Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah dinamakan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia dengan nilai lebih USD13.6 bilion (RM52.4 bilion).

Perkara itu didedahkan Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj dalam satu kenyataan.

“Fokus syarikat dalam pasaran motosikal di samping komitmen terhadap strategi pelbagai telah menjadikan Bajaj sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia,” jelasnya.

Berpangkalan di Pune, India, Bajaj – yang juga pemilik KTM – berjaya menempatkan diri sebagai pemain utama di 70 pasaran motosikal dunia terutamanya di Asia dengan motosikal bersesaran kecil menjadi tarikan orang ramai.

Meskipun penjualan motosikal Bajaj di India diatasi Hero Motocorp namun dari aspek ‘value for money’, Bajaj Auto diangkat sebagai jenama paling berbaloi.

Pemilikan 47.97 peratus saham KTM AG – termasuk KTM, Husqvarna dan kini GASGAS – turut membantu dalam meningkatkan nilai Bajaj Auto di muka dunia.

Jenama Bajaj dijangka akan terus berkembang selepas termeterainya kerjasama dengan Triumph Motorcycles pada 2017 yang menyaksikan kilang di Pune menghasilkan motosikal Triumph bersesaran kecil untuk pasaran dunia termasuk di Asia Tenggara.

Demikian cadangan yang disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili, dalam usaha memastikan keselamatan penunggang basikal terjamin.

Faz meminta agar laluan motosikal di lebuhraya utama membabitkan Lebuhraya Persekutuan, Kesas dan Guthrie ditutup setiap hujung minggu bagi membenarkan penunggang basikal beriadah dengan selamat.

“Ini kerana pada hari minggu aliran trafik di laluan motosikal terutamanya di Lembah Klang sangat rendah.

“Saya berpendapat pendekatan ini sangat efektif dan berkesan dan memerlukan toleransi semua pihak untuk jayakannya,” jelasnya dalam program AWANI pagi.

Cadangan tersebut dikemukakan kerana berpendapat laluan khas basikal yang disediakan di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur tidak dapat digunakan sebaiknya susulan terdapat halangan antaranya kereta yang diparkir.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membina lebih banyak laluan basikal. – AWANI

Benelli telah berkongsi imej ‘teaser’ yang memaparkan apa yang kelihatan seperti lampu hadapan sebuah motosikal moped untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan Benelli akan menaik taraf RFS150i kepada enjin yang lebih besar, 180cc sekaligus akan dinamakan sebagai RFS180i.

Berdasarkan perkongsian itu, Benelli akan melancarkan motosikal tersebut pada Suku Pertama tahun ini.

Jika diikutkan, Benelli akan mengemas kini rekaan bahagian depan sekaligus menjadikan motosikal ini sebagai model ‘facelift’ berdasarkan beberapa imej yang telah pun tular sejak Julai 2019.

July 2019, that's a long time ago…

Posted by Vanhoe Rage on Saturday, 2 January 2021

Pada masa sama, masih tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan naik taraf ke enjin lebih besar itu akan berlaku atau model itu akan terus ditawarkan dengan enjin 150cc seperti sebelum ini.

Apa yang pasti, segalanya akan terjawab dalam masa terdekat oleh pihak MForce Bike Holdings selaku pengedar jenama Benelli di Malaysia.

Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal ekoran terlanggar lubang di Jalan Tengah menuju ke Jalan Syed Putra, semalam.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75 tahun sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Connaught menghala ke Mid Valley.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mendedahkan mangsa terbabas selepas terlanggar lubang di jalan rosak.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” jelasnya.

Isu jalan raya berlubang menjadi topik perbincangan hangat baru-baru ini apabila Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin kemalangan sewaktu berbasikal.

Insiden itu turut menyaksikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat membuat permohonan maaf di laman sosial.

Bagaimanapun, permohonan maaf tersebut mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan layanan berat sebelah oleh pihak JKR terhadap individu berkepentingan berbanding orang awam yang telah terkesan dengan keadaan jalan berlubang sebelum ini.

Khairy turut menegur JKR untuk tidak hanya mengambil tindakan apabila kejadian seumpamanya membabitkan menteri.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial.

Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020.

Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

*Proton X50

Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga sementara X50 mengatasi jangkaan meskipun dilancarkan pada penghujung tahun.

Proton Saga menjadi model paling laris bagi tahun 2020 manakala X50 dan X70 menjadikan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

*Proton X70

Berikut senarai jualan mengikut model:

  • Saga – 46,527 unit *kedua tertinggi dalam sedan Segmen-A
  • Persona – 23,917 unit *tertinggi dalam Segmen-B
  • Exora – 5,849 unit *tertinggi dalam MPV Segmen-C
  • Iriz – 7, 636 unit *ketiga tertinggi dalam hatchback Segmen-B
  • X70 – 21,944 unit *tertinggi dalam SUV Segmen-C
  • X50 – 3,787 unit *ketiga tertinggi dalam SUV Segmen-B

Proton juga merekodkan peningkatan jumlah eksport sebanyak 49.8 peratus sekaligus menyumbang kepada prestasi cemerlang bagi 2020.

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Menurut Mohd Fadzil, basikal yang tidak lengkap dengan ciri keselamatan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya akan turut menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan ditetapkan, menunggang secara melulu serta tidak mematuhi papan tanda.

Difahamkan, Putrajaya dibanjiri lebih seribu penunggang basikal di hujung minggu dengan tahun 2020 menyaksikan 11 kes kemalangan direkodkan dengan satu kematian.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube