Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengguna Facebook, Noor Syahirah telah memuat naik ‘posting’ di Facebook menceritakan bagaimana sahabatnya telah menjadi mangsa kecurian motosikal.

Asalamualaikum. Minta jasa sahabat sahabat saya di FB, share posting saya untuk mencari motor sahabat saya yang hilang….

Posted by Noor Syahirah on Wednesday, 18 November 2020

Lebih malang, motosikal jenis KTM 200 Duke tersebut hilang meskipun hanya dibeli 24 jam sebelum itu.

Menurut perkongsian, jentera 200 Duke bernombor plat NDQ 1007 itu telah hilang di Apartment Harmoni, Damansara Damai.

Sementara itu, orang ramai diminta untuk menghubungi nombor tertera dalam usaha mengesan motosikal terbabit.

November menjadi bulan sibuk buat Yamaha yang memperkenalkan barisan model baharu bagi tahun 2021.

Setakat ini Yamaha telah pun melancarkan MT-07, MT-09, Tracer 9, Tracer 9 GT, Tracer 7 GT untuk tahun 2021 dengan rata-rata menerima kemas kini enjin Euro 5.

Bagaimanapun, pengeluar motosikal Jepun itu turut memaklumkan akan menghentikan pengeluaran motosikal supersport popular, YZF-R6.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelaksanaan Euro 5 bermula tahun depan dengan tiada pembangunan enjin baharu.

Namun, Yamaha akan terus menghasilkan model ‘track legal’ sahaja menerusi YZF-R6 Race.

Keputusan Yamaha itu bukanlah satu kejutan tatkala terdapat penurunan permintaan bagi motosikal supersport segmen pertengahan dengan pasaran semasa lebih condong terhadap motosikal 1,000cc dan ‘adventure touring’.

Sementara itu, peminat litar lumba boleh mendapatkan R6 Race dengan GYTR Stage 1 Kit yang merangkumi:

  • GYTR race cowling set
  • Akrapovič full race system
  • GYTR ECU set
  • GYTR wire harness set
  • GYTR on/off switch
  • GYTR Interface cable
  • GYTR AIS plug set
  • GYTR ABS emulator
  • GYTR keyless fuel cap
  • GYTR seat cushion
  • Stainless steel brake line set for front and rear
  • Front brake lever guard
  • GYTR fully adjustable race rear set with optional reverse shifting kit
  • Rear sprocket guard (shark fin)
  • Sprocket drive 14T fits 520 chain conversion
  • Rear sprocket, 45 fits 520 chain conversion
  • Sprocket nut set for 520 conversion
  • DID gold race chain 520 conversion
  • Rear paddock stand hooks
  • Paddock stand

Selain daripada memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S, Ducati turut memperkembangkan portfolio Panigale untuk tahun 2021.

Ducati Panigale V4 SP 2021 merupakan model yang mendapat suntikan inspirasi daripada Superleggera V4.

Ducati Panigale V4 SP merupakan versi Panigale yang memfokuskan prestasi di litar lumba dengan beberapa penambah baikan terbaru termasuk pilihan warna yang diinspirasikan daripada Winter Test MotoGP dan WorldSBK.

Penggunaan rim gentian karbon turut menyumbang kepada berat keseluruhan yang lebih ringan, hanya 173 kilogram – 1.4kg lebih ringan berbanding rim ‘forged aluminium’ yang terdapat pada Panigale V4 S.

Bukan itu sahaja, beberapa ciri yang sebelum ini hanya terdapat pada Superleggera V4 turut dibawa ke V4 SP ini antaranya EVO SDM Superbike dry clutch, kaliper brek Brembo Stylema R dan MCS Master cylinder dengan ‘remote adjuster’.

Model ini masih lagi menawarkan pakej elektronik seperti Panigale lain namun kini disertakan dengan Ducati Tractio Control (DTC) dari Ducati Corse.

Setiap pembelian juga akan disertakan dengan kit perlumbaan khas untuk litar lumba termasuk Ducati Data Analyzer dengan modul GPS, penutup klac jenis terbuka serta kit penyingkiran cermin sisi dan pemegang nombor plat.

Episod 3 Web Series Ducati World Premier 2021 menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S.

Ducati SuperSport 950 mendapat kemas kini terbaru bagi tahun 2021 membabitkan reka bentuk diinspirasikan daripada Panigale dan beberapa ciri elektronik terkini.

Dalam usaha meneruskan kesinambungan rekaan yang terdapat pada Panigale, Ducati turut membawa rekaan lampu depan ikonik kepada SuperSport 950 yang turut sama menampilkan lampu LED dengan ‘kening’ DRL (daytime running light) dengan pertambahan sirip bagi meningkatkan rupa agresif.

Kemas kini untuk 2021 menyaksikan enjin Testastretta 937cc dengan silinder berkembar kini mematuhi piawaian Euro 5 dan masih lagi menghasilkan 110hp pada 9,000rpm dan 93Nm pada 6,500rpm seperti model sebelumnya.

Antara penambah baikan baharu, SuperSport 950 2021 kini menawarkan tiga mod tunggangan; Sport, Touring dan Urban di samping quickshifter.

Pengalaman menunggang turut dipertingkat dengan IMU Bosch 6-axis yang berfungsi dengan memantau ‘lean angle’ sekaligus menyuntik keyakinan penunggang sewaktu di selekoh.

Ducati turut memperkenalkan paparan TFT 4.3 inci bagi tahun 2021.

Pada masa sama, Ducati turut menawarkan SuperSport 950S yang lengkap dengan sistem ‘suspension’ elektronik dari Ohlins.

Kawasaki Racing Team (KRT) kongsi imej jelas jentera baharu, Kawasaki ZX-10RR 2021 yang bakal beraksi di pentas Kejuaraan Superbike Dunia musim depan.

Motosikal tersebut mengesahkan imej yang tular beberapa minggu lalu memaparkan model baharu ZX-10R dan ZX-10RR 2021.

Tampil dengan grafik dan warna KRT, jelas Kawasaki melaksanakan perubahan besar terhadap sportbike premium itu.

*Jonathan Rea bersama ZX-10RR 2021

Antara aspek paling menonjol adalah rekaan bahagian depan yang seakan diinspirasikan daripada model H2.

Pelumba KRT,  Jonathan Rea dijangka akan meneruskan dominasi KRT di pentas WBSK musim depan dengan jentera baharu ini selepas memenangi kejuaraan dunia buat kali keenam bagi musim 2020.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ZX-10R akan didatangkan dengan njin 998cc yang menawarkan 200hp pada 13,200rpm manakala ZX-10RR menghasilkan 201hp pada 14,000rpm.

Kawasaki bakal melancarkan ZX-10R dan ZX-10RR secara rasmi 23 November ini.

Selain daripada memperkenalkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT, Yamaha turut melancarkan Tracer 7 GT 2021.

Berlandaskan Yamaha MT-07 2021 yang dilancarkan minggu lalu, Tracer 7 GT ini turut hadir dengan enjin dua silinder DOHC 689cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 72.3hp pada 8,750 rpm dan 67Nm pada 6,500rpm.

Tampil dengan elemen ‘touring’, Tracer 7 GT ini dilengkapi dengan penghadang angin 92mm lebih tinggi dan 70mm lebih lebar berbanding model sebelumnya di samping ketinggian tempat duduk sekitar 840mm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah paparan LCD pelbagai fungsi, tangki 17 liter, fork depan teleskopik 41mm, serta penyerap hentakan belakang boleh laras (preload dan rebound) manakala pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh.

Sistem membrek hadir menerusi cakera brek berkembar 282mm (depan) dan cakera brek (single) 245mm belakang yang terdapat pada rim 17 inci di depan dan belakang.

Ketika ini, tiada pengesahan sama ada model ini akan mendarat di Malaysia namun melihat kepada trend terdahulu, kemungkinan orang ramai akan terus kempunan untuk menyaksikan Tracer 7 GT ini diperkenalkan.

Terdahulu, Yamaha turut melancarkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube