Berdasarkan imej dipaparkan, jelas reka bentuk Tiger 850 Sport ini meneruskan kesinambungan Tiger 900 terutamanya dengan rekaan lampu depan yang menggabungkan LED dan DRL (daytime running light).
Bahagian fairing turut terpampang nama 850 Sport.
Maklumat penuh Tiger 850 Sport ini akan didedahkan dalam pelancaran global 17 November ini pada jam 8 malam (waktu Malaysia).
Marc Marquez mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam baki dua pusingan musim ini.
Perkara itu disahkan sendiri pasukannya, Repsol Honda yang mendedahkan pelumba itu perlukan masa secukupnya untuk kembali pulih 100 peratus daripada kecederaan.
Marquez mengumumkan keputusannya di laman Twitter.
This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It's time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN
Marquez mengalami kecederaan lengan serius sewaktu di Jerez, Julai lalu dan meskipun cuba kembali pada pusingan seterusnya, dia terpaksa menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan plat besi yang ditanam pada pembedahan sebelumnya.
Stefan Bradl akan terus mengisi slot Marquez di baki dua pusingan terakhir musim ini.
Honda NC750X mendapat pelbagai kemas kini terbaru bagi tahun 2021.
Bagi tahun 2021, model baharu ini kini didatangkan dengan sistem fly-by-wire dan sistem ekzos serta valve timing yang telah dipertingkat.
Hasilnya, enjin parallel 2-silinder 745cc dengan penyejukan cecair – yang kini patuh Euro5 – menawarkan 58.8hp pada 6,750rpm (peningkatan 4hp berbanding model sebelumnya) dan 69Nm pada 4,750rpm.
Selain daripada fly-by-wire, Honda NC750X 2021 ini juga dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control dengan tiga tetapan berbeza berbanding hanya dua tetapan sebelum ini.
Tunggangan juga tampil lebih efisien dengan penggunaan throttle elektronik yang kini menawarkan tiga mod tunggangan termasuk satu mod User yang membenarkan penunggang membuat tetapan sendiri.
Bagi yang berminat dengan varian tertinggi yang lengkap dengan transmisi DCT (dual clutch tranmission), sistem tersebut juga telah diperkemas bagi menawarkan prestasi enjin dan gear yang lebih efisien.
Secara keseluruhan, rekaan NC750X ini tampak lebih model dengan reka bentuk yang turut dibantu dengan penggunaan lampu LED termasuk daytime running light (DRL).
Honda turut mendakwa reka bentuk fairing juga telah dipertingkat bagi melindungi penunggang daripada keadaan cuaca pelbagai.
Bukan itu sahaja, Honda turut merendahkan ketinggian tempat duduk kepada 800mm berbanding 830mm sebelum ini hasil daripada penggunaan kerangka serba baharu yang kini 1.8kg lebih ringan.
Sistem ‘suspension’ pula hadir menerusi fork teleskopik 41mm yang dibantu oleh Show Dual Bending Valves yang boleh diselaraskan bagi compression dan rebound.
Karier Andrea Iannone di pentas MotoGP, seakan menemui penghujung apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan pelumba itu yang sebelum ini digantung susulan gagal ujian doping.
Iannone memfailkan rayuan kepada CAS susulan FIM mengenakan penggantungan 18 bulan terhadap pelumba Aprilia itu selepas didapatif positif bahan terlarang (Drostanolone) dalam ujian rambang yang dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada November 2019.
*Iannone gagal ujian doping sewatu di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu.
Bagaimanapun, CAS telah menolak rayuan pelumba berusia 31 tahun itu dan bertindak memanjangkan tempoh penggantungan sehingga empat tahun selepas melakukan semakan semula bahan bukti di samping mengambil kira saranan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
CAS turut memutuskan bahawa keputusan perlumbaan Iannone yang direkodkan dari 1 November 2019 turut terbatal.
Sementara itu, CAS turut memaklumkan bahawa pihak Iannone gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan awalnya berkenaan dengan memakan makanan yang telah dicemar dengan bahan terlarang.
Keputusan CAS ini bermakna Aprilia perlu mencari pelumba pengganti bagi musim 2021.
Honda telah melancarkan X-ADV baharu bagi 2021 yang kini tampil dengan pengayaan dikemas kini dan lebih berkuasa.
Honda X-ADV merupakan skuter maxi dengan elemen adventure popular sejak diperkenalkan julung kalinya pada 2016.
Bagi tahun 2021, dengan penguatkuasaan Euro5, Honda telah melaksanakan beberapa perubahan ketara terhadap model tersebut.
Antara kemas kini yang ketara dilaksanakan adalah bahagian enjin yang kini patuhi piawaian Euro5.
Enjin parallel 2-silinder 745cc dengan penyejukan cecair SOCH kini menghasilkan 57.7hp pada 6,750rpm (naik 500rpm) dan 69Nm @ 4,750rpm berbanding 54hp dan 68Nm pada model sebelumnya.
Menurut Honda, peningkatan kuasa itu berlaku dengan melaraskan semula ‘valve timing’ di antara kedua-dua silinder.
Honda turut mendakwa unit baharu ini kini menghasilkan tork yang lebih lama berbandng model sebelumnya.
Sistem elektronik turut dipertingkat dengan ciri ride-by-wire dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) – yang boleh dinyah aktif – sekaligus memperkemaskan kawalan traction (traction control).
Kota gear DCT (Dual Clutch Transmision) juga telah diperkemas bagi 2021 di samping paparan skrin TFT yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi Honda Smartphone Voice Control System.
Meskipun bahagian rekaan tampak sama namun terdapat beberapa penambah baikan telah dilakukan terutamanya bahagian lampu depan yang kini dilengkapi LED DRL.
Honda turut mereka semula tempat duduk yang kini memudahkan penunggang yang rendah meletakkan kaki ke permukaan bawah dengan lebih mudah meskipun pada ketinggian sama (820mm).
Penghadang angin juga boleh dilaraskan dengan mudah (lima kedudukan) tanpa perlu menggunakan sebarang alat.
Antara ciri menarik lain, Honda X-ADV 2021 ini menawarkan berat 236kg, 3kg lebih ringan berbanding generasi pertama hasil daripada kerangka (frame) yang lebih ringan.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR 2020.
Orang ramai boleh memilih empat pilihan warna berikut, Matte Titan, Cyan, Red dan Blue dan kesemua motosikal ini sudah boleh didapati di setiap pengedar rasmi Yamaha seluruh negara tanpa sebarang perubahan harga RM8,168 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Setiap pembelian juga akan didatangkan dengan disc lock Yamaha bernilai RM100.
Yamaha Y15ZR ini masih lagi mengekalkan spesifikasi enjin sama, 150cc dengan penyejukan cecair SOCH yang menawarkan 15.1hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan.