Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales merekodkan kemenangan pertama bagi musim 2020 selepas mengungguli perlumbaan di GP Emilia Romagna, hari ini.

Menariknya, Vinales muncul pemenang keenam selepas tujuh pusingan musim ini selepas Fabio Quartararo, Brad Binder, Andrea Dovizioso, Miguel Oliviera dan Franco Morbidelli.

Pusingan kali ini terus berlangsung dengan penuh drama apabila pelumba Pramac Racing, Pecco Bagnaia alami kemalangan di penghujung aksi meskipun berada di depan sejak awal perlumbaan.

Senario itu membuka peluang kepada Vinales untuk kembali di depan sehingga menuju ke lap terakhir dengan catatan masa 41 minit 55.846 saat.

Sementara itu, pelumba Ecstar Suzuki, Joan Mir, berjaya mengulangi pencapaian di Red Bull Ring, Ogos lalu apabila menamatkan aksi di tempat kedua (+2.425s).

Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan podium di tempat ketiga (+4.528s) selepas Fabio Quartararo yang berada di tempat ketiga dikenakan penalti 3-saat selepas membuat keputusan untuk tidak melaksanakan ‘long lap penalty’ di lap terakhir.

Keputusan hari ini menyaksikan perebutan kejuaraan dunia kini membariskan empat pelumba, Andrea Dovizioso, Fabio Quartararo, Vinales dan Mir dengan masing -masing dipisahkan kurang lima mata.

Quartararo yang mendahului kejuaraan sehingga minggu lalu selepas dipintas Dovizioso dengan perbezaan satu mata, kekal dengan jurang sama dengan pelumba Itali itu bersama-sama Vinales manakal Mir turut memiliki peluang cerah dengan hanya empat mata dibelakang pendahulu.

Aksi MotoGP bakal kembali bersambung 27 September ini di Litar Catalunya, Barcelona.

Sempena Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), Team Hiap Aik Suzuki Racing melancarkan pasukan yang akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang bermula 25 September ini.

Team Hiap Aik Suzuki Racing meneruskan kepercayaan mereka dengan mempertaruhakn Cy Khoo #66 dan Jin Tw #7 yang akan beraksi menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000.

Bagaimanapun, disebabkan kekangan pandemik Covid-19, MSBK yang sepatutnya berlangsung untuk lima pusingan akan dipendekkan ke dua pusingan dengan masing -masing berlangsung pada 25 hingga 27 September dan 16 hingga 18 Oktober ini.

Perkara itu disahkan sendiri penganjur utama, Pengarah Two Wheel Motor Racing (TWMR), Ron Hogg, yang turut hadir di pelancaran Hiap Aik Suzuki Racing.

Turut hadir menjayakan pelancaran ini adalah wakil penaja utama Mobil dan Winmaster Sdn Bhd selaku pengedar helmet SHARK dan Furygan di Malaysia.

Dalam perkembangan sama, MSBK kali ini akan menyaksikan pengenalan kelas baharu, Underbone 150 yang akan dilangsungkan mengikut spesifikasi sama seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Menariknya, kelas ini terbuka kepada semua pasukan dan pelumba.

Baru-baru ini, hangat dibincangkan mengenai trend berbasikal di Malaysia.

Terbaru, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan lesen dan nombor plat bagi penunggang basikal susulan aktiviti itu kini dibawa ke jalan raya awam termasuk lebuhraya.

Atlet berbasikal negara dan ranking nombor dua dunia keirin, Azizulhasni Awang kemudian berkongsi pendapatnya di laman Facebook mengenai isu berbasikal di Malaysia.

Kini, Azizul – dengan jolokan The Pocket Rocketman – bersuara sekali lagi, kali ini menegur penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya.

Azizul dalam perkongsian terbarunya, membangkitkan beberapa isu kepada penunggang basikal termasuk yang melakukan kayuhan secara semberono.

https://www.facebook.com/41189391704/posts/10157584161916705/

“Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,
tolong patuhi peraturan jalan raya!” tegas Azizul.

Bekas juara dunia keirin 2017 itu turut menyelar penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya seperti rakaman video ‘dashcam’ yang dikongsikan.

“Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan).

“Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana?,” tambahnya.

Kumpulan penunggang basikal berhimpun dengan tepi jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Puncak Genting Peras, Ulu Langat.

Pada masa sama, Azizul turut meminta penunggang basikal untuk menghormati pengguna jalan raya lain.

“Tolong ‘respect’ pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’.

“‘Respect is earned, not given,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, PDRM turut menegaskan bahawa kesalahan menunggang di lebuhraya boleh berdepan denda tak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini sebuah Yamaha 125ZR telah terjual dengan harga RM85,000 dan sebelum itu, seorang penjual telah meletakkan harga RM70,000 bagi Yamaha RXZ miliknya.

Kini, Rudy Geng Tayar Besar (GTB) yang terkenal dengan melakukan modifikasi tayar besar kepada beberapa model kapcai antaranya Y15ZR, dikatakan telah membelanjakan RM100,000 bagi membeli sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2010 (NOS)!

Rudy berdasarkan video yang dimuat naik ke laman YouTube Geng Tayar Besar, berkongsi bagaimana dia telah ke sebuah bengkel di Johor bagi membuat pembelian tersebut.

Jentera tersebut – meskipun berhabuk – merupakan serba baharu dan serba lengkap dengan alat ganti original termasuk buku manual.

Menerusi video tersebut, Rudy turut mendedahkan ekzos standard RXZ itu kini bernilai RM3,000,panel meter mencecah harga RM2,000 manakala tempat duduk ‘orimotor’ bernilai RM5,000.

Sementara itu, seorang rakan yang berhubung dengan Rudy menerusi panggilan video juga menasihatkan untuk mengisi minyak di tempat yang ramai dan elak tempat sunyi agar tidak menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya bukan sekadar gimik, Yamaha RXZ ini milik Rudy GTB kini memegang rekod sebagai penjualan motosikal lama paling mahal setakat ini, namun tak hairan jika ada yang berminat ‘memecah’ rekod itu.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kematian tiga remaja perempuan berusia 21 tahun disebabkan keracunan karbon monoksida (CO).

Tiga daripada empat remaja perempuan telah maut akibat keracunan CO ketika tidur di dalam kereta di stesen minyak Sama Gagah, Butterworth, Rabu lalu.

Dua mangsa disahkan maut ditempat kejadian sementara seorang lagi, meninggal dunia ketika sedang menerima bantuan perubatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak, sehari kemudian.

Sementara kembar mangsa ketiga masih lagi dalam pemantaun rapi di ICU.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk elak daripada tidur di dalam kereta bagi mengelakkan daripada keracunan CO.

Keracunan CO boleh berlaku apabila enjin dibiarkan hidup terlalu lama hingga asap daripada ezkos memasuki kabin dalam.

Lebih membahayakan, gas CO tiada bau dan tidak berwarna lantas pemandu dan penumpang tidak menyedari kehadiran gas racun tersebut.

Kandungan gas CO yang terlalu tinggi di dalam tubuh akan menyebabkan kegagalan organ lantas boleh membawa maut.

Pada masa sama, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) berdasarkan infografik yang dikongsikan menjelaskan bahawa tindakan menurunkan tingkap sedikit juga bukan langkah yang baik sebaliknya menasihatkan orang awam untuk tidur di tempat dengan pengudaraan baik dan selamat.

Honda sah bakal melancarkan Forza dengan enjin lebih besar pada 14 Oktober ini menerusi perkongsian ‘teaser’ terbaru di YouTube.

Honda menayangkan video ‘teaser’ sulung pada awal bulan ini dengan slogan ‘family is getting bigger’ dan memberi bayangan portfolio Forza akan dikembangkan dengan varian yang lebih besar.

Kini, Video pendek berdurasi 15 saat itu mengesahkan bahawa Forza serba baharu itu akan tampil dengan enjin 750cc yang sama terdapat pada X ADV 750 namun dipercayai telah dikemaskini bagi menepati piawaian Euro5.

Difahamkan, Forza 750 ini akan menggantikan Integra NC750 yang dilancarkan pada 2015.

Video tersebut turut memaparkan beberapa ciri antaranya butang push start, paparan TFT berwarna, mod tunggangan dan lampu LED.

Honda bakal perkenalkan Forza 750 secara rasminya pada 14 Oktober ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube