Bikesrepublic

Berita Terkini

Valentino Rossi mengakui berasa terkilan apabila ujian Covid-19 terbaru dilakukan masih lagi menghadirkan keputusan positif.

Juara dunia sembila kali itu terlepas dua perlumbaan di Aragon apabila didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, perancangannya untuk kembali di Valencia hujung minggu ini terpaksa dibatalkan susulan keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan semalam masih lagi positif.

Menurut peraturan FIM, setiap pelumba perlu merekodkan dua keputusan negatif dalam tempoh 48 jam.

Menurut Yamaha, tempat Rossi akan diisi dengan pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) GRT Yamaha, Garret Gerloff.

Rossi dalams satu kenyataan menjelaskan situasi semasanya.

“Virus ini cukup kompleks dan serius, pada awalnya saya berasa tidak sihat sebelum kembali cergas beberapa hari selepas itu.

“Situasi ini cukup sukar tetapi inilah dia,” katanya.

Selepas baru sahaja melancarkan MT-09 serba baharu minggu lalu, Yamaha kembali dengan memperkenalkan adiknya, MT-07 2021.

Menariknya, MT-07 ini meneruskan rekaan lampu depan LED yang sama seperti terdapat pada MT-09 2021 dengan lampu projektor (high/low) berbentuk bulat di antara dua lampu sisi.

Bagaimanapun, bahagian lain masih tampak tidak jauh berbeza melainkan bentuk tangki yang kini sedikit tinggi dengan panel tangki berlainan.

Lampu isyarat depan kiri dan kanan juga tampil lebih pendek berbanding model sebelumnya di samping mengguna pakai lampu jenis LED.

Bahagian belakang juga mengekalkan rekaan sama kecuali tempat letak nombor plat yang kini turut didatangkan dengan lampu isyarat jenis LED.

Sementara itu, bahagian enjin telah dikemas kini bagi mencapai piawaian Euro5 antaranya intake, routing 2-into-1 ekzos dan ECU baharu sekaligus menyaksikan penurunan kuasa.

MT-07 2021 kini menghasilkan 72.8hp pada 9,000rpm dan 67Nm pada 6,500rpm berbanding 75hp dan 67.79Nm pada model sebelum ini.

Bagaimanapun, sistem membrek telah dipertingkat dengan cakera brek 298mm dengan ABS didatangkan secara standard di samping penggunaan tayar Michelin Road 5.

Kawaski Ninja ZX-10R dan ZX-10RR telah didedahkan menerusi dokumen pensijilan kenderaan yang dikemukakan di Australia.

Berdasarkan imej dalam dokumen tersebut memaparkan kedua-dua model kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ serba baharu di samping enjin yang didakwa menepati piawaian Euro5.

Menurut laporan Motorcycle.com, kedua-dua motosikal ini merupakan model yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 23 November ini oleh Kawasaki.

Meskipun imej yang disertakan dalam dokumen tersebut dalam bentuk resolusi rendah namuns sedikit sebanyak memaparkan beberapa ciri penting.

*Kawasaki ZX-10RR 2021

Reka bentuk lampu depan jelas diinspirasikan daripada Kawasaki H2 dengan penggunaan lampu (dijangka) LED namun lampu isyarat kiri dan kanan masih lagi diterapkan ke bahagian cermin sisi.

Menariknya, bahagian meter tampak seakan penggunaan paparan jenis TFT berwarna!

*Kawasaki ZX-10R 2021

Sementara itu, menurut dokumen tersebut, ZX-10R ini didatangkan dengan enjin 998cc yang menawarkan 200hp pada 13,200rpm manakala ZX-10RR menghasilkan 201hp pada 14,000rpm.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding model sebelumnya lantas memberi bayangan enjin baharu ini telah dinaik taraf bagi mencapai Euro5.

Bagaimanapun, maklumat lebih terperinci dijangka akan diketahui selepas dilancarkan secara rasmi pada 23 November ini.

Demikian kenyataan dibuat pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh berkenaan dengan gesaan mewujudkan laluan berasingan untuk motosikal.

Motosikal menyumbang kepada 65 peratus kemalangan maut setiap tahun.

“Jika langkah lain turut diambil antaranya menghadkan kelajuan motosikal, jumlah mereka yang terselamat dari kemalangan maut dapat digandakan,” jelasnya kepada The Sun.

Jumlah kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal meningkat ke 4,600 pada 2016 namun angka itu susut tiga tahun berikut dengan 4,000 kematian tahun pada 2019.

Bagaimanapun, MIROS berpendapat statistik kematian itu mampu dikurangkan lebih 50 peratus menjelang 2030.

“Kami di MIROS bersama kerajaan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yakin mampu mencapai agenda Matlamat Pembangunan Lestari PBB,” tambah Suret.

Sementara itu, Suret memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan laluan khas motosikal ini akan dibawa ke kerajaan dengan harapan akan disertakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Perodua telah mencatatkan rekod jualan bulanan tertinggi pada Oktober sekaligus mengatasi rekod jualan pada September.

Lebih 26,852 unit kenderaan telah terjual pada Oktober sekaligus memadam rekod 25,035 unit terjual pada bulan sebelumnya.

Berikut pecahan jualan mengikut unit bagi bulan Oktober:

  • Myvi 8,052
  • Axia 6,738
  • Bezza 6,895
  • Aruz 3,193
  • Alza 1,974

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad, pencapaian ini cukup positif buat syarikat itu.

“Pada September, kami telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah kami dan kini, kami telah mengatasi pencapaian tersebut.

“Kejayaan ini penting buat kami kerana ia membuktikan komitmen kami terhadap penghantaran secepat mungkin dan juga peranan kami dalam memulihara ekosistem automotif.

“Dalam Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terkesan dengan pandemik yang kita hadapi sekarang,” jelasnya.

Menurut Dato Zainal lagi, ketika ini kapasiti pengeluaran berada di tahap 98 peratus bagi Oktober dengan 26,362 unit dan merupakan pengeluaran tertinggi setakat ini dari kilang di Sungai Choh.

Rapper popular, Joe Flizzow muncul antara pemilik Vespa Primavera x Sean Wotherspoon di Malaysia.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di Facebook oleh Hup Seng Bikerz yang mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu yang hadir membuat pembelian.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, Joe Flizzow tampil memakai Nike AirMax 97 X Sean Wotherspoon dan topi Nike Sean Wotherspoon sebagai tanda sokongan terhadap ikon dunia vintaj itu.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon telah pun dilancarkan pada awal Oktober lalu oleh Didi Resources, selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan aksesori Vespa X Sean Wotherspoon ini boleh singgah ke Crossover di Sunway Pyramid.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube