Bikesrepublic

Berita Terkini

Berikutan pelancaran sistem Yamaha Y-AMT (Yamaha Automatic Manual Transmission) bulan lepas, model MT-09 akan menjadi motosikal Yamaha pertama yang akan menerima ciri tersebut.

Yamaha berkata spesifikasi asas model ini akan akan kekal sama.

Sistem Y-AMT membolehkan penunggang menukar gear melalui butang yang dipasang pada bar hendal, atau menyerahkan penukaran gear kepada sistem itu untuk menyelesaikannya secara automatik. Fungsinya serupa dengan Dual Clutch Transmission (DCT) Honda, tetapi sistem Y-AMT tidak mempunyai dwi-klac. Satu lagi persamaan ialah motosikal tanpa tuil klac dan tuil gear.

Penukaran gear dikawal oleh dua penggerak elektrik, yang menggantikan fungsi tangan kiri dan kaki kiri penunggang. Sistem ini mempunyai berat 2.8kg dan cukup kecil tanpa menambah kelebaran motosikal.

Y-AMT bukanlah transmisi automatik Yamaha pertama (selain daripada skuter dengan CVT, sudah tentu), kerana pengeluar itu telah melengkapkan FJR1300A pada 2007 dengan YCC-S (Yamaha Chip Controlled Shift). Ia menggunakan klac hidraulik automatik dan penunggang menukar gear melalui tuil gear dikendalikan jari.

Terdapat warna baharu yang dipanggil warna Heavy Grey Metallic You untuk Honda Gold Wing Tour (2024).

Apa lagi yang boleh dikatakan tentang Honda Gold Wing selain memberikan sanjungan demi sanjungan kepadanya? Ia adalah motosikal yang menjadi “piawaian” kelas motosikal jelajah (touring) mewah. Ia mungkin kelihatan terlalu besar, tetapi anda hanya perlu menunggangnya sekali sahaja untuk anda jatuh cinta dengan kelancaran enjin dan pengendaliannya yang amat mudah. Ia sudah tentunya amat selesa: Ia seakan sofa kulit IKEA kegemaran anda yang ada dua roda. Anda boleh memuatkan hampir segala-galanya ke dalam beg bagasinya. Terdapat banyak ciri dan butang infotainment yang boleh anda mainkan di lampu henti. Dan, versi terkini adalah salah satu motosikal tercantik yang pernah dicipta. Sebab itulah kami menggelarnya “Honda Accord Beroda Dua.”

Okay, okay, nampaknya kita sudah terlalu teruja. Mari kita lihat ciri-cirinya.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin enam silinder mendatar 1833cc, DOHC, 24 injap.
  • Ia menghasilkan kuasa maksimum 93kW (124.7hp) dan tork maksimum 170Nm. Enjin ini ditala untuk menghasilkan tork yang kuat bagi memuatkan segala bagasi, aksesori, serta penunggang dan pembonceng.

  • Kuasa enjin dihantar melalui transmisi Dual Clutch Transmission (DCT/Transmisi Dwi Klac) generasi ketiga dengan 7 kelajuan untuk penukaran gear yang lancar.
  • Terdapat ruang bagasi berjumlah 61 liter.

  • Skrin TFT 7-inci dengan ciri pautan Apple CarPlay, Android Auto, and Bluetooth.
  • Pendikit Throttle-By-Wire (TBW) dengan 4 mod tunggangan: TOUR, SPORT, ECON, dan RAIN.

  • Skrin angin yang boleh dilaras secara elektrik.
  • Pencahayaan LED serta lampu isyarat yang berhenti sendiri.

  • Mod Idling Stop dan Integrated Starter Generator (ISG).

Honda Gold Wing Tour (2024) dalam warna Heavy Grey Metallic You berharga daripada RM212,888 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana sampai dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hondabigbike.com.my atau ke Honda BigWing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui nombor bebas tol di 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil perhubungan pelanggan.

Honda Gold Wing Tour (2024) dengan warna Heavy Gray Metallic You

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan SM Sport 110R (2024), dengan ciri-ciri serta pilihan warna dan grafik baharu.

Grafik dan warna baharu diklasifikasikan sebagai Hijau, Merah dan Biru Muda. Harga asas jualan untuk motosikal ini ialah RM4,199.00, tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.

Ciri:
  • Enjin satu silinder, empat lejang, 2 injap, 109cc yang menghasilkan 5.0kW (6.7hp) pada 7,500 RPM dan 7.6Nm tork pada 4,500 RPM.

  • Sistem penukaran gear Rotary Gear empat kelajuan.

  • Lampu-lampu LED serta DRL (lampu nyala siang hari).

  • Sistem brek cakera di depan dan dram di belakang.

  • Rim-rim aloi dan tayar-tayar tanoa tiub.

  • Ruang simpanan barang di bawah pelana.

  • Pengecas USB untuk telefon.

Motosikal ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah kenderaan dua roda yang mudah ditunggang dan menggunakan transmisi manual.

Ia kini boleh didapati di pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Pembeli boleh menikmati jaminan dua tahun atau 20,000km (mana-mana dahulu). Pengguna juga boleh membeli alat ganti asal melalui platform dalam talian MForce.

Galeri foto SM Sport 110R (2024)

Ducati Panigale V4 (2025) telah lancarkan dan membuatkan semua peminat Ducati teruja. Termasuklah kami.

Seperti setiap semakan, Ducati telah memuatkan segala-gala ciri dan teknologi ke dalam model ini, hanya kecuali enjin Desmosedici GP. Senarai ciri-ciri baharu amat panjang dan setiap satu memerlukan satu artikel penuh, jadi kami telah merumuskannya ke dalam senarai 5 ciri baharu.

1. Rekabentuk baharu
  • Rekabentuk Ducati Panigale V4 (2025) diilhamkan oleh Ducati 916 yang menakluki dunia.

  • Mereka kemudian menambah ciri aerodinamik dan ergonomik baharu yang diperoleh daripada Desmosedici GP.
  • Terdapat paip kemasukan udara yang baharu dan disembunyikan di bawah “dagu” fairing, serta pelana lebih lebar dan lebih panjang untuk memberikan lebih banyak ruang untuk penunggang.

  • Fairing baharu mengurangkan rintangan aerodinamik sebanyak 4% dan memastikan penunggang berada dalam gelembung udara yang tenang.
  • Sayap dengan dwi-profil kali dan memberikan jumlah daya ke bawah yang sama seperti model sebelumnya.

  • Bentuk madgad depan juga telah disemak untuk menyalurkan udara penyejukan dengan lebih baik kepada penyejuk minyak.
2. Ergonomik baharu
  • Kedudukan tunggangan telah dibangunkan dengan objektif untuk menyepadukan penunggang ke dalam ciri aerodinamik motosikal dan meningkatkan kawalan.

  • Semakan ini menghasilkan  ruang yang lebih luas, dan tambahan pula ceruk yang dalam bahagian atas tangki mengelakkan gangguan pada pelindung dagu topi keledar.
  • Kawasan belakang tangki digabungkan dengan penutup sisi dan bentuk pelana untuk menyokong penunggang dengan lebih baik semasa fasa brek, masuk selekoh dan di dalam selekoh.

  • Pemijak kaki telah dialihkan 10mm ke dalam, bagi meningkatkan kelegaan dan meningkatkan penembusan aerodinamik.
3. Casis baharu
  • Francesco Bagnaia berjaya membuat lap 1m35.8s di atas sebuah Panigale V4 semasa Perlumbaan Juara di Misano pada 2022, yang hanya 4 saat lebih perlahan daripada 1m31.8s pada Desmosedici GP.

  • Oleh itu, Ducati Corse meminta casis dengan sasaran kekukuhan kerangka dan lengan ayun yang baharu.
  • Jadi, jurutera Ducati menyemak semula kekukuhan sisi untuk kerangka bagi mengekalkan cengkaman pada sudut condong melebihi 60°(!).

  • Kerangka baharu ini juga lebih ringan pada 3.47kg berbanding 4.2kg yang sebelumnya.
  • Kerangka ini dipadankan dengan lengan ayun dua belah baharu yang digelar Ducati Hollow Symmetrical Swingarm.

  • Lengan swingarm mengurangkan kekukuhan sisi sebanyak 37% dan 2.7kg lebih ringan daripada versi satu sisi sebelumnya.
  • Versi V4 S menerima roda aloi aluminium yang beratnya hanya 2.95kg untuk bahagian hadapan dan 4.15kg untuk belakang.

  • Suspensi Öhlins NPX/TTX generasi ketiga dikawal secara elektronik bagi Panigale V4 S.
  • Ducati Panigale V4 (2025) adalah motosikal yang pertama dilengkapi dengan kaliper brek hadapan Brembo Hypure baharu. Mereka lebih ringan sebanyak 60 gram sebagai sepasangan.

  • Satu lagi ciri pertama di dunia ialah sistem Race eCBS, yang dibangunkan bersama oleh Bosch dan Ducati. Sistem ini memerlukan artikel yang khusus untuknya!
4. Ducati Vehicle Observer (DVO)
  • Sistem ini mensimulasikan input lebih daripada 70 penderia (sensor), mengikut strategi kawalan elektronik.

  • Ducati Panigale V4 (2025) dilengkapi dengan pakej kawalan elektronik yang lengkap: Ducati Traction Control DVO, Ducati Slide Control, Ducati Wheelie Control DVO, Ducati Power Launch DVO, Engine Brake Control, dan Ducati Quick Shift 2.0.
  • Sistem DQS 2.0 menggunakan strategi berdasarkan penderia kedudukan sudut gendang gear, dengan itu boleh menggunakan rod anjakan gear tanpa suis mikro.

5. Papan pemuka MotoGP
  • Papan pemuka bersaiz 6.9-inci yang baharu sepenuhnya diletakkan sedemikian rupa sehingga tidak mengganggu penglihatan penunggang.

  • Kaca pelindung menggunakan teknologi Optical Bonding untuk memastikan data senang dibaca walaupun pada siang hari.
  • Paparan Track baharu memaparkan parameter seperti g-Meter, Power & Torque, dan Lean Angle.

  • Info Mode Track menggunakan sistem perolehan data DDL yang menggunakan GPS dan dibangunkan bersama pakar 2D.
Sebagai penutup

Ini hanyalah beberapa ciri utama untuk Ducati Panigale V4 (2025) baharu. Kami akan menyelidiki setiap ciri dan menulis artikel mengenainya tidak lama lagi, jadi nantikan!

Galeri Foto Ducati Panigale V4 (2025)

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah mengumumkan dua warna baharu tambahan untuk Honda Rebel (2024) yang juga dikenali sebagai CMX500. Warna-warna baharu itu digelar Mat Laurel Green Metallic dan Seal Silver Metallic. Ini menjadikan pilihan warna yang ada kepada tiga, termasuk Mat Gunpowder Black Metallic yang sedia ada.

Mat Laurel Green Metallic
Ciri-ciri
  • Enjinnya kekal tidak disentuh, justeru ia masih 471cc, penyejuk cecair, berkembar selari yang memberikan 43Nm tork pada 6,500 RPM dan 34kW (45.6hp) kuasa maksimum pada 8,500 RPM.

  • Sudah tentunya sistem bahanapi enjin ini merupakan PGM-FI (Suntikan Bahan Api Terprogram) Honda yang telah lama wujud. Pengilang berkata ia membantu menjimatkan bahanapi, dan mengurangkan pelepasan, antara beberapa faedah lain.

  • Sesuai dengan peranannya sebagai motosikal cruiser, enjinnya ditala untuk tork yang kuat pada RPM rendah dan sederhana, bukannya untuk kuasa maksimum.
  • Pencahayaan LED keseluruhannya, termasuk lampu depan yang bulat.

  • ABS dwi-saluran (depan dan belakang) sebagai ciri standard.
  • Meter kelajuan ditetapkan dalam dail 100mm dengan paparan LCD negatif dan lampu latar putih yang memaparkan kedudukan gear dan penggunaan bahan api.

  • Tangki minyak jenis ‘peanut‘ memuatkan 11.2 liter petrol.
Harga

Honda Rebel (2024) dijual daripada RM33,899 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia kini boleh didapati di semua pengedar Honda BigWing mulai sekarang.

Boon Siew Honda menyediakan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000, yang mana dahulu. Sila layari https://hondabigbike.com.my atau hubungi nombor bebas tol mereka di 1-800-88-3993 untuk maklumat lanjut.

Galeri Honda Rebel (2024)

CFMoto 800MT Explore Edition (2024) telah dilancarkan di Malaysia.

Explore Edition ini menambahkan beberapa kemudahan penjelajahan, menjadikannya bersedia sepenuhnya untuk touring jarak jauh anda yang seterusnya.

Ciri-ciri utama:
  • Tiga kotak simpanan barang aluminium berwarna perak, yang memberikan 35L ruang simpanan di sebelah kiri, 28L di sebelah kanan dan 36L di bahagian atas. Kotak-kotak simpanan ini boleh dikunci dan CFMoto mengatakan ia tahan cuaca.
  • Enjin 799cc, berkembar selari, yang menghasilkan 67kW (89 hp) pada 9,250rpm dan tork maksimum 75Nm pada 8,000rpm.

  • Ciri-ciri elektronik termasuk skrin Multi Media Interface (MMI) 8-inci dengan fungsi sambungan seperti navigasi dan penstriman muzik.
  • Mod tunggangan ialah Enduro dan Pro, selain Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Radar Belakang RDS untuk pengesanan titik buta, yang pertama untuk model CFMoto.
  • ABS dwi saluran sebagai standard.

Harga jualan yang disyorkan untuk CFMoto 800MT Explore Edition (2024) ialah RM57,800, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna yang dipanggil Gem Black, dan Starry White, masing-masing. Pembeli akan menikmati waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube