Bikesrepublic

Berita Terkini

Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) yang dibangunkan hasil kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) serta Persona Energy Sdn Bhd telah pun disempurnakan menerusi anugerah penghargaan dan penyerahan TTAP yang telah dianjurkan di MITI, pada Isnin.

TTAP merupakan program pemindahan teknologi yang unik dalam pembangunan rangkaian bakat muda automotif tempatan menerusi perantisan oleh jurutera terpilih bagi mendapatkan input kejuruteraan daripada teknologi perlumbaan endurance di FIA World Endurance Championship (WEC).

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Empat jurutera perantis TTAP telah dihantar bagi menjadi sebahagian daripada pasukan JOTA di WEC 2021 pada Jun lalu dalam usaha meningkatkan skil dan pengetahuan bakat tempatan menerusi perantisan jurutera berpengalaman.

Sepanjang program tersebut, para perantis telah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli pasukan dan dibeir tanggungjawab memikul tugas kejuruteraan sebenar dalam beberapa aspek perlumbaan.

Antara tugasan yang dijalankan adalah mengumpul dan menganalisis prestasi komponen jentera perlumbaan, memperbaiki dan menyelenggara jentera perlumbaan dan beberapa tugasan kejuruteraan lain yang diperlukan sewaktu hari perlumbaan.

Aspek penting TTAP adalah mengumpul data kenderaan sepanjang enam perlumbaan WEC yang kemudiannya boleh digunakan bagi pembangunan komponen dan kenderaan masa depan.

Antara data yang dikutip adalah ketahanan, prestasi, dan beberapa info penting lain yang boleh digunakan untuk analisis kejuruteraan kenderaan masa depan termasuk kenderaan autonomous dan elektrik.

Pasukan JOTA berjaya menamatkan kesemua enam peringkat perlumbaan di kedudukan podium dan merekodkan tempat pertama dan kedua sewaktu aksi 8 jam di Portimao.

Harley-Davidson telah pun mengumumkan bahawa jenama motosikal elektrik, LiveWire memasuki bursa saham dalam usaha menyuntik lebih banyak pelaburan ke dalam syarikat itu.

LiveWire akan dikenali sebagai LVW dalam bursa saham New York (NYSE).

Menariknya, langkah tersebut turut menyaksikan LiveWire telah memeterai perjanjian bersama pengeluar motosikal dan skuter Taiwan, Kymco.

Perjanjian tersebut meletakkan Kymco sebagai rakan strategik baharu LiveWire yang akan bertindak memasang dan mengedar jenama motosikal elektrik itu serata dunia.

“LiveWire merancang untuk memperhalusi industri motosikal elektrik dengan memfokuskan pasaran urban.

“LiveWire akan menggunakan DNA dari Harley-Davidson dan input dari sektor EV bagi mewujudkan sebuah jenama paling dikehendaki di dunia,” jelas Harley-Davidson dalam satu kenyataan.

Kerjasama dengan Kymco dijangka bakal membuahkan hasil positif bagi kedua-dua pihak apatah lagi Kymco turut sibuk membangunkan barisan model EV bermula dengan RevoNEX sebelum ini.

Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya melancarkan Honda GL1800 Gold Wing baharu bagi pasaran tempatan.

Bagi tahun 2021, jentera cruiser itu kini telah dipertingkat dengan ciri lebih praktikal antaranya ruang letak barang (top box) yang lebih luas dari 11L ke 61L, tempat duduk pillion dengan penyandar yang lebih selesa serta sistem audio baharu dan ringan.

Menariknya, Gold Wing terbaru ini juga disertakan fungsi Android Auto sekaligus membolehkan penunggang menyambung kepada peranti Android.

Sementara itu, Gold Wing terbaru ini kekal dihidupakn enjin enam silinder 1,833cc SOCH yang menawarkan 125hp pada 5,500rpm dan 170Nm pada 4,500rpm.

Menurut BSH, ergonomik Gold Wing juga dipertingkat dengan mendekatkan posisi tempat duduk kedepan.

Sistem membrek turut dinaik taraf dengan menggabungkan ABS dan D-CBS (Dual-Combined Brake System) yang menyumbang kepada kadar membrek lebih efisien di tayar depan dan belakang.

Honda GL1800 Gold Wing 2021 ini juga dilengkapi sistem Throttle-by-Wire yang menawarkan 4-mod tunggangan, Tour, Sport, Econ dan Rain.

Antara ciri elektronik lain ditawarkan:

  • Hill Start Assist and Idling Stop
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Integrated Starter Generator

Honda GL1800 Gold Wing 2021 ini hanya ditawarkan dengan harga RM210,888 dan hanya tampil dengan pilihan warna Pearl Glare White.

Setelah sekian menanti, Honda Civic serba baharu kini dibuka untuk tempahan di Malaysia setelah Honda Malaysia mengesahkan model generasi ke-11 itu akan dilancarkan pada suku pertama (Q1) 2022 nanti.

Dengan ukuran 4,678mm panjang, 1,802mm lebar dan 1,145mm tinggi, Civic baharu ini lebar besar dan lebar bagi menjaminkan tahap kawalan dan cengkaman yang lebih baik.

Civic baharu ini juga akan tampil dengan rekaan lebih eksekutif dan elegan sekaligus membasmi sebarang elemen “ketam” yang ada pada model terdahulu.

Bagi pasaran tempatan, varian RS turut diperkenalkan buat julung kalinya dan menampilkan ciri serba hitam yang terdapat pada cermin sisi, antenna shark fin, pemegang pintu, spoiler dan rim aloi 18″.

Civic baharu ini juga dilengkapi lampu LED dengan DRL (daytime running light) dan lampu belakang LED.

Bagaimanapun, aspek paling ketara yang telah dinaik taraf adalah bahagian nadi yang kini didatangkan bersama enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menjana 182PS dan 240Nm. Honda mendakwa prestasi enjin tersebut adalah lebih berkuasa berbanding enjin 2.4L.

Menariknya, Civic baharu ini juga datang dengan tiga mod pemanduan, ECON, Normal dan Sport Mode yang boleh diakses dengan mudah menerusi Drive Mode Switch.

Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi Honda SENSING yang telah diperkemas bagi 2022.

Honda SENSING itu kini menawarkan ciri Lead Car Departure Notification System yang berfungsi dengan memaklumkan pemandu bahawa kereta depant telah pun bergerak terutamanya ketika menunggu di lampu isyarat.

Seperti kebiasaan Honda SENSING juga merangkumi ciri berikut:

  • Adaptive Cruise Control
  • Low-Speed Follow
  • Collision Mitigation Braking System
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keep Assist System
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Departure Warning
  • Auto High Beam

Selain daripada ciri keselamatan di atas, Civic baharu ini juga menawrakan Honda LaneWatch, 6 beg udara, ABS, Vehicle Stability Assist, Agile Handling Assist, Emergency Stop Signal, Electronic Brake Distribution, Auto Brake Hold, Hill Start Assist, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start dan Driver Attention Monitor.

Sementara itu, untuk membuat tempahan orang ramai hanya perlu kunjungi sebarang pusat pameran terdekat Honda Malaysia atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan bahawa kelas lesen B2 telah dinaikkan kepada 500cc dari 250cc sebelum ini.

JPJ dalam satu perkongsian di laman rasmi Facebook menafikan laporan oleh blog ebidmotor.com yang menyatakan kelas lesen B2 telah naik ke 500cc.

Menurut JPJ, kelas lesen memandu B2 masih kekal melibatkan motosikal bawah 250cc sahaja dan tiada sebarang pindaan dilaksanakan setakat ini.

JPJ juga menggesa orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada laman web dan media sosial rasmi JPJ bagi mendapatkan pengesahan sebelum mempercayai info yang tular di media sosial.

Berdasarkan kelas lesen semasa, Lesen B (full) adalah bagi motosikal melebihi 500cc, manakala B1 tidak melebihi 500cc dan B2 tidak melebihi 250cc.

Sementara Lesen C adalah bagi motosikal tiga roda.

Boon Siew Honda memperkenakan pilihan warna Trico bagi model CBR250RR untuk pasaran tempatan.

Edisi Trico menggabungkan pilihan warna merah dengan kemasan warna biru yang terpampang di bahagian sisi kiri dan kanan jentera dan di bahagian subframe.

Pilihan warna tersebut juga menyerlahkan lagi DNA Honda CBR yang sebelum ini popular pada jentera CBR1000RR-R dan CBR600RR.

Bagaimanapun, spesifikasi lain kekal sama termasuk enjin silinder berkembar 250cc DOHC yang menawarkan 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm.

Ciri lain turut dikekalkan termasuk fungsi quickshifter serta ABS dwi-saluran.

Sementara itu, Honda CBR250RR ini juga didatangkan dengan pilihan warna Mat Gunpowder Black Metallic.

Dalam perkembangan sama, BSH turut mengumumkan pilihan warna baharu bagi Honda Rebel 500.

Motosikal bercirikan cruiser dengan enjin parallel-twin 500cc itu kini tampil dengan warna Pearl Organic Green dan ditawarkan pada harga RM32,899.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube