Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Piaggio India, Diego Graffi yang memaklumkan bahawa Aprilia Tuono 660 akan dilancarkan di India pada pertenghan 2021.
Pendedahan itu sekaligus memberi bayangan Tuono 660 akan dilancarkan secara global pada tarikh yang lebih awal sepertimana yang berlaku terhadap RS660.
Meskipun Aprilia RS660 telah pun mula dijual ketika ini namun pasaran Malaysia hanya akan menyaksikan jentera tersebut sekitar suku pertama tahun depan.
Aprilia Tuono 660 pada awalnya didedahkan di EICMA tahun lalu sebagai jentera konsep meskipun reka bentuk yang ditayangkan itu jelas menggambarkan sebuah jentera yang lengkap.
Meskipun tiada info didedahkan mengenai jentera tersebut namun apa yang pasti Tuono 660 mendapat suntikan enjin sama seperti yang ditawarkan pada RS660, yang menjana 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm.
Bagaimanapun, dijangka kuasa itu akan ditala semula bagi menyesuaikan pada Tuono 660.
Antara ciri yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Aprilia Performance Ride Control (APRC)
- Cornering ABS
- Wheelie Control boleh laras
- Engine Brake Control
- Quickshifter
- Cruise Control
- Lima mod tunggangan; Commute, Dynamic, Individual, Challenge dan Time Attack
- Skrin TFT
Sistem penyerap hentakan dikendalikan fork USD Kayaba 41mm manakala kaliper brek Brembo 4-piston dengan cakera brek 320mm depan dan 220mm belakang menjaminkan cengkaman terbaik sewaktu membrek. – Autocar India