Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas pelumba tonggak, Remy Gardner disahkan akan berhijrah ke Red Bull KTM Ajo musim depan, ONEXOX TKRR SAG TEAM akhirnya mengumumkan pengganti baharu.

SAG Racing Team mengumumkan Thomas Luthi sebagai pelumba baharu pasukan itu bagi musim 2021.

Luthi yang merupakan antara pelumba berpengalaman di kelas Moto2 merupakan bekas juara dunia 125cc dan menamatkan saingan musim 2019 di tempat ketiga selepas merekodkan lapan podium dan satu kemenangan di GP Amerika.

Dia turut berpengalaman di kelas premier apabila beraksi bersama Marc VDS menggunakan jentera Honda RC213V pada 2018 sebelum kembali ke Moto2 pada tahun berikutnya.

Menurut SAG Racing Team, sasaran utama bagi Luthi adalah merebut kejuaraan Moto2 musim depan.

Dalam perkembangan lain, Petronas Sepang Racing Team (SRT) mengesahkan Valentino Rossi sebagai pelumba baharu musim depan menggantikan Fabio Quartararo yang beralih ke Monster Energy Yamaha.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Malaysia akan menempuh musim monsun yang telah pun bermula 24 September lalu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa monsun tersebut akan membawa hujan lebat dan angin kuat.

Pada masa sama, monsun ini juga akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan merosakkan struktur yang rapuh lantas boleh membahayakan orang ramai.

“Sewaktu peralihan monsun ini, cuaca hujan akan berlaku di sebelah petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung termasuk di pantai barat Sabah dan tengah Sarawak,” jelas MetMalaysia.

Sementara itu, orang ramai diminta berhati-hati terutamanya pengguna jalan raya yang digesa untuk memandu dan menunggang secara berhati-hati.

Pemandu kereta dan penunggang motosikal juga diminta sentiasa memeriksa cuaca harian – menerusi aplikasi myCuaca – bagi memudahkan perjalanan. – Bernama

Baru-baru ini, telah berlakunya kes langgar lari yang melibatkan pemandu Mercedes-Benz dengan seorang ‘rider’ Grab Food.

Video rakaman ‘dashcam’ insiden tersebut turut tular di media sosial menerusi laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis.

https://www.facebook.com/223545897823128/videos/344711516727894

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, memaklumkan pihak polis telah pun menerima laporan daripada mangsa.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan manakala motosikalnnya mengalami kerosakkan teruk dalam kejadian yang berlaku di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Sungai Buloh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketika Aprilia menayangkan Tuono 660 dan RS660 di EICMA tahun lalu terdapat sebuah lagi jentera yang turut ditayangkan namun terlindung di dalam ruang berkaca dan dipenuhi dengan tumbuhan.

Aprilia juga tidak mendedahkan sebarang informasi mengenai jentera tersebut namun hanya membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri.

Bagaimanapun, bagi yang melihat dengan teliti jelas terpampang nama ‘Tuareg’ di bahagian sisi tangki di dalam balang kaca tersebut sekaligus menandakan usaha Aprilia untuk kembali ke segmen motosikal adventure.

Kini, media Itali, motoblog.it berjaya mendapatkan imej intipan yang didakwa merupakan Aprilia Tuareg 660 sedang menjalani ujian di negara itu.

Sekali imbas, Aprilia Tuareg 660 ini menampakkan bayangan Yamaha Tenere 700 dan Honda Africa Twin susulan elemen jentera enduro menerusi ketinggian tempat duduk, penggunaan tayar spoke, penghadang angin tinggi dan skid plate.

Tatkala Aprilia disahkan akan melancarkan RS660 tahun ini, tarikh pelancaran bagi Tuono 660 masih belum diumumkan sekaligus beri bayangan mungkin pengeluar motosikal Itali itu bercadang merasmikan Tuono 660 serentak bersama Tuareg 660 ini?

Shell Malaysia perkenalkan minyak enjin Shell Helix Professional yang dihasilkan bagi mengikut spesifikasi OEM setiap pengeluar kereta.

Menurut Shell, produk baharu ini membolehkan semua pusat servis untuk menawarkan minyak enjin yang mengikut spesifikasi tepat bagi setiap model kereta.

“Ini merupakan inovasi baharu daripada Shell. Menerusi Shell Helix Professional, setiap pusat servis dan bengkel mampu menawarkan minyak enjin premium yang terbukti terbaik,” jelas Pengurus Besar Shell Lubricats Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.

Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30

Shell Helix Professional merangkumi Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30.

Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 telah diiformulasikan dengan teknologi PurePlus, proses ini memastikan tiada bendasing dan kekotoran dihasilkan sekaligus menjadikan produk ini 99.5 peratus tulen dan membantu meningkatkan prestasi enjin.

Sementara Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30 menawarkan kebaikan sintetik dan mineral dalam menghasilkan tahap prestasi terbaik.

Kedua-duanya turut dilengkapi dengan teknologi Active Cleansing bagi memastikan bahagian enjin kekal bersih seperti baharu keluar dari kilang.

Menerusi Active Cleansing, enjin tidak akan membentuk kekotoran dan mengelak daripada berlakunya hakisan.

Sementara itu, BMW Malaysia menjadi jenama kereta pertama yang menggunakan Shell Helix Professional untuk setiap model BMW menerusi program servis minyak hitam.

Valentino Rossi menjangka akan menandatangani kontrak bersama Petronas Yamaha SRT hujung minggu ini di GP Catalunya.

Rossi sebelum ini mendedahkan hampir pasti sertai Petronas SRT sebaik musim 2020 kembali bersambung.

Bagaimanapun, senario Rossi-Petronas SRT kembali senyap sejurus selepas itu hingga bangkit khabar angin bahawa dia akan bersara.

Namun, Rossi kembali memberi jaminan dia akan beraksi bersama SRT musim depan dan mendedahkan persetujuan telah tercapai ketika di Misano.

Pelumba berusia 42 tahun itu akan menandatangani kontrak satu tahun hujung minggu ini.

“Kami telah mencapai persetujuan di Misano. Situasi ini sangat jelasn, saya akan beraksi bersama Petronas musim depan.

“Saya akan menandatangani kontrak hujung minggu ini dan saya gembira untuk terus beraksi musim depan bersama Yamaha dan Petronas,” jelasnya.

Rossi akan digandingkan bersama Franco Morbidelli yang merupakan anak didik pertamanya ketika di Akademi VR46 menggantikan Fabio Quartararo yang diangkat ke pasukan factory Yamaha.

Menurut Rossi, penangguhan kontrak tersebut berlaku ekoran mencari jalan penyelesaian mengenai jentera factory spec YZR-M1. – Crash.Net

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube