Bikesrepublic

Berita Terkini

Motosikal adventure Moto Guzzi, V85 TT mendapat beberapa kemas kini termasuk pilihan warna baharu bagi tahun 2021.

Menurut Moto Guzzi, kemas kini tersebut dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas daripada pemilik motosikal itu sebelum ini.

Enjin 853cc V-Twin (90 darjah) kini menghasilkan lebih tork pada RPM rendah hasil daripada meningkatkan timing cam pushroad dan rocker manakala rim spoke (tubeless) terbaru ini adalah 1.5 kilogram lebih ringan.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • ABS
  • Ride-by-wire
  • Cruise control
  • Paparan TFT

Sistem elektronik juga dipertingkat dengan dua mod tunggangan diperkenalkan, Sport dan Custom sertai mod sedia ada, Strada, Pioggia dan Off-Road.

Selain itu, Moto Guzzi turut perkenalkan pilihan grafik Nero Etna, Giallo Mojave dan Ross Uluru.

Sementara itu, varian tertinggi, V85 TT Travel, kini dilengkapi dengan penghadang angin Touring, pannier, lampu LED, heated grip serta platform Multimedia Moto Guzzi MIA.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan pembatalan ujian pra-musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadualkan berlangsung Februari ini.

FIM, Dorna Sports dan IRTA telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan ujian pra-musim di Sepang yang sepatutnya berjalan pada 12 hingga 21 Februari ini.

Pembatalan tersebut seperti yang dijelaskan SIC adalah susulan peningkatan kes Covid-19 di samping Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, turut meluahkan rasa dukacita terhadap pembatalan tersebut.

“Kami kecewa dengan pembatalan ini dan pastinya lebih kecewa adalah peminat MotoGP di Malaysia dan seluruh negara.

“Bagaimanapun, susulan peningktan kes Covid-19, kesihatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat harus diutamakan terlebih dahulu,” jelasnya.

Pada masa sama, segala aktiviti dan acara yang telah dijadualkan untuk berlangsung di SIC sepanjang tempoh PKP turut ditunda sehingga diberitahu sekaligus menjejaskan persiapan Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) yang sepatutnya dilangsungkan 20 hingga 22 Januari ini

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memulakan tahun 2021 dengan EX5 edisi khas sempena ulang tahun ke-35 motosikal ikonik itu.

Varian baharu ini menggabungkan rekaan ikonik dengan emblem khas serta jalur yang lebih menonjol bagi meraikan Honda EX-5 yang julung kalinya diperkenalkan pada 1987.

Honda EX5 Edisi Ulang Tahun Ke-35 ini masih mengekalkan enjin satu silinder dengan penyejukan udara yang menjana 6.37kW pada 7,500rpm dan 8.62Nm pada 5,500rpm dan dipadankan dengan sistem suntikan bahan api Programmed Fuel Injection (PGM-Fi).

Berikut warna dan varian ditawarkan:

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Honda EX5 35th Anniversary Edition pada harga berikut:

  • rim jenis cast: RM5,009
  • rim jenis spoke: RM4,783

Triumph Motorcycles telah memuat naik video teaser yang menayangkan sekilas rupa Speed Triple 1200 RS yang bakal dilancarkan secara rasmi 26 Januari ini.

Sejak pelancaran Street Triple RS 765 tahun lalu yang bingkas mencuri perhatian, rata-rata juga tidak sabar untuk menyaksikan versi ‘abang besar’.

Kini segalanya sudah pun terjawab dan berdasarkan ‘teaser’ dikongsikan Speed Triple 1200 RS ini juga didatangkan dengan lampu depan sama seperti pada model 765.

Selain mendapat rekaan baharu, jentera baharu ini juga menawarkan enjin 1200cc yang dijangka paling berkuasa pernah diperkenalkan bagi Speed Triple RS.

Walaupun ketika ini tiada info didedahkan namun dengan pelaksanaan Euro5 diharapkan enjin ini mampu menawarkan kuasa lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Segalanya akan terjawab pada 26 Januari ini dan nantikan laporan penuh dari MotoMalaya.Net!

Ujian pra-musim rasmi MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Februari telah dibatalkan.

Sebelum ini, Dorna dan IRTA bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dikatakan telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Malaysia bagi mencari solusi terbaik susulan pengunjung luar harus menjalani kuarantin wajib tujuh hari.

Bagaimanapun, aksi di Sepang kini sah dibatalkan selepas mengambil kira faktor peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara ini.

Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di beberapa negeri termasuk pengisytiharan darurat membuatkan pihak MotoGP membuat keputusan untuk membatalkan ujian pra-musim disini.

“FIM, IRTA dan Dorna Sports dengan dukacita mengumumkan pembatalan Sepang Shakedown dan Ujian Pra-Musim Rasmi Litar Antarabangsa Sepang.

“Kes Covid-19 serta keputusan ‘lockdown’ terbaru telah membawa kepada pembatalan acara ini yang sepatutnya dijadualkan pada Februari.

“Ujian pra-musim di Qatar pada 10 hingga 12 Mac ini masih disahkan untuk berjalan bagaimanapun segala info terkini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” jelas pihak MotoGP dalam satu kenyataan.

Hal ini sekaligus menjadikan Litar Losail sebagai medan ujian sulung pelumba bagi musim 2021.

Astra Honda Motor (AHM) telah pun melancarkan Honda CBR150R 2021 secara strim langsung di Indonesia.

Menariknya, seperti info yang didakwa sebelum ini Honda CBR150R ini sememangnya didatangkan dengan fork jenis upside down, kaliper axial Nissin di samping reka bentuk diinspirasikan daripada CBR250RR.

Honda CBR150R 2021 ini didatangkan dengan unit enjin 1 silinder 150cc DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 17hp pada 9,000rpm dan 14.4Nm pada 7,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dengan bantuan slipper clutch.

AHM turut melengkapkan model 2021 ini dengan Anti-lock Braking System (ABS) serta Emergency Stop Signal (ESS) namun varian tanpa ABS turut diperkenalkan.

Sementara itu, AHM turut menawarkan varian MotoGP Edition ABS yang ditawarkan pada harga IDR40.2 juta (RM11,556) manakala varian standard dengan ABS dijual pada harga IDR39.3 juta (RM11,298).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube