Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar ekzos, HP Corse telah memperkenalkan varian baharu bagi Evoextreme yang dicipta khas bagi jentera BMW S 1000 XR.

Pemilik S 1000 XR model 2015 hingga 2019 kini boleh menikmati ekzos Evoextreme tawaran HP Corse yang lengkap dengan DB killer dan ditawrakan dengan tiga pilihan ,’light satin steel’,’black steel’ atau titanium.

Ketiga-tiga ekzos ini adalah unit slip-om 260mm 2-in-1 dengan setiap varian didatangkan dengan pelindung gentian karbon serta end-cap gentian karbon termasuk logo HP Corse yang diukir dengan laser (laser engraved).

Menurut HP Corse, produk baharu ini mencapai piawaian Euro 4 namun tidak didedahkan berat bersih ekzos tersebut.

HP Corse merupakan jenama dari Itali yang mempunyai rangkaian pengedar luas di serata dunia antaranya Australia, Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, Indonesia, Malaysia, Singapore, Jepun, New Zealand, Poland, Portugal, Monaco, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sejak memperkenalkan Diablo Rosso julung kalinya pada 2008, Pirelli telah pun merekodkan jualan lebih 5,000,000 unit model tersebut.

Pirelli kini membuka tirai tahun 2021 dengan memperkenalkan Diablo Rosso IV.

Tayar generasi keempat ini dicipta bagi meneruskan tradisi Diablo Rosso sebagai produk berprestasi tinggi sepertimana ditawarakan Diablo Rosso III namun meningkatkan kualiti tunggangan dan cengkaman di atas permukaan kering dan basah.

Meskipun info lebih terperinci tidak didedahkan namun menurut Pirelli, Diablo Rosso IV adalah tayar untuk penunggang motosikal yang gemarkan tunggangan dinamik terutamanya pemilik motosikal jenis supersports, hypernaked dan superbike.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap seorang anggota polis trafik yang disyaki menumbuk penunggang motosikal.

Siasatan tersebut dibuat setelah tular rakaman yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditumbuk pegawai trafik di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

Rakaman berdurasi 37 saat itu menampakan seorang anggota trafik seakan melepaskan tumbukan terhadap penunggang terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku sekitar jam 8 hingga 9 pagi di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, motosikal tersebut dinaiki sepasang suami isteri (warga tempatan) dan didapati cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Bagaimanapaun, penunggang tersebut dipercayai melanggar kaki salah seorang anggota trafik sebelum ditahan anggota trafik lain dan dikenakan tindakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen serta memiliki cukai jalan tamat tempoh.

Penunggang motosikal tersebut turut didapati memiliki 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik. – BERNAMA

Kerajaan negeri Pulau Pinang baharu sahaja membeli sebuah Mercedes-Benz S560e hibrid untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Model S560e itu telah dibeli dengan harga RM458,122.78 pada 31 Disember 2020 bagi menggantikan Mercedes S300L yang telah dibeli – pada harga RM298,263.75 – pada 2013.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, pembelian tersebut mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang sebulan sebelum pembelian.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah pun kelihatan menggunakan kereta rasmi baharu tersebut ketika menghadiri majlis angkat sumpah ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Selasa lalu.

Mercedes-Benz S560e dilancarkan di Malaysia pada Jun 2019 dan didatangkan dengan enjin 3.0L turbocharged V6 yang menjana 362hp dan 500Nm manakala motor elektrik menghasilkan tambahan 121hp dan 440Nm sekaligus menyaksikan jumlah output adalah pada 469hp pada 5,500 hingga 6,000rpm dan 700Nm.

Model ini juga mampu mencapai kelajuan maksima 250km/j dan 0-100km/j hanya memerlukan lima saat.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang mempertimbangkan untuk membuka litar kepada acara lain antaranya berbasikal bagi mempelbagaikan pendapatan.

Perkara itu disahkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif susulan sukan permotoran tempatan terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 lantas membenarkan acara berbasikal serta larian adalah inisiatif terbaik untuk dipertimbangkan.

“Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa. Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

“”Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini.

“Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang, bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain,” jelasnya.

Menurut Azhan, SIC dijangka akan berdepan kesukaran dalam pemerolehan penajaan bagi tahun 2021 lantas membuka litar kepada acara lain antara langkah dipertimbangkan. – BERNAMA

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops Penjaja di sekitar kawasan pada Selasa lalu.

OPS PENJAJA JALANAN Taiping – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops…

Posted by Polis Daerah Taiping on Wednesday, 6 January 2021

Ketika operasi berjalan, IPD Taiping telah mengeluarkan empat saman terhadap individu berniaga buah asam di lampu isyarat.

Tindakan tersebut diambil setelah beberapa kali menasihati peniaga tersebut untuk berniaga di tepi jalan yang lapang di bawah kanopi berbanding berdiri dan berjalan di antara kenderaan ketika di lampu isyarat.

Difahamkan, pihak IPD Taiping turut menerima beberapa aduan daripada pengguna jalan raya sejak Oktober 2020.

Aktiviti berniaga di lampu isyarat semakin mendapat tempat dengan rata-rata kawasan yang mempunyai jumlah trafik tinggi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube