Sejujurnya sama ada sudah habis dijual atau semakin hampir untuk habis dijual, kami tidak dapat pastikan kerana kenyataan rasmi dikeluarkan pihak UMW Toyota agak kurang jelas.
Tanpa mendedahkan angka berapa unit telah pun terjual, UMW Toyota bagaimanapun mengumumkan bahawa penjualan Toyota GR Yaris mendapat sambutan hangat.
Permintaan tinggi itu juga terbukti di negara lain dengan 1,000 unit yang telah diperuntukkan di Australia habis dijual dalam tempoh seminggu!
Maka tidak tidak hairanlah jika kurang 200 unit (25,000 unit seluruh dunia) diperuntukkan untuk pasaran Malaysia juga mengalami nasib sama.
Menariknya, laporan rakan media di PanduLaju mendakwa kesemua unit di Malaysia telah pun habis dijual.
Setiap GR Yaris Performance Pack Edition akan didatangkan dengan plat nombor istimewa di samping tiga warna pilihan, Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black.
Toyota GR Supra merupakan model sulung yang lahir di kilang khas GR terletak di Motomachi, Jepun, fasiliti sama yang bertanggungjawab menghasilkan jentera ikonik, Lexus LFA.
Model yang mendapat sentuhan lagnda WRC, Tommi Makinen ini didatangkan dengan enjin 1.6L turbocharged DOHC yang menjana 257.4hp pada 6,500rpm dan 360Nm pada 3,000-4,600rpm.
Menurut Toyota, enjin ini menepati standard WRC 2 sekaligus merupakan enjin tiga silinder paling berkuasa dan ringan di dunia yang pernah dihasilkan.
Toyota GR Yaris hanya ditawarkan dengan transmisi (manual) 6-kelajuan i-MT (Intelligent Manual Transmission) yang boleh membaca corak pertukaran gear mengikut acuan pemandu.
Tiga mod pemanduan ditawarkan; Normal, Sport dan Track yang digandingkan dengan sistem four-wheel drive (GR-Four).
Model ini juga dilengkapi dengan rim 18 inci (jenama BBS) yang dipasangkan bersama tayar Michelin Pilot Sport 4S 225/40R18 manakal sistem brek dikendalikan cakera brek 356mm (depan) dan 287mm belakang.
Ruang dalam menempatkan skrin TFT 4.2 inci dan sistem infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.
Toyota Safety Sense turut menawarkan ciri keselamatan berikut:
- Pre-Crash System
- Dynamic Radar Cruise Control
- Lane Departure Alert
- Lane Tracking Assist
- Auto High Beam