Bikesrepublic

Berita Terkini

Kilang motosikal di Hinckley akhirnya perkenalkan Tiger 850 Sport selepas beberapa minggu berkongsi ‘teaser’ mengenai model baharu itu.

Sementara itu, perlu diingatkan bahawa Tiger 850 Sport ini tiada kaitan dengan model sebelumnya, Tiger 1050 Sport.

Meskpun dinamakan sebagai Tiger 850, model ini masih lagi menggunakan enjin tiga silinder 888cc yang sama terdapat pada model Tiger 900.

Ini bermakna Tiger 850 Sport ini menawarkan bore, stroke, cam malah bahagian lain turut sama seperti yang terdapat pada Tiger 900.

Bagaimanapun, apa yang Triumph lakukan adalah mengubah pemetaan jentera sekaligus menyaksikan Tiger 850 Sport menawarkan 84hp pada 8,500rpm dan 81Nm pada 6,500rpm berbanding 94hp dan 86Nm yang ditawarkan Tiger 900.

Hasilnya, Tiger 850 Sport merupakan model lebih ‘jinak’ dan mudah dikendalikan sesuai untuk penunggang baharu.

Meskipun begitu, Tiger 850 Sport ini masih lagi didatangkan dengan ciri menarik seperti yang terdapat pada Tiger 900 antaranya skrin TFT 5′ berwarna, dua mod tunggangan (Road dan Rain), ABS serta kawalan traction boleh laras).

Paling menarik, Triumph turut mengekalkan kaliper brek Brembo Stylema, sistem ‘suspension’ dari Marzocchi, penghadang angin boleh laras, lampu LED dengan DRL (daytime running light) ikonik,

Tiger 850 Sport ini turut dilengkapi dengan soket pengecas USB 12v.

Kawasaki telah melancarkan Meguro K3, sebagai penghormatan terhadap jenama Meguro selaku pelopor pengeluar motosikal di Jepun.

Meguro merupakan asal usul kewujudan Kawasaki sebagai pengeluar motosikal berkuasa besar di negara matahari terbit itu.

Kawasaki Meguro K3 ini meneruskan kesinambungan Kawasaki 500 Meguro K2 yang telah pun diperkenalkan lebih 55 tahun lalu.

Meguro K2 dihasilkan selepas Meguro Manufacturing Co. Ltd yang ditubuhkan pada 1924 telah diserap Kawasaki Aircraft Co. Ltd pada era 60an.

*Kawasaki Meguro K3

Meguro K2 merupakan motosikal ‘big bike’ terakhir yang diperkenalkan di bawah jenama Megur sebelum beralih menjadi asas kepada pembangunan motosikal 4-lejang Kawasaki menerusi Kawasaki W1.

Menurut Kawasaki, Meguro K3 ini mengguna pakai platform W800 dengan enjin silinder berkembar (twin cylinder) Euro4 773cc yang menjana 51.2hp pada 6,500rpm dan 62Nm pada 4,800rpm.

Menurut Kawasaki, fokus utama Meguro K3 ini adalah menawarkan tork pada rev rendah dan pertengahan bagi menjaminkan tunggangan santai dan selesa di samping menghidupkan pengalaman menunggang motosikal klasik.

Seperti W800, Meguro K3 ini juga menawarkan bevel gear driven camshaft yang unik termasuk crank 360 darjah.

Meskipun tampil klasik namun model ini lengkap dengan klac assist/slipper, sistem brek ABS dengan cakera brek 320mm depan dan 270mm belakang dan kaliper brek dari Tokico.

Kawasaki Meguro K3 ini juga lengkap dengan penggunaan lampu jenis LED di samping skrin LCD yang memaparkan odometer, trip meter dan jam.

Menurut Kawasaki, Meguro K3 ini ditawarkan dengan harga JPY1,276,000 (RM50,198).

Setelah peminat motosikal seluruh dunia disajikan dengan Aprilia RS660 yang bakal dipasarkan pada 2021, pengeluar motosikal dari Noale itu membuat satu lagi kejutan.

Kali ini, tular di laman media sosial apabila Motomaniaci memuat naik imej sebuah jentera didakwa sebagai Aprilia RSV4 2021.

Berdasarkan gambar tersebut jelas menampakkan seolah-oleh jentera RS660 yang telah disuntik steroid dan hasilnya sebuah jentera yang lebih besar dan tampak berkuasa.

Ini sekaligus memberi bayangan bahawa rekaan RS660 merupakan platform sama yang diterapkan pada ‘abang besar’ RSV4.

Walaupun imej tersebut tidak sejelas yang disangka – mungkin Motomaniaci berasa gementar atau terlalu teruja dengan kehadiran jentera terbabit – namun perbezaan paling ketara adalah penggunaan ‘side exhaust’ berbanding ‘underbelly’ yang terdapat pada RS660.

*Aprilia RS660 2021

Walaupun tiada maklumat terperinci ketika ini namun dijangka enjin tersebut mematuhi Euro 5 di samping penggunaan lampu LED.

Jika dinilaikan daripada rupa jentera yang langsung tidak disembunyikan dengan pelitup ‘camo’ maka dijangka Aprilia bakal memperkenalkan RSV4 2021 ini tidak lama lagi.

UMW Toyota memperkenalkan Vios 2021 ‘facelift’ yang kini telah dikemas kini dengan rekaan dan ciri baharu.

Tampil dengan rekaan bampar depan dengan rekaan gril diinspirasikan dari model Camry, versi ‘facelift’ ini juga menampilkan kit aero dengan dan lampu LED ‘triple bezel’ dan Daytime Running Light (DRL).

Lampu hadapan LED dengan DRL ini juga dilengkapi ciri ‘follow-me-home’ yang boleh didapati pada semua varian; J,E dan G.

Ciri keselamatan turut dipertingkat dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • 3D Panoramic View Monitor
  • Blind Spot Monitor (BSMI) dengan RCTA
  • Front Digital Video Recorder (DVR)

Model ‘facelift’ ini juga didatangkan dengan 7 beg udara sekaligus menjaminkan tahap keselamatan yang lebih baik.

Tidak kurang juga, pemandu dan penumpang boleh menikmati sistem infotainmen menerusi paparan 7 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay terbina.

Toyota Vios ‘facelift’ ini juga ditawarkan dengan dua warna babaru, Orange Metallic dan Platinum White Pearl selain dari Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic sedia ada.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (jangkaan) berikut:

  • Toyota Vios 1.5J – RM 75,701.00
  • Toyota Vios 1.5E – RM 85,674.00
  • Toyota Vios 1.5G – RM 89,232.00

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan platform pembelian secara digital bagi BMW Premium Selection.

BMW Premium Selection menawarkan pelbagai pilihan kereta pra-milik dan terpakai dari barisan model BMW dan MINI.

Inisiatif seumpamanya ini menyaksikan lebih 300 unit model BMW dan MINI ditawarkan dengan harga menarik pada masa terhad.

Menurut BMW Group Malaysia, kesemua tawaran khas ini hanya eksklusif menerusi platform digital sahaja.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat pembelian menerusi platform digital ini juga akan menerima BMW Group Malaysia Premium Ownership Experience yang merangkumi:

  • minimum waranti BMW Premium Selection 12 bulan
  • rekod pemeriksaan kenderaan yang menyeluruh
  • pemeriksaan teknikal dan optikal 360 darjah
  • pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia
  • tawaran tukar beli
  • BMW Roadside Assistance

Layari https://www.bmwpremiumselection.com.my/ untuk memulakan pengalaman pembelian digital secara eksklusif dari BMW Group Malaysia.

Joan Mir melakar sejarah selaku juara dunia baharu MotoGP musim 2020.

Ini merupakan kejayaan pertama pasukan Suzuki selepas kali terakhir dilakukan Kenny Roberts Jr pada 20 tahun lalu.

Meskipun gagal menaiki podium di GP Valencia namun kutipan 171 mata sudah cukup buat pelumba kelahiran Palma, Sepanyol itu untuk muncul juara dunia hanya dalam musim keduanya di kelas premier.

Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli merekodkan kemenangan ketiga musim ini setelah berjaya mendahului perlumbaan sehingga ke lap terakhir diikuti Jack Miller (Pramac Racing) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Racing) ketiga.

Meskipun beraksi dengan jentera Spec A 2019 namun situasi itu tidak menyekat Morbidelli untuk terus membuktikan kemampuannya di kelas premier itu.

Sementara itu, Mir muncul juara dunia meskipun hanya mencatat satu kemenangan musim ini – minggu lalu di litar sama – namun kemampuan untuk mengutip mata penting secara konsisten ternyata membuahkan hasil bagi pelumba berusia 23 tahun itu.

Nasib malang terus menimpa Fabio Quartararo apabila terbabas di Turn 6 manakala Takaaki Nakagami juga gagal menamatkan aksi sewaktu dalam percubaan untuk memintas Espargaro dalam perebutan tempat ke-3.

Dalam perkembangan sama, rakan senegara dan enam kali juara dunia MotoGP, Marc Marquez serta tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Mir yang muncul pelumba Sepanyol ketiga untuk merangkul juara dunia.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube