Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena tahun 2020 semakin menutup tirai, Modenas Power Store mengadakan promosi hujung tahun istimewa.

Orang ramai kini boleh mendapatkan motosikal naked street popular, Modenas Pulsar NS200 ABS dengan harga RM9,600 OTR (termasuk cukai jalan dan insurans)!

Pulsar NS200 ABS merupakan model terkini ditawarkan Modenas yang dilancarkan pada Disember 2019,

Model ini didatangkan dengan enjin satu silinder 199.5cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 24hp pada 9,750rpmd dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Lebih menarik, ini merupakan enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke susulan Bajaj (sebelum dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia) merupakan pemilik KTM lantas kedua-dua jenama ini berkongsi platform sama.

Enjin ini juga tahan lasak dan menawarkan kelajuan maksima (atas kertas) sekitar 136km/j.

Orang ramai yang berminat boleh hubungi Modenas Power Store di +60128003470 untuk pertanyaan lanjut.

Promosi ini hanya sah di Modenas Power Store Kota Damansara.

UMW Toyota Motor membuka tempahan bagi Toyota Yaris baharu (facelift), hari ini.

Toyota Yaris baharu ini menampilkan rekaan yang telah dikemas kini antaranya reka bentuk bampar depan serba baharu di samping penggunaan aerokit dan rekaan gril berbeza.

Antara ciri lain yang turut diperkemas adalah penggunaan lampu depan ‘triple bezle’ LED yang kini dilengkapi dengan fungsi ‘follow-me-home’ sekaligus mempertingkatkan ciri keselamatan dan kemudahan pengguna.

Menariknya, fungsi ini boleh didapati pada semua varian (J,E dan G).

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, Yaris baharu ini menawarkan sentuhan baharu.

“Yaris yang diperbaharui ini dibina untuk melangkaui standard sedia ada.

“Model yang sudah sedia menarik ini diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Ini merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan.

Sejak dilancarkan pada April 2019, Yaris menjadi pilihan no.1 bagi kenderaan hatchback segmen Bukan Nasional sehingga kini.

Orang ramai yang berminat dengan Yaris 2020 ini boleh mula membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (estimated price) bermula dari RM71,688 hingga RM85,587 dengan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Meskipun tahun 2020 merupakan detik sukar bagi semua pihak susulan wabak Covid-19, Ducati masih mampu merekodkan penjualan Suku Ke-3 (Q3) terbaik pernah dilakukan.

*Kilang Ducati di Borgo P

Penjualan Q3 membabitkan bulan Jun hingga September menyaksikan lebih 14,694 unit terjual dengan bulan September mencatat penjualan tertinggi, 4,468 unit!

China, Switzerland dan Jerman turut merekodkan penjualan lebih tinggi tahun ini berbanding tempoh sama pada 2019.

*Ducati Streetfighter V4

Kami menjangkakan angka tinggi tersebut disumbang menerusi model premium terbaru membabitkan Panigale V4 dan Streetfighter V4 serta Panigale V2.

*Ducati Panigale V4

Menurut Ducati, mengalihkan pelancaran motosikal ke platform digital menerusi strim langsung turut berjaya memastikan jenama itu terus disebut-sebut peminat di seluruh dunia.

*Ducati Panigale V4R

Dalam perkembangan sama, Ducati turut memperluaskan rangkaian dengan pembukaan pusat pameran di Rio de Janeiro, Vienna, Wolfsburg dan Antwerp.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyifatkan syarikat itu akan terus melaksanakan yang terbaik bagi para Ducatisti di seluruh dunia.

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah memperkenalkan logo baharu dan penyertaan PROTON sebagai salah satu jenama di bawah naungan syarikat itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, EON telah mengambil alih sembilan pusat pengedaran PROTON dari PROTON Edar Sdn Bhd.

Ini adalah penjenamaan semula EON (buat kali ketiga) sejak ditubuhkan pada 1984 sebagai pengedar eksklusif PROTON di Malaysia.

Logo baharu ini menampilkan rekaan dan pilihan warna yang lebih moden.

Sementara itu, EON turut kembali memikul tugas sebagai pengedar PROTON dengan sembilan pusat pengedar yang merangkumi empat pusat 4S dan tiga cawangan 3S.

Rujuk senarai cawangan di bawah:

Menurut EON, kesemua sembilan cawangan berada di bawah kendalian PROTON Edar, sebelum ini.

Baru-baru ini Honda telah memperkenalkan skuter maxi serba baharu menerusi Forza 750.

Bagaimanapun, kurang sebulan selepas melancarkan motosikal terbabit, Honda kembali mendedahkan video ‘teaser’ yang memaparkan sebuah lagi skuter baharu.

Dikenali sebagai SH 350, skuter tersebut merupakan model yang telah dinaik taraf daripada SH 300i sebelum ini.

Berdasarkan namanya, Honda telah melaksanakan kemas kini terhadap sesaran enjin yang kini 350cc berbanding 300cc sebelum ini.

Seperti model sebelumnya, SH 350 ini turut dijangka akan meneruskan populariti SH 300i terutamanya di pasaran Eropah.

Berdasarkan video teaser itu, jelas memaparkan rekaan serba baharu dengan penggunaan lampu LED penuh dengan bentuk seakan menyamai pengayaan Honda Vario.

Di samping itu, model ini juga dilengkapi dengan paparan LCD di samping mengenakan penghadang angin sepertimana yang ditawarkan SH 300i sebelum ini.

Skuter ini akan dilancarkan dengan rasminya di Eropah pada 10 November ini.

Segmen motosikal kapcai sememangnya mendominasi pasaran di Malaysia susulan menawarkan harga mampu milik, mudah dikendalikan dan tidak banyak karenah apatah lagi hadir dengan kos penyelenggaraan yang rendah.

Namun, ada di antara kita yang turut memasang niat untuk naik taraf ke jentera lebih berkuasa bagi menikmati prestasi dan kelajuan yang lebih baik namun tidak memiliki bajet besar.

Hakikatnya, tak semua mampu memiliki motosikal berkuasa tinggi, apatah lagi kebanyakan jenama motosikal meskipun bersesaran 200cc ditawarkan pada harga belasan ribu.

*Modenas Pulsar NS200 ABS

Bagaimanapun, terdapat sebuah motosikal 200cc yang bukan sahaja menawarkan ciri ‘big bike’ malah didatangkan dengan harga bawah RM10,000.

Ini lima (5) sebab kenapa Modenas Pulsar NS200 ABS motosikal ‘beginner’ terbaik untuk rakyat marhaen.

  1. Reka bentuk moden
*Reka bentuk bercirikan motosikal jenis naked

Motosikal jenis ‘naked’ sememangnya menjadi idaman bagi setiap motosikal kerana menampilkan imej garang dan moden.

Ketiadaan ‘fairing’ turut menyebabkan motosikal ini lebih ringan lantas mudah dikendalikan terutamanya sewaktu tunggangan di kawasan bandar.

Modenas Pulsar NS200 ABS ini hanya seberat 154 kilogram.

  1. Tangki besar
*Tangki berkapasiti 12L

Pulsar NS200 ABS ini didatangkan dengan tangki berkapasiti 12L, terbesar bagi segmen motosikal 200cc dengan KTM 200 Duke pesaing terdekat, 11L.

Motosikal ini turut menawarkan penjimatan terbaik bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah untuk tunggangan jarak jauh.

  1. Anti-lock Braking System (ABS)
*Sistem ABS dan kaliper ByBre

Modenas Pulsar NS200 ini dilengkapi dengan ABS (satu saluran) bagi tahun 2020 berbanding model awal yang dilancarkan di Malaysia.

Ini bermakna, ciri keselamatan telah dipertingkat dengan sistem paling penting masa kini.

Sistem ABS memastikan tayar tidak akan terkunci sewaktu mengenakan brek terutamanya ketika menunggang di atas permukaan jalan yang basah lantas mengelakkan dari berlakunya gelincir.

Sistem membrek juga dikendalikan dengan kaliper jenama ByBre (By Brembo).

  1. Enjin berkuasa dan tahan lasak
*enjin satu silinder 199.5cc

Motosikal ini didatangkan dengan enjin satu silinder 199.5cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 24hp pada 9,750rpmd dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Lebih menarik, ini merupakan enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke susulan Bajaj (sebelum dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia) merupakan pemilik KTM lantas kedua-dua jenama ini berkongsi platform sama.

Enjin ini juga tahan lasak dan menawarkan kelajuan maksima (atas kertas) sekitar 136km/j.

  1. Harga Mampu Milik

Modenas Pulsar NS200 ABS ini ditawarkan pada hanya RM9,600 OTR! (hanya di Modenas Power Store Kota Damansara, dengan unit terhad).

Jika menilai aspek enjin, ABS dan ciri lain ditawarkan, tiada siapa menyangka motosikal ini ditawarkan pada harga bawah RM10,000.

Apatah lagi didatangkan sekali dengan waranti 2 tahun atau 20,000 km perbatuan (mana yang sampai dulu).

Harga tersebut turut meletakkan Pulsar NS200 ABS sebagai pembelian lebih berbaloi berbanding motosikal lain dengan lingkungan harga sama seperti Yamaha Y15ZR, Brixton Cafe Racer 150, GPX Gentleman dan Honda RS150R yang tidak dilengkapi dengan ciri ABS.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan Modenas Pulsar NS200 ABS ini boleh kunjungi Modenas Power Store di Kota Damansara atau hubungi +60128003470 untuk maklumat lanjut malah boleh bertemu dengan pemilik NS200 ABS lain yang menghantar jentera mereka untuk diservis bagi mendengar maklum balas secara terus.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube