Bikesrepublic

Berita Terkini

Skuter maxi-popular Yamaha, Yamaha XMAX telah dinaik taraf dengan reka bentuk dan teknologi baharu bagi tahun 2023.

Diperkenalkan pada 2006, Yamaha XMAX dan TMAX muncul skuter maxi paling laris di dunia dengan lebih 720,000 unit dijual dalam tempoh 16 tahun.

Bagi tahun 2023, Yamaha telah memberikan XMAX peningkatan yang diperlukan agar terus mendominasi pasaran skuter maxi global.

Tampil dengan dua varian – 125cc dan 300cc – untuk pasarna Eropah, Yamaha XMAX 2023 tampil dengan panel depan baharu yang diketengahkan dengan susunan lampu dan hidung depan berbentuk ‘X’.

Bentuk ‘X’ itu juga ditayangkan ketika lampu belakang dinyalakan.

Yamaha turut mengemas kini panel sisi agar melindungi penunggang dengan lebih baik di jalan raya manakala penghadang angin kini boleh diselaraskan. 

Difahamkan, Yamaha XMAX 2023 tampil dengan varian Standard dan Tech Max di Eropah dengan varian kedua didatangkan dengan paparan skrin TFT 4.2-inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin – sama seperti yang terdapat pada TMAX Tech Max.

Varian Tech Max juga datang dengan tempat duduk kulit dan tapak letak kaki aluminium. Sementara itu, fungsi hidup tanpa kunci dan traction control didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

Sementara itu, Yamaha XMAX Tech Max 300 ini masih lagi dikuasakan enjin 292cc SOHC 4-lejang 4-valve dengan penyejukan cecair yang menawarkan 27.6hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm. 

Untuk pasaran Malaysia, hanya XMAX 250 dipasarkan namun dijangka naik taraf yang sama akan turut diperkenalkan disini namun masih mengekalkan enjin 250c. 

Demam Yamaha RXZ masih lagi berjalan seperti biasa dengan terbaru, sebuah model 2006 telah terjual dengan harga tidak masuk akal. 

Seorang penjual menerusi akaun Facebook Are’ress Tricolore Sparepart berkongsi bagaimana dia berjaya menjual sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2006 dengan harga RM63 ribu.

Berdasarkan perkongsian tersebut, jelas si pembeli datang membuat bayaran secara tunai bagi mendapatkan RXZ berwarna merah itu.

Menurut akaun itu lagi, jualan puluhan ribu itu turut termasuk pakej rim GTO orimoto yang nilainya tidak didedahkan.

Sejauh mana kebenarannya hanya tuan badan sahaja yang tahu namun tidak dinafikan RXZ masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi disini.

Sebelum ini, seorang penjual berkongsi bagaimana seorang pembeli sanggup menukar sebidang tanah bagi mendapatkan motosikal terbabit.

Ni Hsin EV Tech (NHEV) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang dan measarkan dua motosikal elektrik Ebixon TailG Bold dan TailG Torque.

NHEV dalam satu kenyataan memaklumkan pemasangan dua model CKD tersebut akan bermula pada November ini di Seri Kembangan, Selangor sebelum dipasarkan pada tahun depan.

Meskipun NHEV merupakan syarikat baharu namun Pengarah Urusan, Khoo Chee Keong meletakkan sasaran tinggi bagi motosikal elektrik keluaran syarikat itu.

“Kami menyasarkan untuk menjual 50,000 unit EBIXON EV Bikes di Malaysia dan ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

“Permintaan untuk motosikal EV di rantau ini dijangka menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang, mengatasi Eropah dan Asia Timur,” jelasnya.

Menariknya, motosikal elektrik Ebixon itu dilengkapi dengan sistem dua bateri boleh tukar dan mampu berjalan sejauh 200km.

Pada masa sama, Ebixon juga boleh dicas dengan mudah menggunakan soket pengecas konvensional dirumah atau ke stesen tukar bateri yang akan ditempatkan di lokasi strategik. 

Baru-baru ini CFMOTO Malaysia telah pun merasmikan CFMOTO 450SR untuk pasaran tempatan dengan harga RM29,300.

Bagaimanapun, model ‘sportsbike’ itu hanya akan memasuki pasaran tempatan sekitar Mac tahun depan. 

Motosikal tersebut ditayangkan kepada media tempatan sewaktu minggu MotoGP Malaysia pada Sabtu di Putrajaya.

Untuk rekod, CFMOTO 450SR dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 yang didedahkan sebelum ini.

CFMoto 450SR merupakan jentera sportsbike bernadikan enjin parallel-twin 449cc dengan ‘270-degree crank’ yang berkeupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm.

Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Selain daripada enjin berkuasa, CFMoto 450SR juga datang dengan rekaan yang sporty dan agresif termasuk menawarkan ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO juga mendakwa 450SR ini mampu merekodkan kelajuan maksima 200km/j.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • skrin TFT
  • lampu LED penuh
  • ABS Bosch
  • slipper clutch FSS
  • soket pengecas
  • brek Brembo (depan)

Menurut CFMOTO Malaysia, 450SR ini akan hadir dengan dua pilihan warna, Hitam/Merah dan Hitam/Perak. 

Hong Leong Yamaha Motor telah mengemas kini motosikal ‘supermoped’ Y16ZR dengan tiga pilihan warna baharu.

Bagi tahun 2022, Y16ZR datang dengan warna Glacier White, Phantom Neon dan Flaming Silver.

Menurut HLYM, selain pilihan warna baharu, harga bagi model tersebut juga naik kepada RM11,118 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) berbanding RM10,888 sebelum ini.

Kenaikan harga tersebut sudah dijangka ekoran pasaran motosikal dunia sedang terkesan dengan pelbagai faktor antaranya masalah logisitk, masalah cip dan semikonduktor serta tukaran mata wang ringgit yang lemah ketika ini.

Untuk rekod, Yamaha Y16ZR masih lagi digerakkan dengan enjin 155cc SOHC sama yang memacu R15 dan MT-15 yang menjana 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan (dengan bantuan klac assist/slipper).

Mengikut acuan model terkini Yamaha, Y16ZR ini juga dilengkapi paparan LCD yang menawarkan informasi kelajuan, RPM dan ‘gear indicator’ manakala bahagian ‘handle’ kanan diletakkan butang ‘kill switch’.

Yamaha bakal meraikan ulang tahun ke-25 bagi model sportsbike popular, Yamaha YZF-R1 tahun depan.

Sempena meraikan ulang tahun tersebut, pengeluar motosikal Jepun itu dijangka akan memperkenalkan generasi baharu Yamaha R1.

Tidak dinafikan, meskipun kali terakhir dikemas kini adalah pada tahun 2019 namun Yamaha R1 berjaya mendominasi pentas kejuaraan dunia WorldSBK menerusi Toprak Razgatlioglu, tahun lalu.

Ini secara tidak langsung meletakkan Yamaha R1 sebagai jentera lebih baik berbanding Kawasaki ZX-10RR dan Honda CBR1000RR-R Fireblade.

Meskipun Yamaha tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan naik taraf besar pada model ’superbike’ tersebut namun dengan BMW dan Ducati masing-masing memperkenalkan M 1000 RR dan Panigale V4 R yang menawarkan lebih 200hp, kedatangan Yamaha R1 baharu amat diperlukan.

Oleh sebab itu, media Jepun, Young-Machine, mendakwa Yamaha akan memperkenalkan R1 serba baharu menjelang ulang tahun model itu pada 2023.

Bukan itu sahaja, berdasarkan imej render dikongsikan, Young-Machine mendakwa model 2023 itu bukan sahaja akan didatangkan dengan enjin bi-crossplane 998cc lebih berkuasa (atas 200hp) malah akan turut dilengkapi winglet aerodinamik yang diilhamkan dari jentera YZR-M1.

Meskipun belum ada pengumuman rasmi ketika ini namun Young-Machine tidak pernah salah membuat laporan mengenai kedatangan model baharu setakat ini. 

Ini bermakna, ketibaan generasi baharu Yamaha R1 akan berlaku tidak lama lagi. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube