Bikesrepublic

Berita Terkini

Triumph Motorcycles telah pun melancarkan Speed Triple 1200 RS serba baharu secara strim langsung, hari ini.

Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm).

Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya.

Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi.

‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya.

Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994.

Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu.

Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compression
  • monoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)
  • tayar Metzeler RACETEC RR
  • Cornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)
  • paparan TFT 5″
  • lima mod tunggangan
  • Triumph Shift Assist (Quickshifter)
  • lampu LED penuh
  • sistem keyless
  • My Triumph Connectivity
  • berat 198kg

Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang.

Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion.

Menariknya, Triumph Motorcycles juga menawarkan 35 jenis aksesori kepada pelanggan yang berminat memperibadikan Speed Triple 2021 ini mengikut cita rasa masing-masing.

Menurut Triumph Motorcyles UK, Speed Triple 1200 RS ini ditawarkan pada harga GBP15,100 (RM83,567). *tukaran langsung

Pengeluar motosikal India, Bajaj, didakwa sedang membangunkan generasi baharu Pulsar yang akan dikuasakan dengan enjin 250cc.

Media di India, BikeWale, melaporkan Pulsar 250cc itu akan ditawarkan dalam bentuk NS250 dan RS250 dan akan berkongsi platform sama seperti yang terdapat pada KTM 250 Duke namun akan ditala semula.

Motosikal ini dijangka didatangkan dengan enjin satu silinder 248.8cc dengan penyejukan cecair yang turut sama terdapat pada Dominar 250.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Bajaj akan mengekalkan reka bentuk Pulsar sedia ada bagi model 250cc tersebut.

Namun, apa yang pasti, Pulsar 250cc ini akan menawarkan penggunaan lampu LED dan paparan digital (LCD) di samping Anti-lock Braking System (ABS).

Sementara itu, Rushlane melaporkan Bajaj juga sedang membangunkan Pulsar AS 250 Adventure. – BikeWale, RushLane

Seorang individu telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dihadiahkan sebuah Honda Civic seperti yang dijanjikan kepadanya.

#UC21025 有时对我爸爸很失望。每天讲一套做一套。答应我的事情没有一样做到的。憋着很不爽想写出来。前几个月他答应要买honda…

Posted by UTAR Confessions 2017/18 on Friday, 22 January 2021

Luahan itu dibuat menerusi laman Facebook UTAR Confessions terhadap ayahnya yang telah menghadiahkannya sebuah Perodua Myvi.

Menerusi luahan tersebut, individu tersebut berasa malu dan marah dengan ‘hadiah’ tersebut kerana rata-rata kawannya memandu kereta jenis BMW dan Volkswagen.

*Perodua Myvi

“Dia mampu beli Myvi secara tunai tetapi tidak mampu belikan saya Civic yang hanya beza beberapa ribu sahaja?

“Dia sendiri pandu Volvo yang berharga lebih RM300 ribu!,” jelas individu tersebut menerusi perkongsian itu.

Menurutnya lagi, ayahnya telah berjanji untuk membelikan Honda Civic jika dia berjaya merekodkan markah tinggi sewaktu peperiksaan di samping membantu ayahnya di tempat kerja.

“Apabila dua sudah tua, saya perlu menjaganya dengan baik kenapa dia tidak boleh melayan saya dengan baik ketika ini?” tambahnya.

Bukan Suzuki Malaysia. Harap maklum.

Sebaliknya, Suzuki Motor Corporation merancang untuk memperkenalkan beberapa barisan model 2021 secara atas talian pada 5 Februari ini.

Acara tersebut yang dicanang sebagai ‘platform komunikasi generasi baharu’ itu membolehkan peminat dan bakal pelanggan motosikal Suzuki untuk menyertai pelancaran tersebut.

Platform tersebut membenarkan orang ramai untuk mengakses setiap model dengan lebih teliti seperti berada di pelancaran fizikal dan berinteraksi dengan pengunjung lain.

Meskipun tidak memberi bayangan model apa yang akan diperkenalkan namun mengambil kira EICMA 2019 sebagai kali terakhir Suzuki melancarkan model baharu menerusi V-Strom 1050, pelancaran atas talian ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Suzuki membuat kejutan.

Suzuki Hayabusa 2021 mungkin?

Tidak lupa juga, Suzuki bakal memperkenalkan model dengan enjin parallel-twin baharu menggantikan SV650 dan V-Strom 650.

Segalanya akan terjawab 5 Februari ini.

Susulan pandemik Covid-19 yang masih lagi melanda memasuki tahun 2021, MotoGP membuat keputusan untuk menunda pusingan kedua dan ketiga membabitkan GP Argentina dan Amerika yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 18 April.

Sebaliknya, Litar Losail, Qatar akan melangsungkan dua perlumbaan secara dua minggu berturut-turut pada 28 Mac dan 4 April manakala Litar Portimao ambil alih pusingan tiga pada 18 April.

Meskipun kenyataan awal merujuk kepada penundaan GP Argentina dan Amerika namun hampir pasti perlumbaan di kedua-dua litar itu akan dibatalkan terutamanya di Amerika Syarikat selepas mengambil kira faktor logistik dan penularan Covid-19 di Austin, Texas.

Pada masa sama, menggantikan pusingan kedua dan ketiga dengan Qatar dan Portimao dilihat sebagai tindakan tepat susulan Qatar antara negara yang berjaya mengekang pandemik tersebut sejak gelombang pertama Ogos tahun lalu di samping mempergiat program vaksin.

Sementara Portimao berpengalaman dalam melangsungkan perlumbaan MotoGP dengan prosedur ketat musim lalu.

Bagaimanapun, Dorna dijangka untuk tidak membenarkan kehadiran penonton di litar buat masa ini yang turut dijangka tidak akan memberi kesan kepada Qatar dan Jerez yang mendapat sokongan besar (kewangan) dari kerajaan masing-masing.

Franco Morbidelli menamatkan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 di belakang Joan Mir selepas 14 pusingan musim lalu.

Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu, berjaya merekodkan tiga kemenangan meskipun menunggang YZR-M1 ‘Spec-A’ 2019 berbanding ‘Spec Factory’ yang ditunggang rakan sepasukan, Fabio Quartararo.

Meskipun akan meneruskan musim 2021 dengan jentera sama, prinsipal Petronas SRT, Razlan Razali meluahkan keyakinan bekas graduan akademi VR46 itu mampu muncul juara dunia musim ini.

“Dia lebih konsisten berbanding prestasi pelumba lain dan sebab itu, beliau mampu menduduki tangga kedua (belakang Mir) dan jika dia tidak berdepan masalah teknikal (pada musim ini), dia boleh jadi juara dunia,” jelas Razlan.

Sekiranya sasaran itu berjaya direalisasikan, Razlan luah keyakinan Morbidelli pasti akan dipancing pasukan ‘Factory’ seperti Ducati dan Honda susulan kontraknya bersama Petronas SRT berakhir 2022.

Bagaimanapun, Razlan mendedahkan pasukan itu hanya akan melepaskan Morbidelli dengan pampasan yang setimpal.

Morbidelli bakal memulakan saingan MotoGP 2021 dengan mentor dan juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi di Petronas SRT bermula dengan ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. – BERNAMA

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube