Bikesrepublic

Berita Terkini

Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020.

Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

*Proton X50

Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga sementara X50 mengatasi jangkaan meskipun dilancarkan pada penghujung tahun.

Proton Saga menjadi model paling laris bagi tahun 2020 manakala X50 dan X70 menjadikan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

*Proton X70

Berikut senarai jualan mengikut model:

  • Saga – 46,527 unit *kedua tertinggi dalam sedan Segmen-A
  • Persona – 23,917 unit *tertinggi dalam Segmen-B
  • Exora – 5,849 unit *tertinggi dalam MPV Segmen-C
  • Iriz – 7, 636 unit *ketiga tertinggi dalam hatchback Segmen-B
  • X70 – 21,944 unit *tertinggi dalam SUV Segmen-C
  • X50 – 3,787 unit *ketiga tertinggi dalam SUV Segmen-B

Proton juga merekodkan peningkatan jumlah eksport sebanyak 49.8 peratus sekaligus menyumbang kepada prestasi cemerlang bagi 2020.

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Menurut Mohd Fadzil, basikal yang tidak lengkap dengan ciri keselamatan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya akan turut menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan ditetapkan, menunggang secara melulu serta tidak mematuhi papan tanda.

Difahamkan, Putrajaya dibanjiri lebih seribu penunggang basikal di hujung minggu dengan tahun 2020 menyaksikan 11 kes kemalangan direkodkan dengan satu kematian.

Tetsuta Nagashima tidak akan terlibat dengan Kejuaraan Dunia Moto2 musim 2021.

*Nagashima memenangi aksi pertama di Qatar

Pelumba Red Bull KTM Ajo itu yang melakar kemenangan di pusingan pertama Litar Losail, Qatar, mengumumkan keputusan itu menerusi akaun Instagram @tetsutanagashima.

Meskipun menang di Qatar dan merekodkan tempat kedua di Jerez, dia gagal mengekalkan aksi konsisten sebelum menamatkan musim 2020 di kedudukan ke-8, keputusan terbaik dalam kariernya.

*Jorge Martin naik pangkat ke MotoGP musim 2021 bersama Pramac Racing

Bagaimanapu, namanya tidak disenaraikan dalam senarai awal Moto2 2021 dengan rakan sepasukan, Jorge Martin, naik pangkat ke kelas premier – sertai Pramac Racing – manakala Ajo mempertaruhkan barisan baharu menerusi Remy Gardner dan Raul Fernandez.

Walaupun umum berhenti berlumba musim depan, Nagashima tetap menyuarakan niatnya untuk kembali lebih kuat.

Sementara itu, keputusan Nagashima meletakkan Ai Ogura dari Honda Team Asia sebagai wakil tunggal Jepun di Moto2 musim depan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa laluan antara persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang ditutup susulan dinaiki air sedalam dua kaki.

9.18am LPT1@E8 : Kejadian limpahan air di Km 198 arah Timur dan Barat, Gambang ke Sri Jaya. Kesemua lorong kecemasan,…

Posted by Lembaga Lebuhraya Malaysia on Saturday, 2 January 2021

Perkara itu disahkan sendiri ANIH Berhad dalam satu kenyataan selaku pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang mendedahkan permukaan jalan dinaiki air lebih satu kilometer susulan hujan lebat.

Sehubungan itu, pihak berwajib telah bertindak menutup kedua-dua lorong dan meminta pengguna jalan raya yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur menangguh perjalanan sementara waktu.

Orang ramai boleh mengikut perkembangan semasa di Facebook Lebuhraya Pantai Timur atau Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer, berasakan pasukan KTM Factory Racing sudah bersedia untuk mencabar kejuaraan MotoGP 2021.

Sasaran baharu itu diletakkan susulan kejayaan KTM merangkul tiga kemenangan, lapan podium dan tempat kelima carta kejuaraan dunia menerusi Pol Espargaro.

Meskipun Espargaro berhijrah ke Honda Repsol musim depan namun KTM masih mampu memberi saingan sengit menerusi Brad Binder, Miguel Oliveira dan rekrut baharu, Danilo Petrucci di KTM Tech3.

Menurut Pierer, pencapaian 2020 menjangkau sasaran awal.

CEO KTM, Stefan Pierer

“Sasaran 2020 melebihi jangkaan. Kami kini mempunyai asas teknikal kukuh bagi membolehkan beberapa pelumba untuk merekodkan kemenangan di samping memberi pelumba muda peluang terbaik sepertimana yang ditonjolkan Brad Binder dan Ikerr Lecuona.

“Sasaran utama kami musim depan adala mencabar kejuaraan dan menang jika boleh,” jelas Pierer.

Sementara itu, KTM turut melanjutkan kontrak Dani Pedorsa dan Mika Kallio selaku pelumba uji pasukan itu bagi musim 2021 pada hujung Disember lalu.

Rata-rata menyifatkan keputusan merekrut Pedrosa antara penyumbang kejayaan RC16 bagi musim 2020.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji usul oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan dengan kategori lesen baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 20 tahun.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang mendedahkan usul tersebut akan dibincangkan bersama pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Zailani, cadangan oleh PDRM itu dibuat susulan terdapat peningkatan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berusia di antara 16 hingga 20 tahun.

PDRM menerusi Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Bakri Zainal Abidin baru-baru ini telah mengemukakan cadangan untuk menghadkan lingkungan umur tersebut kepada motosikal 70cc ke bawah.

Usul tersebut memfokuskan terhadap memperkenalkan kategori lesen baharu menjelang 2025. – NST

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube