Bikesrepublic

Berita Terkini

Joan Mir semakin menghampiri kejuaraan dunia selepas merekodkan kemenangan di GP Eropah, hari ini.

Ini merupakan kemenangan pertama pelumba Suzuki Ecstar itu selepas 12 pusingan.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan, Alex Rins sekaligus melengkapkan podium satu dua bagi pasukan Suzuki sejak 1982 di GP Jerman.

Sementara wakil Red Bull KTM, Pol Espargaro berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga meskipun bermula di petak pertama selepas mengungguli sesi kelayakan semalam.

Rins terlebih dahulu berjaya menempatkan diri selaku pendahulu perlumbaan selepas memintas Espargaro bagaimanapun sewaktu perlumbaan lap 17, Mir yang berada di belakang berjaya membuat pintas di Selekoh 7 (Turn 7) selepas Rins tersasar.

Mir kini mendahului kejuaraan dunia dengan 162 mata diikuti Fabio Quartararo dengan 125 mata, berkongsi mata sama dengan Rins dengan perlumbaan berbaki dua pusingan lagi seandainya GP Portugal masih diteruskan.

Mir dilihat selangkah untuk merangkul kejuaraan dunia pertama tatkala pencabar terdekat, Fabio Quartararo sekali lagi gagal memberi sebarang saingan kali ini.

Kejayaan Mir dan Rins membuktikan Suzuki kini kembali lebih hebat di kelas premier.

Dalam perkembangan sama, pelumba Jepun, Takaaki Nakagami berjaya memperbaiki aksi untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas gagal menamatkan aksi sewaktu di Aragon, dua minggu lalu.

Berikut keputusan penuh perlumbaan:

Sebuah helikopter telah terhempas di Taman Melawati dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Kejadian tersebut turut meragut dua nyawa yang difahamkan seorang juruterbang dan seorang pelatih yang berlepas dari Subang.

Sementara itu, polis telah mengesahkan identiti mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

08Nov2020/Selangor (Update) Rakaman video amatur saat sebuah helicopter terhempas di Taman Melawati Ulu Klang sebentar…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, 7 November 2020

Difahamkan, berlaku pertembungan di udara dengan sebuah lagi helikopter ketika sedang melakukan latihan penerbangan.

*Helikopter dinaiki Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan berjaya mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, helikopter terbabit berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat bersama dua individu lain yang disahkan sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.

Kejadian tersebut turut dirakam beberapa individu yang telah dikongsikan di laman media sosial.

Dalam rakaman tersebut jelas memaparkan saat sebuah helikopter (berwarna biru) terhempas dengan laju dan menyebabkan bunyi dentuman kuat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov, mendedahkan perancangan syarikat itu dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menurut Sardarov, MV Agusta bakal membangunkan motosikal adventure dengan dua platform, 500cc parallel-twin dan 1000cc 4-inline.

Cadangan memfokuskan pembangunan motosikal ADV itu dilihat langkah tepat dalam mengetengahkan jenama MV Agusta tatkala pengeluar lain sudah pun memiliki model adventure sendiri.

Ketika ini, MV Agusta hanya menawarkan tiga segmen motosikal; supersport, roadster dan touring.

*MV Agusta Superveloce 800

Sardarov turut mendedahkan mereka akan mengumumkan secara rasmi perancangan itu dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Ahli peniagaan itu mengambil alih MV Agusta pada Disember 2018 dari keluarga Castiglioni ketika masa depan MV Agusta berada dalam situasi tidak menentu.

*MV Agusta Brutale 1000RR

Bagi tahun 2020, meskipun dilanda pandemik Covid-19, MV Agusta telah pun melancarkan lima model baharu, sesuatu yang tidak pernah dilakukan jenama Itali itu.

Dalam perkembangan sama, Sardarov turut mendedahkan pihaknya juga sedang membangunkan enjin 950cc baharu manakala enjin 800cc sedia ada sedang dikemas kini bagi mematuhi piawaian Euro5. – Bennetts

Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro bakal memulakan aksi di litar Ricardo Tormo di petak pertama esok selepas mengungguli sesi kelayakan, hari ini.

Espargaro berjaya melakar masa terpantas pada lap ke 8 dari sembilan lap dengan catatan masa 1 minit 40.434 saat.

Sementara itu, wakil Suzuki Ecstar, meneruskan prestasi cemerlang apabila berjaya merekodkan petak kedua dengan catatan masa 1 minit 40.475s diikuti wakil LCR Honda, Takaaki Nakagami di petak ketiga dengan 1 minit 40.530s.

Nakagami merekodkan masa terpantas sewaktu di GP Liqui Moly de Teruel dua minggu lalu namun gagal menamatkan aksi di hari perlumbaan ekoran kemalangan.

Kejayaan bermula di barisan pertama di GP Eropah esok seakan menjadi peluang kedua buat pelumba Jepun itu untuk merekodkan mata penting bagi memperbaiki kedudukan di carta kejuaraan dunia.

Sementara itu, wakil Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo gagal menempatkan diri di kelompok lima terbaik apabila terpaksa berpuas hati dengan petak ke-11.

Keputuan itu pastinya memberi kelegaan buat pendahulu kejuaran dunia, Joan Mir yang akan bermula di kedudukan ke-5, dibelakang Johann Zarco yang muncul pelumba terpantas bagi Ducati (Avintia).

Mir ketika ini mendahului kejuaraan dunia dengan 137 mata, 14 mata dihadapan Quartararo.

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui ajal selepas maut digilis lori apabila motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian yang di Jalan Kuching, semalam.

Menurut laporan media tempatan, mangsa, Mohd Husaini Mohd Nasir, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang.

Bagaimanapun, sewaktu menunggang di lorong kiri Jalan Kuching, mangsa telah melanggar lopak air lantas menyebabkannya terbabas ke lorong kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menjelaskan mangsa kemudiannya telah digilis lori.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

PKPB ini akan berkuat kuasa bermula 9 November ini dan akan berjalan untuk empat minggu sehingga 6 Disember 2020.

Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Malaysia mencatat bilangan kes positif tertinggi semalam dengan lebih 1,755 kes direkodkan dengan sebahagian besar membabitkan kes tempatan.

Sebelum ini, PKPB yang hanya dikuatkuasakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dijadualkan berakhir pada 9 November ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube