V4S adalah jentera yang dibangunkan untuk jalan raya namun dengan DNA Ducati MotoGP.

Bagnaia sendiri berasakan terdapat persamaan di antara Panigale V4S itu dengan jentera MotoGP.

Antara teknologi dari MotoGP yang diperkenalkan pada V4S itu adalah, counter-rotating crankshaft, quickshifter dan kerangka ringan.

Enjin 1,103cc itu menawarkan 211hp pada 13,000rpm dan 124Nm pada 10,000rpm.

Ducati telah memperkenalkan Multistrada V4 secara rasmi menerusi Ducati World Premier 2021 yang disiarkan secara atas talian pada November, tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat ini motosikal segmen ‘adventure’ dari Itali itu masih belum dirasmikan di Malaysia.

Namun, kami difahamkan bahawa model serba baharu itu akan diperkenalkan pada awal suku kedua tahun ini oleh pihak Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar jenama Ducati di Malaysia.

Ducati Multistrada V4 ini didatangkan dengan enjin serba baharu, dinamakan Granturismo V4 yang bersesaran 1,158cc yang menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.

Unit ini tidak lagi mengguna pakai injap Desmodromic seperti jentera Ducati lain sebaliknya menerapkan injap spring (valve spring) sekaligus meletakkan ‘major service interval’ berada pada 60,000km berbanding 30,000km sebelum ini.

Ducati menawarkan tiga varian Mulitstrada ini untuk pasaran dunia, V4 (standard) lengkap dengan warna Ducati red dan rim serba hitam, V4 S hadir dengan pilihan warna Aviator Grey serta fungsi quickshifter (up/down) manakala V4 S Sport ditawarkan dengan livery Sport serta ekzos Akrapovic (jenis gentian karbon) dan fender depan gentian karbon.

Namun tidak dipastikan varian mana yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda.

Nantikan perkembangan terkini mengenai motosikal ‘adventure’ dari Ducati ini hanya di MotoMalaya.Net!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube