Bikesrepublic

Berita Terkini

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu bagi Yamaha Lagenda 115Zi 2020.

Warna tersebut merangkumi biru, merah dan kelabu matt yang boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha seluruh negara bermula bulan ini.

Yamaha Lagenda 115Zi dengan warna baharu ini kekal ditawarkan pada harga RM5,180.

Lagenda 115Zi diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2013 dan sejak itu menjadi antara motosikal moped paling popular di Malaysia dengan harga mampu milik.

Yamaha Lagenda 115Zi masih lagi didatangkan dengan enjin bersesaran 115cc yang menjana 9.9hp pada 7,750rm dan 9.9Nm pada 6,500rpm.

Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembelian tayar dibuat menerusi aplikasi atas talian, bulan lalu.

Difahamkan, pelanggan tersebut telah membeli tayar menerusi Shopee namun perlu hadir ke bengkel penjual di Kepong bagi pemasangan (percuma) termasuk balancing.

Bagaimanapun, pelanggan tersebut berkongsi reviu satu bintang di ruang reviu penjual terbabit dan menyatakan bagaimana dia terbabas ketika menyelusuri selekoh di lebuhraya Karak meskipun tidak memandu dengan laju.

Dia kemudiannya turut mengkritik bahawa si penjual tidak melakukan ‘balancing’ dengan baik selepas tayar dipasang dan tiada sebarang kad waranti disediakan.

Bagaimanapun, menerusi info yang dibalas si penjual mendedahkan, pelanggan itu hanya membeli dua pasang tayar jenis Michelin XM2+ yang direka khas untuk pemanduan selesa dan bukannya khas untuk prestasi di atas jalan raya yang basah.

Malah, penjual menjelaskan balancing hanya dilakukan terhadap dua tayar Michelin yang dibeli dan bukannya dua unit tayar lama jenama Silverstone.

Apa yang mencuri perhatian adalah respon terakhir si penjual kepada pelanggan, ‘pandu (Perodua) Axia macam Mercedes A Class, sejujurnya apa yang kamu jangkakan daripada Axia?’

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 8 individu yang bergiat aktif sejak 2013 dalam kegiatan mencuri motosikal jenis KTM.

Lapan suspek tersebut termasuk seorang wanita telah ditahan dalam serbuan berasingan di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mendedahkan kesemua suspek ditahan dalam tempoh 24 jam.

“Suspek utama dan tujuh lagi rakan sejenayah, berusia antara 29 hingga 42 tahun ditangkap dalam tempoh 24 jam pada Jumaat lalu dengan tangkapan pertama dibuat melalui serbuan yang dijalankan di Putrajaya.

“Susulan tangkapan itu, suspek selebihnya ditahan dalam serbuan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Lestari Perdana, Seri Kembangan dan Pasir Panjang, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, dalang utama kumpulan tersebut sedang menjalani hukuman buang daerah ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Difahamkan, pihak polis membuka kertas siasatan selepas menerima aduan daripada mangsa yang melaporkan motosikal jenis KTM RC390 miliknya hilang di Puchong, 30 Ogos lalu.

KTM RC390

Ismadi turut memaklumkan pihaknya berjaya menemukan lapan motosikal curi lain di parkir motosikal projek perumahan rakyat (PPR) di Bukit Jalil.

Sementara itu, siasatan lanjut mendapati dalang utama berusia 34 tahun telah bergiat aktif mencuri motosikal jenis KTM sejak 2013 dan menjual komponen motosikal kepada pembeli.

Modus operandi Geng KTM ini adalah berselindung di sebalik perniagaan bengkel kereta miilik salah seorang suspek dan menjual alat ganti secara atas talian dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran.

Pada masa sama, kesemua lapan suspek didapati positi dadah manakala tujuh daripadanya mempunyai rekod lampau.

Dua lelaki bertindak merompak sebuah stesen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis awal pagi tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit yang mula tular di laman sosial hari ini jelas menampakkan dua suspek lelaki terlibat dalam rompakan di stesen terbabit.

Kedua-duanya memasuki premis dengan memakai topi keledar dan topeng muka

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1677201789124191

Kedua-dua suspek telah menyerbu ke dalam premis sambi bersenjatakan pisau dan merompak duit stesen minyak terbabit sebelum melarikan diri.

Pada masa sama, rakaman CCTV jelas menampakkan suspek melarikan diri menggunakan jentera Benelli TRK502.

Sebuah syarikat swasta menggunakan peluang diskaun 70 peratus bagi bayaran balik saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membayar saman tertunggak RM500,000.

Perkara itu didedahkan Ketua Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman yang turut memaklumkan bahawa JPJ Selangor telah mengutip bayaran balik saman lebih 1.6 juta setakat 31 Ogos 2020 yang melibatkan 21,476 saman.

Syarikat yang menjalankan perniagaan cucian itu menggunakan tawaran diskaun 70 peratus untuk menjelaskan tunggakan setengah juta ringgit.

Sementara itu, Mohamad Hafiz yakin lebih ramai pihak yang akan tampil untuk menjelaskan tunggakan sebelum tarikh akhir diskaun 70 peratus berakhir hujung bulan ini.

Diskaun 70 peratus ditawarkan bagi semua jenis saman kecuali individu yang terlibat dengan kes mahkamah. – Bernama

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menegaskan pihaknya tidak bercadang untuk memikat Andrea Dovizioso bagi musim 2021.

Penjelasan itu dibuat susulan terdapat khabar angin bahawa Petronas SRT berminat dengan khidmat pelumba Itali itu selepas disahkan bakal meninggalkan Ducati, hujung musim ini.

Razlan dalam perkongsian terbaru di Facebook berkata, ‘Saya ingin menjelaskan, kami langsung tidak mempertimbangkan Dovi bagi musim 2021.”

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2776448279348182&id=100009491117146

Terdahulu, Razlan akui dia dalam dilema sama ada membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi atau memberi slot itu kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Menerusi temubual bersama StadiumAstro, Razlan akui berasa tersepit.

“Saya memang tersepit dalam hal ini.

“Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita.

“Tetapi kami perlu membuat pemilihan berdasarkan keputusan dicapai kerana di tahap MotoGP, pelumba itu harus terus menyerlah dan bukannya mencari pendedahan setahun dua lagi,” jelasnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube