Bikesrepublic

Berita Terkini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan rentas negeri bermula 3 Oktober ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang setakat ini turut mencetuskan penularan baharu di Semenanjung.

Larangan rentas daerah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 16 Oktober depan.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” jelasnya dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, perkhidmatan perlu (essential services) akan terus dibenarkan melakukan rentas daerah.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dijalankan di empat daerah – Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna – kekal seperti biasa.

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam perkongsian terbaru di Facebook mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Menerusi status terbaru, Razlan memuat naik gambar pelumba, Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee yang sedang menjalani latihan motorcross.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2797320373927639&id=100009491117146

Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen tersebut, jelas dia mempersoalkan ketiadaan pelumba Petronas Sprinta, Khairul Idham Pawi (KIP).

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Hafiz Syahrin turut memuat naik gambar di laman Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao yang memaparkan dirinya bersama Khairul Idham Pawi baru selesai melakukan kayuhan 40 kilometer.

https://www.facebook.com/officialfanclubhafizhsyahrin/posts/4021097521258279

Persoalannya, adakah status terbaru Razlan itu menandakan masa depan Khairul Idham Pawi bersama Petronas Sprinta semakin malap?

Aksi MotoGP berehat minggu ini selepas selesai dua pusingan berturut-turut di Misano dan Catalunya baru-baru ini dan akan kembali pada 11 Oktober depan sekaligus memberi peluang kepada pelumba untuk menjalani latihan.

Pasukan Ducati MotoGP telah mengumumkan Francesco Bagnaia sebagai pelumba baharu bagi musim 2021.

Francesco Bagnaia

Dia bakal digandingkan semula dengan pasangan sama di Pramac Racing musim ini, Jack Miller yang telah pun diumumkan sebagai pelumba factory lebih awal.

Perancangan awal Ducati adalah menggabungkan Miller dan pelumba tonggak, Andrea Dovizioso musim depan namun Dovizioso membuat keputusan untuk berpindah selepas lapan tahun bersama.

Keputusan mengejut itu sekaligus membuka peluang kepada beberapa pelumba termasuk Johann Zarco sebelum Bagnaia disahkan sebagai taruhan baharu 2021.

Bagnaia merupakan juara di Moto2 pada 2018 dan salah seorang protege akademi VR46 di samping Franco Morbidelli.

Bagnaia dan Miller

Sementara itu, keputusan Ducati dengan mempertaruhkan Miller dan Bagnaia bagi musim 2021 menandakan langkah baharu diambil pasukan itu yang sebelum ini lebih gemar menaruh kepercayaan kepada pelumba berpengalaman antaranya Jorge Lorenzo, Nicky hayden dan Valentino Rossi.

Johann Zarco

Dalam perkembangan sama, Zarco dan Jorge Martin diumumkan sebagai pelumba baharu Pramac Racing musim depan.

Jorge Martin

Pengumuman ini turut menandakan kebangkitan Zarco selepas bergelut dengan KTM sebelum ini.

Pengalaman Zarco juga dilihat mampu memberi manfaat kepada pelumba muda dan juara dunia Moto3 2018, Martin yang kini dalam musim keduanya di Moto2.

Kami menghadiri sesi ujian media bagi model ternanti-nanti Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Acara tersebut memfokuskan pada tiga aspek utama; prestasi, pemanduan dan ciri keselamatan.

Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection).

Kedua-dua varian enjin ini didatangkan dengan pakej transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT).

Enjin 1.5L T ditawarkan bagi varian Standard, Premium dan Executive dan menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan 226Nm pada 1,500rpm.

Sementara enjin 1.5L TGDi – yang hanya terdapat pada model ‘flagship – menghasilkan 177hp dan 250Nm.

Hasilnya, model Proton X50 ini mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 7.9 saat dan dibuktikan menerusi perlumbaan drag apabila X50 berjaya mengatasi dua model lain, Honda HRV dan BMW X1.

https://www.facebook.com/motomalaya/videos/3297336157019127

Aspek pemanduan turut dilaksanakan menerusi ujian slalom dan ternyata pengalaman memandu cukup cekap dan selesa hasil bantuan Electronic Stability Control, Traction Control System dan Drag Torque Control.

Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan X50 ini merupakan kereta pertama dalam segmennya yang menawarkan Pemanduan Autonomi Level 2, teknologi yang sering terdapat pada jenama premium Eropah.

Antara aspek Pemanduan Autonomi Level 2 itu melibatkan:

  • Intelligent Cruise Control (ICC)
  • Auto Park Assist (APA)
  • Autonomous Emergency Braking
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keep Assist

RUMUSAN

Secara keseluruhan kami mendapati Proton X50 ini melebihi jangkaan dari pelbagai segi apatah lagi berjaya menewaskan Jenama H ketika perlumbaan drag!

Walaupun harga masih belum diumumkan tetapi kami yakin Proton X50 mampu menjadi ‘pisang goreng panas’ seandainya Proton bijak menyusun harga sepertimana yang berlaku pada Proton X70 yang sehingga kini masih lagi mendominasi penjualan segmennya.

Seorang lelaki bertindak melepaskan sekumpulan anak ikan pelbagai jenis di terowong laluan motosikal Lebuhraya Persekutan.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana terowong motosikal itu telah pun banjir lebih tiga bulan lamanya.

https://www.facebook.com/102758861488996/videos/617575775581783

Video berdurasi 2 minit 36 saat itu jelas menunjukkan lelaki tersebut melepaskan beberapa beg plastik berisi anak ikan ke kawasan terbabit.

Tindakannya itu jelas merupakan satu bentuk sindiran kepada pihak berkuasa kerana tidak bertindak segera dalam memperbaiki laluan tersebut.

Video tersebut setakat ini telah pun merekodkan lebih 100 ribu tontonan.

Bagi yang kerap menggunakan laluan itu, terowong tersebut sudah lama tidak boleh digunakan sebaliknya penunggang motosikal dialihkan ke laluan sebelah kiri melintasi stesen minyak Petronas dan Shell sebelum kembali masuk ke laluan motosikal.

Bagaimanapun, penunggang perlu memperlahankan motosikal dan memerhatikan kenderaan lain yang cuba masuk ke stesen minyak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebelum meneruskan perjalanan dan kembali memasuki laluan motosikal seperti di atas.

Triumph Motorcycles hampir pasti melancarkan Trident 2021 apabila jentera itu kini memasuki ujian fasa akhir.

Kali pertama didedahkan pada Ogos lalu menerusi prototaip dengan rupa serba putih, kali ini Triumph bertindak mendedahkan jentera itu dalam bentuk pra-produksi.

Memakaikan livery ‘camo’ yang memaparkan lencana syarikat itu, imej baharu ini menampakkan Trident 2021 dalam keadaan yang sangat jelas.

Model ini tampak sama seperti prototaip sebelum ini namun menawarkan fungsi sepenuhnya sebagai sebuah motosikal.

Antara ciri jelas kelihatan adalah cermin sisi, lampu isyarat (kiri dan kanan), tempat letak nombor plat jenis tyre hugger dan penggunaan fork depan dari Showa.

Meskipun Trident ini tidak lah mengikut acuan sama seperti model terdahulu namun beberapa ciri ikonik masih lagi dikekalkan antaranya lampu depan dan paparan meter berbentuk bulat.

Menariknya, Triumph melabelkan Trident ini sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga kompetitif dalam usaha meluaskan portfolio jenama itu ke semua peringkat pembeli.

Menurut Triumph, Trident 2021 kini telah pun menjalani ujian terakhir di kilang Hinckley, United Kingdom dan maklumat lebih terperinci mengenai jentera ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube