Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan panggilan semula 2,784 unit model Accord dan CR-V berusia 20 tahun bagi menggantikan beg udara Takata.

Daripada jumlah tersebut, 1,380 unit membabitkan Accord model 1999 manakala baki 1,404 unit lagi adalah CR-V model tahun 2000.

Honda Malaysia percaya panggilan semula ini adalah penting sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pemandu tidak akan berdepan masalah beg udara Takata tidak berfungsi dengan baik atau pecah.

Menurut Honda, sehingga kini tiada lagi insiden kecederaan membabitkan beg udara Takata bahagian pemandu dari dua model ini.

Sementara itu, pemilik yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat namun, Honda Malaysia menggesa semua pemilik terkesan untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi membuat janji temu.

Orang ramai yang mempunyai saudara mara yang memiliki Accord 1999 dan CR-V 2000 juga diminta untuk segera menghubungi Honda Malaysia bagi menggantikan beg udara tersebut secara percuma.

Pada masa sama, orang ramai yang tidak pasti akan model yang dimiliki boleh menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020 untuk membuat semakan.

Episod empat web series Ducati World Premier 2021 menyaksikan kilang Borgo Panigale itu memperkenalkan Diavel 1260 edisi Lamborghini.

Ducati Diavel 1260 Lamborghini diinspirasikan daripada Lamborghini Sian FKP 37 dengan masing-masing menawarkan pilihan warna dan elemen gentian karbon sama termasuk rekaan rim.

FKP 37 merupakan model hibrid sulung Lamborghini yang dinamakan sempena Ferdinand Karl Piech (bekas pengerusi VW Group) yang lahir pada 1937 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2019.

Antara ciri Sian FKP 37 yang dipaparkan pada Diavel 1260 ini adalah angka 63 yang ditayangkan di bahagian sisi penutup radiator.

Angka tersebut turut dicerminkan menerusi 630 unit sahaja dihasilkan bagi Diavel 1260 Lamborghini ini.

Elemen lain yang turut diterapkan kepada Diavel adalah rim forged yang memaparkan rekaan sama terdapat pada Sian FKP 37 manakala rekaan muncung ekzos diilhamkan dari lampu belakang kereta tersebut.

Ducati turut menerapkan penggunaan genian karbon di setiap bahagian termasuk penututp radiator, air intakes, cover ekzos, cover tangki minyak, fender serta kerangka lampu depan.

Penggunaan bahan ringan ini menyaksikan Diavel 1260 Lamborghini kini seberat 245 kilogram, 1.8 kilogram lebih ringan berbanding Diavel 1260.

Menariknya, skrin TFT juga akan memaparkan lencana Lamborghini sewaktu dihidupkan di samping logo jenama itu turut terpampang di bahagian tangki.

Bagaimanapun, versi edisi terhad ini masih lagi menawarkan enjin 1,262cc Testastretta DVT (Euro 5) yang sama ditawarkan pada Diavel 1260 dan Diavel 1260 S.

Hasilnya unit ini menghasilkan 162hp pada 9,500rpm dan 128Nm pada 7,500rpm.

Sementara IMU Bosch 6-axis menawarkan pakej elektronik berikut:

  • cornering ABS EVO
  • Ducati Traction Control EVO
  • Ducati Wheelie Control EVO
  • Ducati Power Launch EVO
  • Cruise control

Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork inverted 48mm boleh laras dan monoshock Ohlins di samping Brembo M50 empat piston menawarkan cengkaman brek yang efisien.

Pada masa sama, setiap pembelian Ducati Diavel 1260 Lamborghini ini akan didatangkan dengan helmet jenis jet (open-face).

Diavel 1260 Lamborghini ini ditawarkan pada harga USD31,995 (RM130,635).

Young Machine pernah melaporkan bahawa Honda bakal merealisasikan jentera konsep CB4X yang ditayangkan di EICMA tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Honda dicanang bakal membawa unit enjin parallel-twin dari CRF1100L Africa Twin berbanding 4-inline.

Kini, tular imej yang memaparkan rupa jelas CB1100X yang bakal diperkenalkan Honda.

Imej tersebut sekali lagi didedahkan Young Machine, media sama yang membuat pendedahan mengenai Rebel 1100 beberapa bulan sebelum model itu dilancarkan, hari ini.

Meskipun tiada pengesahan dari pihak Honda mengenai jentera ini namun mengambil kira gambar ini didedahkan Young Machine sendiri, kebarangkalian untuk menyaksikan jentera ini diperkenalkan kelak amat tinggi.

Enjin 1,084cc parallel-twin ini menjana 107hp pada Africa Twin dan 87hp pada Rebel 1100 namun dijangka CB1100X bakal menawarkan kuasa di antara kedua-dua model tersebut.

Kami berasakan ini adalah model berkonsepkan ‘sport-touring’ yang bakal memberi saingan terhadap Tracer 9 dan BMW F 900 XR.

Dua jentera ikonik dari Noale, Itali, Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2020 dan RSV4 1100 Factory 2020 kini di Malaysia.

*Aprilia RSV4 1100 Factory

Tuono V4 1100 Factory 2020 ini tampil dengan bahagian gentian karbon termasuk ‘suspension’ elektronik separa-aktif (semi-active) yang dibangunkan Ohlins.

*Aprilia Tuono V4 1100 Factory

Sementara Tuono V4 1100 Factory 2020 ini turut dilengkapi dengan suspension elektronik yang bukan sahaja meningkatkan prestasi di litar dan jalan raya malah tahap keselesaan.

Aprilia Tuono V4 1100 Factory

Model 2020 ini didatangkan dengan sistem pengurusan elektronik yang merangkumi pakej advanced dynamic control APRC, cornering ABS, quick shifter (up/down), pit limiter serta cruise control.

Model yang didatangkan dengan enjin 1,077cc V4 yang menjana 175hp pada 11,000rpm dan 121Nm pada 9,000rpm ini turut tampil dengan grafik serba baharu di samping komponen gentian karbon secara standard.

Aprilia RSV4 1100 Factory

Bagi tahun 2020, jentera superbike kebanggaan Noale ini tampil lebih mantap dengan sistem ‘suspension’ separa-aktif.

Model ini masih lagi mengekalkan enjin V4 65 darjah DOHC yang menjana 217hp pada 13,200rpm dan 122Nm pada 11,000rpm di samping menawarkan Ride-by-Wire, dynamic control system APRC termasuk suspension yang dibangunkan bersama Ohlins.

Kedua-dua model ini boleh didapati dengan harga berikut:

  • Aprilia Tuono V4 1100 Factory: RM121,000
  • Aprilia RSV4 1100 Factory: RM159,000

Khabar angin yang tular sebelum ini menjadi realiti apabila Honda mengesahkan Rebel 1100 akan sertai barisan model yang akan dipasarkan pada 2021.

Pendedahan yang dibuat media Jepun, Young Machine, sebelum ini dengan berkongsi paten Rebel dengan enjin 1100cc ternyata benar.

Rebel 1100 ini merupakan model serba baharu dari Honda yang bakal mengisi segmen crusier meskipun jenama itu seolah-olah menjauhkan diri dengan segmen tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, kejayaan Rebel 500 dianggap sebagai faktor yang mengubah pendirian pengeluar motosikal Jepun itu untuk menghasilkan Rebel versi 1100cc.

Meskipun, bernadikan enjin parallel-twin 1,084cc sama yang terdapat pada CRF1100L Africa Twin namun Honda telah menala unit terbabit bagi menyesuaikan kuasa dan prestasi dengan sebuah motosikal cruiser.

Hasilnya, Rebel 1100 Jentera menawarkan 87hp pada 7,000rpm dan 97.6Nm pada 4, 750rpm.

Motosikal ini turut didatangkan dengan crank baharu yang membawa jisim flywheel 32 peratus lebih tinggi bagi membantu meningkatkan respon ‘throttle’ semasa RPM rendah di samping sistem ekzos dan valve timing serba baharu.

Sistem throttle ‘ride-by-wire’ juga menawarkan kawalan yang lebih efisien di jalan raya.

Honda Rebel 1100 ini turut dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control dan Wheelie Control dan empat mod tunggangan yang merangkumi; Standard, Rain, Sport dan mod User yang boleh diakses dengan mudah di handle kiri.

Bagaimanapun, antara ciri unik yang membezakan Rebel 1100 dengan cruiser lain adalah transmisi DCT (dual-clutch transmission) untuk pertukaran gear automatik atau separa automatik.

Sistem DCT ini juga menawarkan tetapan yang berbeza mengikut mod tunggangan yang dipilih.

Sementara itu, Rebel 1100 mengguna pakai kerangka jenis tubular steel dengan rekaan menyamai Rebel 500 bagaimanapun, tiub kerangka ini adalah lebih besar dengan 35mm.

Antara ciri menarik lain:

  • berat 223kg (standard) dan 233kg (DCT).
  • fork depan 43mm dengan spring pre-load boleh laras
  • kaliper brek empat piston dengan cakera brek 330mm depan
  • kaliper satu piston dan cakera brek 256mm belakang
  • ABS dua-channel

Pengeluar sistem brek terkenal, Brembo, mengumumkan pengambilalihan SBS Friction selepas membeli 100 peratus saham syarikat Denmark itu.

SBS Friction merupakan pengeluar pad brek jenis sintered dan organik untuk motosikal.

Pengambilalihan ini menyaksikan komponen itu akan memperluas tawaran produk dari Brembo sekaligus mengukuhkan status syarikat itu dalam sektor motosikal.

Pengerusi Brembo, Alberto Bombassei, turut berkongsi keterujaan tersebut.

“Kami mengucapkan selamat datang kepada SBS Friction dalam keluarga Brembo.

“Meskipun pasaran ini agak kompleks namun Brembo sentiasa mencari peluang pelaburan demi inovasi baharu. Pengambilalihan ini langkah penting kerana membenarkan kami untuk memperkuat rangkaian Brembo demi pelanggan kami,” jelasnya.

Menurut kenyataan rasmi, Brembo membelanjakan lebih EUR30 juta (RM145 juta) bagi pembelian SBS Friction.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube