Bikesrepublic

Berita Terkini

Jenama motosikal elektrik Singapura, Scorpop Electric telah pun memperkenalkan prototaip model X.

X dibina dengan memfokuskan terhadap teknologi dan prestasi, model ini menawarkan pendekatan baharu dalam segmen motosikal elektrik.

Menurut Scorpio Electric, X mampu merekodkan kelajuan sehingga 100km/j dan boleh mencapai jarak sehingga 200km sekali cas.

Ketua Pegawai Eksekutif Scorpio Electric, Melvin Goh percaya mobiliti elektrik adalah solusi masa depan.

“Kami percaya bahawa kami mampu melakukan perubahan dengan menghasilkan pengangkutan yang lebih bersih dan efisien,” jelasnya.

Sementara itu, Scorpio Electric akan membuka pra-tempahan model X tahun ini dengan tarikh rasmi akan diumumkan kemudian.

Orang ramai boleh layari www.scorpioelectric.com untuk mendapatkan info terkini termasuk di laman sosial media Instagram dan Facebook.

Ducati merekodkan pencapaian baharu apabila menyerahkan unit ke 350,000 Monster kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali dan Pengarah Pusat Rekaan Ducati, Andrea Ferraresi, telah menyerahkan sendiri unit ke 350,000 itu dalam bentuk Monster 1200 S ‘Black on Black’ kepada Ducatista, Sebastien Francois Yves Hervé De Rose.

De Rose membuat tempahan motosikal tersebut dari pengedar Ducati di Milan namun telah dijemput khas ke kilang Borgo Panigale bagi penyerahan tersebut.

Sebagai penghargaan, Monster 1200 S itu turut disertakan dengan plat yang memaparkan angka 350,000 termasuk sijil pengesahan yang ditandatangan Domenicali.

*Ducati Monster 2021

Monster terus menjadi model paling popular dan paling lama ditawarkan Ducati sejak diperkenalkan pada 1992 menerusi Monster 600 dan kemudiannya 696 dan 1100 sehinggalah ke 797, 821, 1200 dan terbaru, Monster 2021 yang dijangka akan terus mengangkat nama Ducati dalam segmen motosikal jenis naked.

Ducati Hypemotard 950 RVE telah pun mendarat di Ducati Malaysia dan ditawarkan pada harga RM80,900.

Hypermotard 950 RVE ini merupakan tawaran terbaru Ducati yang duduk di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP.

Ciri utama 950 RVE ini adalah penggunan livery yang diinspirasikan daripada elemen ‘Graffiti’ di samping dibina berdasarkan jentera konsep Hypermotard 950 yang dipamerkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este.

Model ini juga lengkap dengan ciri Ducati QS (quickshifter) secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP.

Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol.

Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO.

Orang ramai yang berminat boleh singgah ke Ducati Malaysia Petaling Jaya bagi menyaksikan dengan lebih dekat tawaran terbaru ini.

Pelumba Rali Dakar,, Pierre Cherpin, disahkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan pada 10 Januari lalu.

Cherpin terbabit kemalangan semasa Peringkat 7 dari Ha’il ke Sakaka Di Arab Saudi selepas melepasi jarak 178 kilometer.

Ketika kemalangan dengan jentera Honda CRF 300, pelumba berusia 52 tahun itu didapati tidak sedarkan diri dan telah digegaskan ke hospital Sakaka dengan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan kepala serius.

Meskipun keadaannya menjadi stabil dan diletakkan dalam ‘induced coma’, dia meninggal dunia sewaktu dalam peringkat pemindahan ke hospital Lille di Perancis dari Jeddah.

Ini merupakan penglibatan kali keempat Cherpin di Rali Dakar selepas membuat kemunculan sulung pada 2009 di Amerika Selatan.

Menurut kenyataan dari penganjur, Cherpin sertai Rali Dakar bukan untuk menang, sebaliknya menggunakan peluang itu untuk menunggang motosikal bagi menikmati landskap pelbagai.

“Segalanya mengujakan, menunggang motosikal merupakan minat saya,” kata Cherpin menuru penganjur.

Bertanding dalam kategori ‘Original by Motul’ (kategori motosikal tanpa bantuan), Cherpin menduduki tempat ke-77 keseluruhan ketika Peringkat 6.

Sekitar Julai tahun lalu, Ducati telah memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna ‘White Rosso’.

Sebulan kemudian, Ducati Malaysia melancarkan Panigale V2 dengan pilihan warna Ducati Red dengan harga RM109,900.

Bagaimanapun, orang ramai kini boleh menikmati pilihan warna White Rosso setelah model itu telah pun mendarat di Ducati Malaysia Petaling Jaya.

Menariknya, warna unik itu masih ditawarkan harga jualan sama, RM109,900.

Panigale V2 masih mengekalkan ciri ‘single-sided swingarm’ ikonik seperti yang ditawarkan varian V4 termasuk enjin 955cc Superquadro dengan silinder berkembar yang menjana sekitar 155hp pada 10,10750rpm dan 104Nm.

Pelbagai ciri elektronik ditawarkan antaranya:

  • ABS Bosch Cornering EVO
  • Ducati Traction Control EVO 2
  • Ducati Wheelie Control EVO
  • Engine Brake Control EVO
  • Selectable Riding Modes (Street, Sport, Race)
  • Ducati Data Analyser + GPS (DDA+ GPS)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Ducati Lap Timer GPS (DLT GPS)
  • Ducati Multimedia System (DMS)

Orang ramai yang berminat boleh hadir ke Ducati Malaysia Petaling Jaya bagi menyaksikan Panigale V2 White Rosso ini dengan lebih dekat tatkala hanya dua unit sahaja yang mendarat setakat ini.

Stefan Peterhansel telah merekodkan kejuaraan Rali Dakar buat kali ke-14 selepas memenangai edisi 2021 di Saudi Arabia.

Dia berjaya mengetepikan saingan Nasser Al-Attiyah dan Carlos Sainz untuk muncul juara dengan kelebihan 14 minit 51s.

Pelumba X-raid MINI itu hanya memenangi satu daripada 12 peringkat sahaja – catatan terendah sejak 2015 – namun berjaya meletakkan dirinya dalam tiga terbaik sepanjang tempoh perlumbaan di samping tidak pernah ketinggalan lebih lima minit berbanding pelumba lain.

Peterhansel mengesahkan kejuaraan di hari terakhir di tempat ketiga, 15m 31s dihadapan Al-Attiyah.

Kejayaan ini tiba 30 tahun selepas pelumba Perancis itu merekodkan kejuaraan sulung di Dakar ketika menunggang jentera Yamaha dalam kelas motosikal.

Sementara itu, Al-Attiyah, meskipun menang lima peringkat terpaksa berputih mata tatkala hilang 12 minit dalam peringkat Prologue.

Meskipun kembali merapatkan jurang sehingga enam minit pada Peringkat 8, masalah tayar pancit (tiga kali) dan hala tuju menjejaskan usahanya musim ini selepas menamatkan musim lalu di belakang Sainz.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube