Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda Malaysia membuka tempahan bagi CR-V baharu di semua 101 pusat pengedar Honda seluruh negara.

Honda CR-V merupakan antara SUV paling popular di Malaysia dengan lebih 36,000 unit telah pun terjual sejak 2017.

Dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged, CR-V baharu ini menawarkan 193hp dan 243Nm.

Bagaimanapun, ciri penting yang terdapat pada model ini adalah teknologi keselamatan generasi baharu, Honda SENSING yang terdapat pada Civic, Accord dan terbaru City RS.

Sementara itu, antara ciri menarik lain terdapat pada CR-V baharu ini adalah seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Menurut Honda lagi, sistem Honda LaneWatch kini turut didatangkan secara standard.

Honda LaneWatch berfungsi sebagai ‘mata’ tambahan bagi pemandu hasil daripada kamera yang diletakkan di bahagian cermin sisi sebelah kiri yang akan memaparkan rakaman di sebelah kiri sewaktu pemandu mahu membuat pertukaran lorong.

Menurut Honda Malaysia, CR-V baharu ini akan dilancarkan pada suku ke-4 2020.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia.

Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3876274209084411

Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc.

Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc.

Suzuki Gixxer 150

Gixxer 150 menawarkan enjin 155cc satu silinder dengan penyejukkan udara yang menghasilkan 13hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm pada 6,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

Suzuki Gixxer 250

Manakala Gixxer 250 menawarkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm hasil daripada enjin 249cc satu silnder dengan penyejukan minyak.

Kotak gear pula menawarkan transmisi 6-kelajuan.

Suzuki Gixxer SF 250

Sementara versi dengan fairing (SF) bagi kedua-dua model – 150 dan 250cc – menawarkan spesifikasi sama termasuk fork teleskopik, paparan digital, lampu depan dan belakang LED.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada versi 150cc atau 250cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ketika ini.

Baru-baru ini, Suzuki Malaysia turut memberi bayangan akan mengembalikan Belang Fi 150 dan GSX-R.

Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan.

Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah.

““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,”jelasnya,

Setakat kini, Proton telah melaksanakan dua previu rasmi namun kedua-duanya tidak membabitkan sebarang pendedahan harga bagi model segmen-B ini.

Proton X50 ditawarkan dengan empat varian; Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan tiga varian pertama dilengkapi enjin 1.5T manakala 1.5TGDi hanya didapati pada model Flagship.

https://www.facebook.com/watch/?v=788646021937240

Enjin 1.5T tersebut menghasilkan 150hp dan 226Nm manakala 1.5TGDi menawarkan 177hp dan 250Nm.

Akhirnya rupa bentuk Honda Forza 750 didedahkan menerusi video ‘teaser’ ketiga dikongsikan.

Ketika Honda memuat naik video teaser pertama, hanya slogan ‘Forza family is getting bigger’ bagi memberi bayangan bahawa skuter maxi itu akan mendapat suntikan enjin lebih besar dipercayai nadi sama yang terdapat pada X-ADV dan NC750.

Kemudian, ‘teaser’ kedua memaparkan beberapa ciri yang ditawarkan Forza 750 menerusi paparan TFT, lampu LED (depan dan belakang) dan mod tunggangan.

Kini, berdasarkan teaser terbaru, rupa bentuk Forza 750 ini tampak lebih jelas.

Meskipun tiada info lanjut namun berdasarkan rupa bentuk, jelas terdapat elemen X-ADV terutamanya di bahagian swingarm di samping jentera ini dijangka mendapat transmisi DCT (namun tanpa opsyen manual.

Honda bakal merasmikan Forza 750 pada 14 Oktober ini.

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan siri minyak enjin sintetik penuh menerusi EMOS 7000E SAE 10W-50.

EMOS 7000E merupakan minyak enjin khas yang diformulasikan untuk motosikal jenis ‘street bike’ dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi.

Menurut MODENAS, minyak dengan standard API SN dan JASO MA2 ini ditawarkan pada harga RM62 sebotol (1 Liter).

Pengenalan kepada produk baharu ini merupakan antara inisiatif MODENAS dalam menawarkan minyak enjin terbaik kepada pemilik motosikal MODENAS>

Pelinciran yang berkualiti memastikan prestasi enjin terus berada di tahap optimum di samping mengekalkan ketahanan.

“Di MODENAS, kami mahu semua pelanggan kami memanfaatkan motosikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.

“EMOS 7000E bukan hanya akan memaksimumkan prestasi motosikal, tetapi juga memberikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dengan memberikan perlindungan dan kebersihan enjin yang sangat baik,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan.

EMOS 7000E ini boleh didapati di semua cawangan pusat servis MODENAS, MODENAS Service Plus termasuk di MODENAS Power Store Kota Damansara.

MyEG memperluaskan servis yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pembaharuan cukai jalan motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Dijadualkan akan beroperasi di portal MyEG pada 9 Oktober dan 16 Oktober ini, perkhidmata baharu ini akan ditawarkan seiring dengan servis sedia ada MyEG.

Servis pembaharuan cukai jalan motosikal dan CDL secara atas talian ini dijangka memudahkan ramai penunggang motosikal di Malaysia.

MyEG telah pun menawarkan servis atas talian bagi JPJ sejak 2007 menerusi pembaharan cukai jalan kereta, semakan dan bayaran saman, ujian berkomputer dan perpindahan hak milik kenderaan.

Inisiatif terbaru MyEG ini sejajar dengan situasi Covid-19 yang melanda negara di mana penunggang motosikal tidak perlu bersesak membuat urusan di kaunter JPJ.

Layari MyEg.com.my untuk maklumat lanjut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube