Pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman menawarkan khidmat penghantaran makanan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, juara kategori ABS1000 ARRC 2019 itu menawarkan khidmat penghantaran makanan sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur hingga Klang).
Guys saya membuat hikmat delivery lunch box pada area berdekatan kalau nak rasa nasi ayam penyet sambal letup bole roger…
Antara menu ditawarkan adalah ayam krathom, ayam penyet, ayam jogja dan ayam geprek yang merupakan menu ditawarkan Santai brooo.
Azlan tidak dapat beraksi bersama pasukan ONEXOX di pentas ARRC 2020 susulan pembatalan saingan musim ni ekoran Covid-19.
Keputusan tersebut – yang telah pun diumumkan 9 September lalu – diambil setelah perbincangan dengan pihak FIM Asia, pasukan dan pelumba serta promoter, Two Wheels Motor Racing.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah 25 tahun ARRC yang menyaksikan keseluruhan musim dibatalkan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Kenderaan popular bagi segmen SUV, Honda CR-V baharu telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, hari ini.
Honda Malaysia telah pun membuka tempahan bagi CR-V baharu ini pada Oktober lalu dan telah pun menerima lebih 600 unit tempahan.
Menariknya, lebih 104,000 unit model pemasangan tempatan (CKD) ini telah pun terjual sejak 2003.
Honda CR-V yang dikemas kini bagi tahun 2020 ini dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menawarkan 190hp dan 243Nm.
Honda Malaysia turut memperkenalkan varian tertinggi yang didatangkan dengan sistem 4WD di samping lengkap dengan ciri penuh Honda SENSING yang merangkumi:
Adaptive Cruise Control
Low Speed Follow
Forward Collision Warning
Collision Mitigation Braking System
Lane Departure Warning
Road Departure Mitigation
Lane Keep Assist System
Auto High Beam
Ciri lain yang telah dikemas kini adalah gril serba hitam dengan lampu LED Honda Signature, bampar depan baharu dengan wing-style fascia chrome, kemasan gelap di bahagian belakang, kemasan krom pada ekzos serta rim 18 inci dua tona.
Antara ciri keselamatan lain ditawarkan:
Enam beg udara
Hands-Free Power Tailgate
Remote Engine Start
Remote Retractable Door Mirrors
Honda LaneWatch
Emergency Stop Signal
ABS
Vehicle Stability Assist (VSA)
Agile Handling Assist (AHA)
Hill Start Assist (HSA)
Emergency Stop Signal (ESS)
Electronic Brake Distributio (EBD)
Brake Assist (BA)
Auto Brake Hold (ABH)
Walk Away Auto Lock
Driver Attention Monitor
Sementara itu Honda CR-V didatangkan dengan lima pilihan warna; Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl (warna baharu).
Senarai harga Honda CR-V baharu mengikut varian adalah seperti berikut:
Ducati dengan rasminya melancarkan Multistrada V4 2021 di Ducati World Premier 2021 yang berlangsung secara webseries, hari ini.
*Ducati Multisrada V4 S
Secara amnya, rupa Multistrada V4 ini masih lagi mengekalkan elemen rekaan sama seperti terdapat pada Multistrada 1260 dan 950 namun dengan beberapa ciri aerodinamik berbeza di bahagian depand dan fairing.
*Ducati Multistrada V4 S Sport
Tiga varian ditawarkan, V4 lengkap dengan warna Ducati red dan rim serba hitam, V4 S hadir dengan pilihan warna Aviator Grey di samping quickshifter (up/down) manakala V4 S Sport ditawarkan dengan livery Sport serta ekzos Akrapovic (jenis gentian karbon) dan fender depan gentian karbon.
*Enjin V4 Granturismo
Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, enjin V4 Granturismo 1,158cc dengan penyejukan cecair ini menerapkan penggunaan injap spring (valve spring) berbanding sistem injap Desmodromic dengan ‘major service interval’ adalah pada 60,000km dan tidak perlukan servis Desmo.
*Lengkap dengan sistem radar di bahagian depan dan belakang
Enjin serba baharu ini juga menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.
*Subframe jenis steel trellis
Menurut Ducati, Multistrada V4 ini mengguna pakai kerangka jenis ‘monocoque’ dan subframe jenis steel trellis dengan tayar belakang disokong oleh swingarm double-sided jenis aluminium.
*Lampu DRL diinspirasikan daripada Panigale V4
Varian V4 didatangkan dengan fork depan (inverted) 50mm dan monoshock serta ‘cantilever’ dari Marzocchi dengan kedua-duanya boleh laras sepenuhnya (fully adjustable).
Manakala varian V4 S dan V4 S Spot lengkap dengan sistem Ducati Skyhook Suspension separa-aktif yang telah dinaik taraf dengan fungsi auto-leveling.
*Skrin TFT berwarna
Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda.
*Brembo Stylema ditawarkan pada varian S dan S Sport
Model ini turut dilengkapi dengan cornering ABS oleh Bosch 10.3 ME dengan tiga tahap pelarasan manakala sistem brek dikendalikan kaliper Brembo empat piston (Brembo Stylema pada S dan S Sport) dengan cakera brek (330mm pada S dan Sport).
Multistrada V4 juga didatangkan dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II (120/70-19 depan dan 170/60-17 belakang) namun Ducati turut menawarkan rim jenis spoke bagi model S.
Antara ciri lain ditawarkan:
penghadang angin boleh laras
lampu LED dengan DRL
tempat duduk boleh laras
tangki 21L
wheelie control
traction control
empat mod tunggangan (Sport,Touring, Urban dan Enduro)
Valentino Rossi mengakui berasa terkilan apabila ujian Covid-19 terbaru dilakukan masih lagi menghadirkan keputusan positif.
Juara dunia sembila kali itu terlepas dua perlumbaan di Aragon apabila didapati positif Covid-19.
Bagaimanapun, perancangannya untuk kembali di Valencia hujung minggu ini terpaksa dibatalkan susulan keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan semalam masih lagi positif.
Menurut peraturan FIM, setiap pelumba perlu merekodkan dua keputusan negatif dalam tempoh 48 jam.
Menurut Yamaha, tempat Rossi akan diisi dengan pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) GRT Yamaha, Garret Gerloff.
Rossi dalams satu kenyataan menjelaskan situasi semasanya.
“Virus ini cukup kompleks dan serius, pada awalnya saya berasa tidak sihat sebelum kembali cergas beberapa hari selepas itu.
“Situasi ini cukup sukar tetapi inilah dia,” katanya.
Selepas baru sahaja melancarkan MT-09 serba baharu minggu lalu, Yamaha kembali dengan memperkenalkan adiknya, MT-07 2021.
Menariknya, MT-07 ini meneruskan rekaan lampu depan LED yang sama seperti terdapat pada MT-09 2021 dengan lampu projektor (high/low) berbentuk bulat di antara dua lampu sisi.
Bagaimanapun, bahagian lain masih tampak tidak jauh berbeza melainkan bentuk tangki yang kini sedikit tinggi dengan panel tangki berlainan.
Lampu isyarat depan kiri dan kanan juga tampil lebih pendek berbanding model sebelumnya di samping mengguna pakai lampu jenis LED.
Bahagian belakang juga mengekalkan rekaan sama kecuali tempat letak nombor plat yang kini turut didatangkan dengan lampu isyarat jenis LED.
Sementara itu, bahagian enjin telah dikemas kini bagi mencapai piawaian Euro5 antaranya intake, routing 2-into-1 ekzos dan ECU baharu sekaligus menyaksikan penurunan kuasa.
MT-07 2021 kini menghasilkan 72.8hp pada 9,000rpm dan 67Nm pada 6,500rpm berbanding 75hp dan 67.79Nm pada model sebelum ini.
Bagaimanapun, sistem membrek telah dipertingkat dengan cakera brek 298mm dengan ABS didatangkan secara standard di samping penggunaan tayar Michelin Road 5.
Kawaski Ninja ZX-10R dan ZX-10RR telah didedahkan menerusi dokumen pensijilan kenderaan yang dikemukakan di Australia.
Berdasarkan imej dalam dokumen tersebut memaparkan kedua-dua model kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ serba baharu di samping enjin yang didakwa menepati piawaian Euro5.
Menurut laporan Motorcycle.com, kedua-dua motosikal ini merupakan model yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 23 November ini oleh Kawasaki.
Meskipun imej yang disertakan dalam dokumen tersebut dalam bentuk resolusi rendah namuns sedikit sebanyak memaparkan beberapa ciri penting.
*Kawasaki ZX-10RR 2021
Reka bentuk lampu depan jelas diinspirasikan daripada Kawasaki H2 dengan penggunaan lampu (dijangka) LED namun lampu isyarat kiri dan kanan masih lagi diterapkan ke bahagian cermin sisi.
Menariknya, bahagian meter tampak seakan penggunaan paparan jenis TFT berwarna!
*Kawasaki ZX-10R 2021
Sementara itu, menurut dokumen tersebut, ZX-10R ini didatangkan dengan enjin 998cc yang menawarkan 200hp pada 13,200rpm manakala ZX-10RR menghasilkan 201hp pada 14,000rpm.
Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding model sebelumnya lantas memberi bayangan enjin baharu ini telah dinaik taraf bagi mencapai Euro5.
Bagaimanapun, maklumat lebih terperinci dijangka akan diketahui selepas dilancarkan secara rasmi pada 23 November ini.