Selain daripada memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S, Ducati turut memperkembangkan portfolio Panigale untuk tahun 2021.
Ducati Panigale V4 SP 2021 merupakan model yang mendapat suntikan inspirasi daripada Superleggera V4.
Ducati Panigale V4 SP merupakan versi Panigale yang memfokuskan prestasi di litar lumba dengan beberapa penambah baikan terbaru termasuk pilihan warna yang diinspirasikan daripada Winter Test MotoGP dan WorldSBK.
Penggunaan rim gentian karbon turut menyumbang kepada berat keseluruhan yang lebih ringan, hanya 173 kilogram – 1.4kg lebih ringan berbanding rim ‘forged aluminium’ yang terdapat pada Panigale V4 S.
Bukan itu sahaja, beberapa ciri yang sebelum ini hanya terdapat pada Superleggera V4 turut dibawa ke V4 SP ini antaranya EVO SDM Superbike dry clutch, kaliper brek Brembo Stylema R dan MCS Master cylinder dengan ‘remote adjuster’.
Model ini masih lagi menawarkan pakej elektronik seperti Panigale lain namun kini disertakan dengan Ducati Tractio Control (DTC) dari Ducati Corse.
Setiap pembelian juga akan disertakan dengan kit perlumbaan khas untuk litar lumba termasuk Ducati Data Analyzer dengan modul GPS, penutup klac jenis terbuka serta kit penyingkiran cermin sisi dan pemegang nombor plat.