Bikesrepublic

Berita Terkini

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR 2020.

Orang ramai boleh memilih empat pilihan warna berikut, Matte Titan, Cyan, Red dan Blue dan kesemua motosikal ini sudah boleh didapati di setiap pengedar rasmi Yamaha seluruh negara tanpa sebarang perubahan harga RM8,168 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Setiap pembelian juga akan didatangkan dengan disc lock Yamaha bernilai RM100.

Yamaha Y15ZR ini masih lagi mengekalkan spesifikasi enjin sama, 150cc dengan penyejukan cecair SOCH yang menawarkan 15.1hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menjelaskan orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki premis, menggunaakan surau dan tandas sahaja.

Perkara itu dijelaskan Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz yang menjelaskan bahawa mereka telah diarahkan untuk hanya mendaftarkan pelanggan yang memasuki premis.

Jelasnya, tiada keperluan untuk mengimbas kod QR MySejahtera jika hanya mengisi minyak.

“Kami diberitahu bahawa kod QR dan pemeriksaan suhu hanya perlu dilakukan oleh pelangggan yang memasuki kedai, surau dan tandas.

“Tiada keperluan untuk melakukannya jika tidak memasuki kawasan ini,” jelasnya.

Pada masa sama, Khairul menjelaskan bahaya menggunakan telefon pintar berhampiran pam minyak.

Menurut laporan media tempatan, pihak Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) turut menjelaskan bahawa orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera jika hendak memasuki premis.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid menjelaskan orang ramai boleh dikenakan kompaun RM1,000 jika tidak mengimbas kod QR sebelum mengisi minyak. – The Star

Pendahulu kejuaraan MotoGP, Joan Mir mengambil pendekatan rendah diri dalam merebut kejuaraan musim 2020.

Suzuki mula menampakan persaingan serius sejak musmim lalu dengan Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan sementara Mir mengutip 92 mata untuk menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-12.

Memasuki musim 2020 dengan berbaki dua pusingan, Mir kini berjaya menempatkan dirinya sebagai pendahulu kejuaraan.

*Mir memenangi GP Eropah diikuti rakan sepasukan Alex Rins dan Pol Espargaro

Siapa sangka walaupun gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sebanyak dua kali di awal musim, dia kini selangkah untuk merekodkan kejuaraan dunia sulung dalam kariernya.

“Saya rasa kami telah membuktikan bahawa tekanan perlumbaan bukan satu perlumbaan bagi kami.

“Bukan bermakna tekanan itu tiada tetapi kami sentiasa memberikan fokus terhadap apa yang kami lakukan.

“Di penghujung hari, ini adalah kerja kami jadi tekanan sebenar itu tiada,” jelasnya.

Bagi Mir, tekanan sebenar adalah mereka yang sedang bergelut dengan kehidupan di luar MotoGP apatah lagi sewaktu dunia sedang dilanda wabak Covid-19.

“Tekanan sebenar adalah mereka yang tidak mampu nak bayar sewa rumah dan memberi makan kepada keluarga terutamanya dalam situasi sekarang.

“Setiap kali saya ditanyakan soalan mengenai tekanan, bagi saya tekanan itu tiada. Ini adalah tugas saya dan saya mampu melakukannya. Saya dikira bertuah,” tambahnya.

Mir juga tidak menunjukkan keterujaan yang melampau selepas memenangi GP Eropah baru-baru ini di samping selesa mendahului kejuaraan dunia dengan 162 mata.

Orang ramai akan disajikan dengan pelancaran model terbaru Toyota Tires, Proxes CR1 secara virtual pada 19 November ini.

Proxes CR1 merupakan tayar yang direka khas bagi menawarkan pemanduan mantap di atas permukaan kering dan basah di samping ketahanan yang lebih tinggi.

Toyo Tires turut memberi penekanan terhadap pembangunan Proxes CR1 bagi menjamin pengalaman pemanduan premium, lancar dan selesa bagi kenderaan penumpang termasuk SUV.

Menariknya, orang ramai yang menyaksikan pelancaran virtual itu akan disajikan dengan maklumbalas secara peribadi oleh pelumba drift profesional, Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel yang menguji Proxes CR1 menggunakan keretanya, Mercedes-Benz C230.

Dia turut menguji kemampuan tayar baharu itu di tapak letak kereta Setia City Convention Centre.

Bukan itu sahaja, bagi merancakkan lagi pelancaran produk baharu Toyo Tyres ini, 53 individu bertuah juga juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Tiga pemenang pertama yang klik LIKE, SHARE serta menjawab kesemua lima soalan dengan tepat akan membawa pulang satu set tayar Proxes CR1!

Manakala 50 pemenang lain akan menerima kad petrol Petronas bernilai RM20!

Orang ramai boleh menonton pelancaran virtual tersebut di laman Facebook, ToyoTyreMy pada 19 November ini pada jam 9 malam.

Kegagalan mendaftarkan diri dengan aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak boleh dikenakan kompaun RM1,000.

Perkara itu dinyatakan sendiri Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Baru-baru ini, viral rakaman suara yang menceritakan bagaimana ayahnya telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak walaupun memakai pelitup muka.

Menurutnya, orang ramai yang bertandang ke stesen minyak untuk mengisi minyak perlu mendaftarkan diri dengan MySejahtera meskipun tidak memasuki premis.

“Jika orang ramai tidak mendaftar, bagaimana pihak berkuasa boleh menjejaki mereka seandainya terdapat kes Covid-19 di kawasan terbabit?” katanya menurut China Press.

Jelasnya, stesen minyak adalah kawasan awam dengan jumlah pelanggan yang tinggi maka mandatori untuk orang ramai memakai pelitup muka, mendaftar MySejahtera dan membuat pemeriksaan suhu. – MM

Pelumba negara, Hafizh Syahrin akan terus kekal beraksi di kelas Moto2 musim depan setelah disahkan menyertai NTS RW Racing GP.

Hafizh kehilangan tempat di Aspar Team selepas hanya semusim apabila pasukan itu membuat keputusan untuk menyerahkan kerusinya ke pelumba Moto3, Albert Arenas, yang ketika ini mendahului kejuaraan dunia kelas tersebut.

Bagaimanapun, Hafizh menerusi pengurusnya sebelum ini mendedahkan sedang dalam perbincangan bersama dua pasukan sebelum mengesahkan kariernya musim 2021 bersama NTS.

“Saya gembira kerana dapat kekal di Moto2 dan diberi keyakinan oleh NTS RW Racing GP.

“Saya tahu banyak keringat diperlukan bagi membangunkan sebuah motosikal tetapi saya percaya akan projek ini.

“Saya harap pengalaman saya ada akan membantu pasukan ini untuk melangkah lebih jauh.

“Walaupun prestasi saya kurang baik musim ini namun saya teruja kerana diberi kepercayaan oleh NTS RW Racing GP,” jelas Hafizh.

*Hafizh akan beraksi bersama NTS dalam ujian persendirian pada 26 dan 27 November ini di Jerez.

Sementara itu, pengurus pasukan NTS, Jarno Janssen turut gembira kerana berjaya mendapatkan pelumba berpengalaman.

“Kami bangga dan gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh. Dia bukan sahaja berpengalaman malah seorang individu yang baik.

“Motosikal kami saban minggu semakin baik tetapi enjin kami masih lagi dalam peringkat pembangunan jadi kami mengharapkan input penting dari Hafizh,” katanya.

Hafizh bakal bergandingan dengan pelumba muda dari Belgium, Barry Baltus yang baru berusia 16 tahun.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube