Bikesrepublic

Berita Terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pemandu susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita yang berlaku pada 27 Januari lalu di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Rata-rata kenalan dan ahli keluarga kepada mangsa, Christine Wong, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian termasuk rakaman ‘dashcam’ untuk tampil kedepan.

Ini kerana timbul dakwaan bahawa Christine menjadi mangsa kes langgar lari dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mendedahkan bahawa pemandu kepada kereta jenis Toyota Hilux itu telah tampil memberi keterangan dua hari kemudian sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Laporan awal menyatakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15 terbabas dan melanggar pembahagi jalan susulan permukaan jalan basah namun terdapat beberapa saksi kejadian menyatakan sebaliknya. – The Star

Tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo, akui terkilan dengan keputusan Yamaha untuk meletakkan Valentino Rossi di pasukan satelit.

Rossi bakal memulakan kempen 2021 dengan Petronas Sepang Racing Team (SRT) bergandingan dengan Franco Morbidelli.

Rossi berhijrah selepas 15 tahun bersama pasukan pasukan factory Yamaha yang membuat keputusan untuk mengikat pelumba Perancis, Fabio Quartararo, meskipun pada awalnya menawarkan kontrak lanjutan terhadap pelumba veteran itu sebelumi ini.

Meskipun sertai pasukan satelit, Rossi akan terus beraksi dengan sokongan jentera factory manakala Morbidelli dengan jentera ‘Spec-A’.

Bercakap kepada Sky Italy , Lorenzo percaya meskipun mengejutkan namun dia yakin ertukaran pasukan tidak akan memberi kesan terhadap Rossi.

“Saya terkejut dengan keputusan Yamaha, saya langsung tidak menyangka/.

“Tetapi pada masa sama saya yakin dia akan tetap berikan yang terbaik.

“Perkara itu dibuktikan Quartararo dan Morbidelli yang berjaya memberi saingan dengan jentera masing-masing,” jelasnya.

Saingan MotoGP bakal membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Losail bermula Februari ini.

Boon Siew Honda (BSH) dilaporkan bakal merasmikan Honda ADV 150 bulan Februari ini.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian terkini di Facebook Honda Motorcycle Malaysia yang memaparkan bayangan seakan sebuah motosikal.

Jika dilihat dengan lebih teliti, gambar tersebut menyerupai lampu hadapan skuter adventure terkini, Honda ADV 150.

Kemasukan Honda ADV 150 ke pasaran Malaysia bukan lagi satu kejutan selepas kami dimaklumkan skuter 150cc itu akan dipasarkan di sini sekitar Septemberr tahun lalu oleh orang besar BSH sendiri.

Selain Indonesia, hampir semua negara jiran menawarkan ADV 150 ini kecuali Malaysia setakat ini.

Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm.

Bernadikan enjin 150cc (yang sama terdapat pada PCX) model ini menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.

KTM dengan rasminya melancakan 1290 Super Adventure S 2021 yang menawarkan kerangka baharu serta kedudukan tangki berbeza di samping enjin 1301cc itu kini Euro 5.

Kerangka baharu ini telah direka bagi memperbaiki pembahagian berat (weight distribution) sekaligus meningkatkan kawalan.

KTM turut mengalihkan steering head 0.6 inci ke belakang berbanding Super Adventure 2020.

KTM mendakwa perubahan ini membantu dalam meningkatkan kemampuan mengambil selekoh yang lebih tajam yang turut dibantu oleh swingarm yang lebih panjang.

Meskipun kapasiti tangki kekal pada 23L namun rekaan tempat duduk yang lebih ke bawah telah merendahkan lagi tahap pusat graviti 1290 Super Adventure S ini.

Tangki tersebut juga lengkap dengan ruang kecil yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar menerusi soket pengecas USB.

Subframe baharu juga merendahkan tempat duduk penumpang setengah inci kepada 33.4 inci berbanding model 2020 namun boleh dinaikkan kepada 34.2 inci.

Menurut KTM, handlebar juga boleh diselaraskan sementara penghadang angin baharu menawarkan perlindungan dan aerodinamik terbaik.

Bagi menyaingi motosikal ADV lain antaranya BMW R 1250 GS dan Ducati Multistrada V4, Super Adventure S juga lengkap dengan sistem radar yang telah diserap di antara lampu LED hadapan.

Radar tersebut berfungsi dengan menawarkan adaptive cruise control selain dari traction control (lean-sensitive dan off-road), cornering dan off-road ABS, dan stability control.

Kesemua fungsi ini boleh diakses menerusi paparan TFT 7″ menggantikan skrin 6.5″ sebelum ini pada model 2020.

Bagaimanapun, 1290 Super Adventure S ini kekal dengan enjin V-Twin 1,301cc yang menawarkan 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm namun KTM mendakwa unit ini 1.5 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Jentera ini juga tampil dengan ‘suspension’ WP Apex separa-aktif terkini yang dikawal menerusi IMD 6D.

Hayabusa kembali untuk tahun 2021.

Ini betu-betul bukan ‘cobaan’, Suzuki Motorycle telah memuat naik ‘teaser’ pendek yang memaparkan motosikal ikonik, Hayabusa kembali.

Meskipun sekadar sekilas lalu, video tersebut jelas membuktikan Hayabusa yang telah dikemas kini bagi tahun 2021.

Selain daripada menyiarkan rupa bentuk dari jauh serta bunyi jentera tersebut, di awal video turut memaparkan penggunaan empat panel meter jenis analog namun turut digabungkan dengan skrin TFT yang terletak di bahagian tengah.

Penggunaan skrin TFT sedikit sebanyak memberi bayangan Hayabusa 2021 ini didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik antaranya mod tunggangan (SDMS) serta fungsi quickshifter!

Slogan ‘Perfectly Poised’ oleh Suzuki juga merujuk kepada pengeluar motosikal Jepun itu telah melaksanakan naik taraf moden bagi motosikal tersebut.

Suzuki bakal melancarkan Hayabusa 2021 bersama beberapa model lain secara rasminya pada 5 Februari ini.

Seorang penunggang motosikal, Wong Christine, telah menjadi mangsa kepada insiden kes langgar lari sewaktu menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15.

Berdasarkan perkongsian di Facebook oleh kenalan Christine, kejadian tersebut berlaku semalam (Rabu) sekitar jam 6 petang di Puchong menghala ke Subang Jaya di bawah jambatan sebelum stesen minyak Shell.

Difahamkan, sebuah kereta telah menukar laluan tanpa memberikan lampu isyarat lalu melanggar mangsa.

Christine meninggal dunia di tempat kejadian.

Rest In Peace Wong Christine ? Please share and circulate ?? 27/1/2021 Wednesday around 6pm‼️ ⚠️Hit and Run happen on…

Posted by Sam Welly on Wednesday, 27 January 2021

Pada masa sama, orang ramai yang menjadi saksi terhadap insiden berkenaan diminta untuk menghubungi kenalan mangsa terutamanya bagi yang mempunyai rakaman ‘dashcam’.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube