Setelah sekian lama gambar kolaborasi di antara Vespa dan Sean Wotherspoon tular, akhirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon dilancarkan di Malaysia.
Vespa Primavera X Sean Wotherspoon ini mencuri perhatian apabila julung kalinya dipertontonkan kepada dunia di Milan tahun lalu.
Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj mengenali Sean Wotherspoon sebagai ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat.
Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, dia bingkas menarik perhatian Vespa lantas lahirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon.
Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon menampilkan pelbagai letusan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom.
Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda.
Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan.
Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960.
Orang ramai yang mahu melihat dengan lebih dekat boleh kunjungi Crossover Sunway Pyramid bermula hari ini di samping mendapatkan aksesori dan pakaian.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita 24 kenderaan serta merampas wang tunai RM100,000 berhubung dengan kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada Macau Scam.
Difahamkan kesemua kenderaan mewah itu termasuk dua buah motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha adalah milik beberapa individu yang telah ditahan.
Antara kenderaan mewah yang disita adalah sebuah Lamborghini, Chevrolet Camaro, Ford Mustang, Nissan GTR, Mercedes-Benz, Mazda RX-7, Subaru Impreza, Lexus, Audi R8, Toyota Vellfire, Nissan 350Z dan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger.
Baru-baru ini, SPRM telah menahan beberapa individu termasuk seorang ‘Datuk’ yang disyaki menjadi ejen cuci duit di Malaysia.
Kemudian, beberapa pegawai kanan polis turut ditahan susulan didapati terlibat dengan kegiatan tersebut termasuk seorang pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Media tempatan melaporkan kegiatan cuci duit ini dijalankan dengan menggunakan populariti artis dan menjalankan aktiviti ‘cuci’ duit melalui usahama dan perniagaan sah.
Difahamkan, kegiatan cuci duit ini berjaya dikesan hasil risikan bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM. – HM
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan penutupan sementera Pusat Servis Yamaha dan Lifestyle Station di Sungai Buloh.
Keputusan itu dibuat susulan salah seorang daripada pelatih Motorcycle Education & Training Academy (META) di HLYM didapati positif Covid-19 pada 1 Oktober lalu.
Menurut HLYM dalam satu kenyataan, pelatih itu tidak hadirkan diri di META sejak 1 Oktober lalu dan menjalani kuarantin kendiri sebelum menerima rawatan.
Sementara itu, mereka yang mempunyai kontak dengan pelatih tersebut telah pun memulakan kuarantin kendiri selama 14 hari sejak 2 Oktober lalu dengan kesemuanya perlu menjalani pemeriksaan lanjut seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.
HLYM turut memaklumkan proses sanitasi telah disinfeksi telah pun dilaksanakan di META pada 2 Oktober lalu.
Meskipun pejabat urusan masih beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan namun pihak HLYM tidak akan menerima sebarang kunjungan sehingga diberitahu.
Baru-baru ini kami berpeluang mengikuti sesi pemanduan Toyota Hilux Rogue 2.8L yang bermula di UMW Toyota sehingga ke Janda Baik.
Umum mengetahui Toyota Hilux merupakan trak pikap paling laris di Malaysia dengan generasi kelapan telah pun diperkenalkan pada tahun 2015 sebelum menjalani dua kemaskini ‘facelift’ pada 2017.
Bagaimanapun, bagi memastikan Hilux terus kekal relevan bagi tahun 2020, Toyota memperkenalkan varian Rogue 2.8L yang bukan sahaja telah dinaik taraf dari aspek reka bentuk malah ciri keselamatan.
Ini lima (5) sebab kami rasa Toyota Hilxu Rogue 2.8L berbaloi untuk dibeli.
Lima varian ditawarkan mengikut cita rasa pelanggan
Bagi tahun 2020, Toyota menawarkan lima varian Hilux termasuk harga seperti berikut:
Hilux Rogue 2.8 Double Cab AT (Flagship)
Hilux 2.4 V AT Double Cab
Hilux 2.4 E AT Double Cab
Hilux 2.4 G MT Double Cab
Hilux 2.4 MT Single Cab
Toyota Safety Sense (TSS)
Pada masa ini, aspek keselamatan harus menjadi penanda aras bagi semua jenis kenderaan termasuk bagi trak pikap.
Sistem TSS yang terdapat pada Hilux Rogue ini merangkumi tiga aspek:
Pre-Collision System (PCS)
Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
Lane Departure Assist (LDA)
Pada masa sama, Hilux Rogue ini turut didatangkan dengan pelbagai bantuan pemanduan lain antaranya Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert, Downhill Assist Control, Hill Start Assist Control, Trailer Sway Control, Vehicle Stability Control dan Traction Control, Brake Assist serta ABS dengan Brakeforce Distribution.
Tak lupa juga, terdapat 7 beg udara SRS ditawarkan diruang dalam!
Enjin berkuasa tapi lebih jimat!
Toyota telah melaksanakan kemaskini terhadap bahagian enjin 2.8L turbodiesel dari aspek kuasa kuda dan tork.
Enjin Hilux Rogue itu kini menghasilkan 204hp pada 3,400rpm dan 500Nm pada 1,600 hingga 2,,800rpm dan meskipun terdapat peningkatan kuasa, Toyota berjaya melaksanakan penjimatan minyak lebih 4 peratus!
Sementara enjin 2.4L bagi empat varian lain kini menawarkan Variable Nozzle Turbocharger (VNT) dan sistem ‘commonrail’ bagi memastikan penjimatan minyak lima peratus lebih baik.
Kemaskini baharu ini menyaksikan Hilux baharu ini menawarkan tempoh servis yang lebih panjang daripada 5,000km/tiga bulan kepada 10,000km/enam bulan lantas menyumbang kepada penjimatan kos selenggara.
Lebih stabil, lancar dan senyap!
Sepanjang pemanduan dari Shah Alam sehingga ke Janda Baik cukup selesa dan stabil meskipun ada masanya menyelusuri permukaan yang tidak rata.
Kesemua ini terhasil daripada bantuan Auto Limited Slip Differential (Auto LSD) serta Traction Control yang memastikan cengkaman berada di tahap tertinggi.
Menariknya, Auto LSD ini bertindak lebih pantas berbanding sistem 4×4 konvensional.
Toyota turut memberi penekanan terhadap ruang kabin yang kini dihindari daripada bunyi bising sewaktu memandu.
Anti-pencuri
Menariknya, kelima-lima varian didatangkan dengan sistem sekuriti yang merangkumi immobilizer enjin, sensor kabin dan penggera.
Sementara sistem Vehicle Telematics System (VTS) – yang didatagkan secara standard pada Hilux Rogue dan 2.4V – berfungsi menyalurkan info lokasi semasa kenderaan menggunakan signal GPS.
Kesemua sistem ini memastikan pemilik kenderaan tidak perlu gusar ketika meninggalkan kenderaan di parkir.
Demikian lima sebab kami berasakan Toyota Hilux 2020 terutamanya Rogue 2.8L adalah berbaloi untuk dibeli apatah lagi Toyota turut menawarkan waranti 5 tahun atau 150,000km bagi setiap pembelian.
Bagaimanapun, jika anda masih belum yakin, Toyota turut menawarkan sesi pandu uji di semua pusat pameran rasmi Toyota seluruh negara.
Umum mengetahui Proton X50 semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia dan walaupun tiada harga rasmi didedahkan Proton telah pun menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini.
Bagaimanapun, sambutan memberangsangkan itu turut mengundang pihak ketiga untuk cuba mengaut keuntungan atas angin.
Pihak ketiga ini mendakwa diri mereka sebagai ejen Proton atau mempunyai kaitan dengan Proton demi menipu pelanggan dalam membuat tempahan awal.
Sehubungan itu, Proton menegaskan hanya tempahan yang dibuat menerusi rangkaian jualan rasmi Proton sahaja yang akan diperakui.
Pada masa sama, Proton turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati semasa membuat tempahan di samping meminta pelanggan untuk tidak membuat urusan menerusi ejen jualan diluar rangkaian rasmi Proton.
Orang ramai yang ingin mengenal pasti lokasi rangkaian jualan rasmi Proton boleh layari https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi 1-800-88-8398.
Tiada angin, tiada ribut, KTM melancarkan KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally.
Selepas memperkenalkan KTM 890 Duke R tahun lalu, pengeluar motosikal Austria itu kini memperkenalkan versi ADV menerusi 890 Adventure R dan Rally.
Kedua-dua model ini merupakan generasi baharu yang terbit daripada model sebelumnya, 790 Adventure yang diperkenalkan dua tahun lalu.
Senario ini sekaligus menyaksikan KTM 890 Adventure R dan Rally kini tampil dengan enjin parallel-twin 899cc (Euro5) dengan penyejukan cecair yang menawarkan 105hp pada 8,000rpm dan 100Nm pada 6,500rpm berbanding 95hp dan 88Nm pada model 790 Adventure.
KTM turut mendakwa kotak gear kali ini turut telah diperkemas bagi memastikan pertukaran gear lebih efisien dan pantas hasil bantuan klac yang telah diperkukuh di samping opsyen quickhsifter.
Bukan itu sahaja, KTM turut menaik taraf sistem penyerap hentakan WP Xplor yang kini boleh laras sepenuhnya termasuk sistem ABS yang turut merangkumi off-road ABS dan cornering ABS.
Kedua-dua varian turut dilengkapi KTM Motorcycle Traction Control (MTC), sistem yang bertindak mengukur tahap kegelinciran tayar dan ‘lean angle’ bagi memastikan kadar traction yang diperlukan sewaktu menunggang.
Sementara itu, model ini turut didatangkan dengan paparan TFT 5 inci dan tangki berkapasiti 20L.
Pada masa sama, pengalaman tunggangan diperkukuh dengan penunggangan fork USD WP XPLOR 48mm depan dan mono-shock WP XACT PDS belakang serta penggunaan tayar Metzeler Karoo 3 21’depan dan 19′ belakang.
KTM turut memperkenalkan 890 Adventure R Rally Limited Edition yang dilengkapkan khas dengan ekzos Akrapovic, foot peg rali, tempat duduk enduro dan chasis yang telah ditala di samping pelindung tangki gentian karbon dan quickshifter.
Ketika ini, masih tiada harga rasmi diumumkan bagi kedua-dua model.