Ducati dengan rasminya melancarkan Multistrada V4 2021 di Ducati World Premier 2021 yang berlangsung secara webseries, hari ini.
Secara amnya, rupa Multistrada V4 ini masih lagi mengekalkan elemen rekaan sama seperti terdapat pada Multistrada 1260 dan 950 namun dengan beberapa ciri aerodinamik berbeza di bahagian depand dan fairing.
Tiga varian ditawarkan, V4 lengkap dengan warna Ducati red dan rim serba hitam, V4 S hadir dengan pilihan warna Aviator Grey di samping quickshifter (up/down) manakala V4 S Sport ditawarkan dengan livery Sport serta ekzos Akrapovic (jenis gentian karbon) dan fender depan gentian karbon.
Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, enjin V4 Granturismo 1,158cc dengan penyejukan cecair ini menerapkan penggunaan injap spring (valve spring) berbanding sistem injap Desmodromic dengan ‘major service interval’ adalah pada 60,000km dan tidak perlukan servis Desmo.
Enjin serba baharu ini juga menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.
Menurut Ducati, Multistrada V4 ini mengguna pakai kerangka jenis ‘monocoque’ dan subframe jenis steel trellis dengan tayar belakang disokong oleh swingarm double-sided jenis aluminium.
Varian V4 didatangkan dengan fork depan (inverted) 50mm dan monoshock serta ‘cantilever’ dari Marzocchi dengan kedua-duanya boleh laras sepenuhnya (fully adjustable).
Manakala varian V4 S dan V4 S Spot lengkap dengan sistem Ducati Skyhook Suspension separa-aktif yang telah dinaik taraf dengan fungsi auto-leveling.
Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda.
Model ini turut dilengkapi dengan cornering ABS oleh Bosch 10.3 ME dengan tiga tahap pelarasan manakala sistem brek dikendalikan kaliper Brembo empat piston (Brembo Stylema pada S dan S Sport) dengan cakera brek (330mm pada S dan Sport).
Multistrada V4 juga didatangkan dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II (120/70-19 depan dan 170/60-17 belakang) namun Ducati turut menawarkan rim jenis spoke bagi model S.
Antara ciri lain ditawarkan:
- penghadang angin boleh laras
- lampu LED dengan DRL
- tempat duduk boleh laras
- tangki 21L
- wheelie control
- traction control
- empat mod tunggangan (Sport,Touring, Urban dan Enduro)
- Vehicle Hold System