Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati bakal membuka tirai 2021 dengan empat lagi model dibawah payung Scrambler.

Berdasarkan pelancaran menerusi Ducati World Premier 2020 secara web-series, empat model baharu Scrambler telah diperkenalkan; Ducati Scrambler Nightshift, Desert Sled Sparkling Blue, Icon Ducati Red dan 1100 Dark PRO.

*Ducati Scrambler Nightshift

Bagaimanapun, Scrambler Nightshift paling mencuri tumpuan tatkala pereka di Borgo Panigale seakan mengambil resepi dari Icon, Full Throttle dan Cafe Racer dan kemudian menggaul kesemuanya ke dalam satu kuali.

Hasilnya, sebuah motosikal yang bukan sahaja tampak jahat malah kemas hasil daripada pilihan warna Aviator Grey yang pastinya menganjakan meter ‘hensem’ si penunggang.

Tempat duduk pillion juga yakni lebih selesa dengan permukaan yang rata.

Menurut Ducati, penggunaan handlebar yang lebih lebar ini juga dipinjamkan daripada Scrambler 110 Sport Pro di samping penggunaan lampu LED, rim spoke dan tayar Pirelli MT60.

Meskpun model ini masih lagi didatangkan dengan enjin sama seperti barisan Scrambler 800 lain, 803cc L-Twin yang menawarkan 73hp dan 66.2Nm namun telah dikemaskini bagi mematuhi piawain Euro 5.

Sementara itu, Ducati Scrambler Icon turut dikemas kini bagi tahun 2021 dengan tawaran warna ‘Ducati Red’ di samping enjin 803cc L-Twin yang kini Euro 5.

*Ducati Scrambler Icon ‘Ducati Red’ 2021

Ducati turut melaksanakan kemas kini terhadap Scrambler Desert Sled yang kini tampil dengan warna ‘Sparkling Blue’ di samping penggunaan rim spoke keemasan.

*Scrambler Desert Sled ‘Sparkling Blue’ 2021

Fork depan juga telah dipertingkat dengan 200mm travel, dan tempat duduk baharu dengan lining anti-gelincir sekaligus menjaminkan tunggangan off-road yang lebih selesa dan terkawal.

*Ducati Scrambler 1100 Dark Pro

Kemudian, Ducati perkenalkan 1100 Dark PRO, seperti namanya, model ini mendapat sentuhan warna serba hitam dengan gabungan hitam matte dan anodized aluminium.

Ducati telah memperkembangkan portfolio XDiavel menerusi XDiavel Dark Dan Black Star.

*Ducati XDiavel Black Star dan XDiavel Dark 2021

Menariknya, enjin Euro 5 ini kini menghasilkan 8 hp lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Antara langkah yang dilaksanakan Ducati bagi mencapai standard Euro 5 adalah dengan menggantikan ‘silencer’ ekzos dengan rekaan baharu yang didatangkan dari Diavel 1260.

Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula ini menghasilkan 160hp pada 9,500rpm dan 127Nm pada 5,000rpm berbanding 152hp dan 125Nm sebelum ini.

Ducati XDiavel Dark mengenakan penggunaan warna hitam matte dengan enjin dan kerangka serba hitam dan 1.8 kilogram lebih ringan berbanding model S.

Di samping itu, varian Dark ini juga dilengkapi dengan kaliper Brembo M4.32 berbanding M50 yang terdapat pada model S.

Sementara itu, XDiavel Black Star menawarkan pilihan warna yang lebih menonjol dengan gabungan warna kelabu, hitam matte dengan kemasan warna merah yang terpampang di tangki dan di pelindung cylinder head.

Black Star ini juga didatangkan dengan fabrik jenis suede, forged rim aloi dan Brembo M50.

Kedua-dua varian ini didatangkan dengan Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), Boshc Brembo ABS 9.1 MP, traction control, launch control, cruise control, lampu LED dan skrin TFT 3.5 inci.

Bagaimanapun, hanya varian Black Star dilengkapi dengan sistem infotainmen Ducati Multimedia system yang boleh dihubungkan menerusi Bluetooth.

Baru-baru ini Yamaha telah melancarkan MT-09 2021 yang dikemas kini dengan enjin serba baharu bagi mematuhi piawaian Euro5.

Bagaimanapun, pengeluar motosikal Jepun itu turut memperkenalkan versi SP yang dilengkapi pelbagai sistem dan teknologi tinggi.

Selain daripada menerapkan rekaan sama seperti yang terdapat pada MT-09 2021, antara penambahbaikan ketara adalah penggunaan sistem IMU seperti yang terdapat pada R1 M yang mengawal ABS, lean sensitive traction control, slide control dan wheelie control.

Model SP ini turut dilengkapi dengan fungsi quickshifter yang didatangkan secara standard seperti yang ditawarkan MT-09 2021.

Sementara itu, versi SP ini turut didatangkan dengan gabungan monoshock belakang (boleh laras) dari Ohlins dan fork depan Kayaba dengan kemasan DLC (diamond-like coating) dengan compression damping boleh laras bagi kelajuan tinggi dan rendah.

MT-09 SP ini juga dilengkapi dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard.

Selain itu, model SP ini juga mendapat pilihan warna yang diinspirasikan daripada YZF-R1M.

Menurut Yamaha, MT-09 SP ini akan dipasarkan di Eropah sekitar Mac 2021 namun tidak dapat dipastikan tarikh untuk pasaran Malaysia.

Selepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Trident 660 minggu lalu, Triumph Motorcycles akan meneruskan kempen model baharu dengan Tiger 850 Sport.

Pendedahan itu dibuat menerusi perkongsian beberapa gambar ‘teaser’ di laman sosial Facebook Triumph Motorcycels.

A NEW TIGER. TAILOR MADE TO DO IT ALL. Global Reveal 12pm (GMT) 17th November 2020. Triumph’s new Tiger 850 Sport is…

Posted by Triumph Motorcycles on Tuesday, 10 November 2020

Berdasarkan imej dipaparkan, jelas reka bentuk Tiger 850 Sport ini meneruskan kesinambungan Tiger 900 terutamanya dengan rekaan lampu depan yang menggabungkan LED dan DRL (daytime running light).

Bahagian fairing turut terpampang nama 850 Sport.

Maklumat penuh Tiger 850 Sport ini akan didedahkan dalam pelancaran global 17 November ini pada jam 8 malam (waktu Malaysia).

Marc Marquez mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam baki dua pusingan musim ini.

Perkara itu disahkan sendiri pasukannya, Repsol Honda yang mendedahkan pelumba itu perlukan masa secukupnya untuk kembali pulih 100 peratus daripada kecederaan.

Marquez mengumumkan keputusannya di laman Twitter.

Marquez mengalami kecederaan lengan serius sewaktu di Jerez, Julai lalu dan meskipun cuba kembali pada pusingan seterusnya, dia terpaksa menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan plat besi yang ditanam pada pembedahan sebelumnya.

*Marquez alami kemalangan serius sewaktu di Jerez

Stefan Bradl akan terus mengisi slot Marquez di baki dua pusingan terakhir musim ini.

Honda NC750X mendapat pelbagai kemas kini terbaru bagi tahun 2021.

Bagi tahun 2021, model baharu ini kini didatangkan dengan sistem fly-by-wire dan sistem ekzos serta valve timing yang telah dipertingkat.

Hasilnya, enjin parallel 2-silinder 745cc dengan penyejukan cecair – yang kini patuh Euro5 – menawarkan 58.8hp pada 6,750rpm (peningkatan 4hp berbanding model sebelumnya) dan 69Nm pada 4,750rpm.

Selain daripada fly-by-wire, Honda NC750X 2021 ini juga dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control dengan tiga tetapan berbeza berbanding hanya dua tetapan sebelum ini.

Tunggangan juga tampil lebih efisien dengan penggunaan throttle elektronik yang kini menawarkan tiga mod tunggangan termasuk satu mod User yang membenarkan penunggang membuat tetapan sendiri.

Bagi yang berminat dengan varian tertinggi yang lengkap dengan transmisi DCT (dual clutch tranmission), sistem tersebut juga telah diperkemas bagi menawarkan prestasi enjin dan gear yang lebih efisien.

Secara keseluruhan, rekaan NC750X ini tampak lebih model dengan reka bentuk yang turut dibantu dengan penggunaan lampu LED termasuk daytime running light (DRL).

Honda turut mendakwa reka bentuk fairing juga telah dipertingkat bagi melindungi penunggang daripada keadaan cuaca pelbagai.

Bukan itu sahaja, Honda turut merendahkan ketinggian tempat duduk kepada 800mm berbanding 830mm sebelum ini hasil daripada penggunaan kerangka serba baharu yang kini 1.8kg lebih ringan.

Sistem ‘suspension’ pula hadir menerusi fork teleskopik 41mm yang dibantu oleh Show Dual Bending Valves yang boleh diselaraskan bagi compression dan rebound.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube