Pengeluar motosikal Thailand, GPX, telah memperkenalkan skuter baharu, Drone 150.
Skuter tersebut merupakan hasil kerjasama GPX bersama jenama skuter Taiwan, SYM.
Difahamkan, GPX bertanggunjawab menghasilkan rekaan keseluruhan Drone 150 manakala enjin adalah dari SYM.
Menurut info tertera di GPX Thailand, skuter ini menawarkan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT.
Menariknya, selain daripada rekaan moden dan sporty, model ini juga menawarkan penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light).
Info motosikal disiarkan menerusi paparan jenis LCD yang memaparkan bar minyak, speedometer, lampu signal kiri dan kanan, battery volt, jam, dan odometer.
Model ini juga menawarkan ruang letak barang yang luas berkapasiti 18L di bawah tempat duduk manakala sistem brek dikendalikan cakera brek 260mm depan dan 220 belakang dengan ciri CBS (Combined Braking System).
Antara ciri menarik lain ditawarkan GPX Drone 150 adalah pengecas UBS, dan dual monoshock.
Tiga varian ditawarkan di Thailand dengan harga berikut:
- Standard – THB65,900 (RM8,800)
- Keyless – THB69,800 (RM9,400)
- Keyless Special – THB70,800 (RM9,500)