Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim mengingatkan orang ramai bahawa berbasikal di lebuh raya adalah satu kesalahan.

Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

“Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal,” jelas Datuk Mat Kasim kepada HMetro.

Menurut Mat Kasim lagi, PDRM telah pun merekodkan lebih 150 kes kemalangan babitkan penunggang basikal dari Januari hingga September tahun ini dengan 71 kes daripadanya adalah kes kematian diikuti 24 cedera parah dan 55 cedera ringan.

Kebelakangan ini timbul beberapa video yang menunjukkan penunggang basikal melakukan kayuhan di jalan raya yang sesak termasuk di lebuh raya sekaligus mengundang pelbagai kritikan.- HM

Mercedes tidak akan menggantikan penaja utama Petronas dengan Saudi Aramco sebaik musim 2021 Formula 1 berakhir.

Selain menafikan laporan sebelum ini, menurut GPFans, kerjasama Petronas dan Mercedes akan diteruskan melangkaui musim 2022.

“Petronas dan Mercedes telah menjalin kerjasama sejak 2010 dan usaha ini memberi membawa manfaat kepada dua belah pihak.

“Tahun lepas, kami telah melanjutkan perjanjian untuk beberapa tahun akan datang dan kami berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama ini,” jelas jurucaka Mercedes kepada GPFans.

Laporan asal oleh Decalspotters sebelum ini mendakwa Petronas bakal menamatkan perjanjian selaku penaja utama Mercedes di F1 hujung musim 2021. – GPFans

Pengeluar motosikal China, CFMoto seakan memberi bayangan bakal memperkenalkan sebuah motosikal berkonsepkan sportsbike selepas mendedahkan jentera prototaip SR-C21.

Meskipun info terperinci tidak didedahkan namun difahamkan CFMoto bercadang membawa model ini ke peringkat pengeluaran pada 2022.

Rekaan depan prototaip ini tampak agresif terutamanya dengan bentuk lampu LED dengan DRL (daytime running light).

Selain daripada reka bentuk agresif, gambar dan video dikongsikan turut memaparkan beberapa spesifikasi tinggi antaranya Brembo, Ohlins, swingarm jenis ‘single-sided’, winglet dan ekzos SC Project.

Difahamkan, pembinaan prototaip ini juga mendapat sentuhan inspirasi daripada KTM dan pereka Eropah Kiska Design yang merupakan syarikat kerjasama dengan CFMoto.

Sementara itu, menurut info yang diperolehi, model ini akan dikuasakan enjin 400cc namun juga terdapat kemungkinan bakal ada varian dengan kapasiti lebih besar antaranya 790 atau 890cc.

Ini kerana berdasarkan video bunyi jentera tersebut pastinya merujuk kepada kapasiti yang lebih besar berbanding 400cc.

Petronas didakwa bakal menamatkan kerjasama dengan Mercedes-AMG Formula 1 (F1) sebaik musim 2021 berakhir.

Ini sekaligus menyaksikan usahasama antara Petronas dan Mercedes-AMG akan berakhir selepas 10 tahun sejak temeterainya perjanjian pada 2010.

Difahamkan, syarikat gergasi minyak dunia, Saudi Arabian Oil Co (Aramco) akan mengambil alih tanggungjawab selaku penaja utama Mercedes-AMG bermula musim 2022.

“Bukan satu kejutan bahawa Petronas akan menilai semula usaha pemasaran di F1 dan mengambil langkah pemotongan kos selepas ekonomi dunia terjejas teruk (ekoran Covid-19),” jelas laporan Decalspotters.

Petronas sebelum ini turut menamatkan kerjasama dengan pasukan Sepang Racing Team (SRT) dalam saingan MotoGP.

Jika laporan tersebut benar maka Petronas tidak lagi akan terlibat dalam sukan permotoran buat kali pertama sejak awal 90an. – Decalspotters

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun melancarkan TMax 560 2021.

Ini merupakan pelancaran rasmi (secara virtual) dilaksanakan pihak HLYM selepas hampir dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

Meskipun secara virtual namun perasmian kali ini ternyata mengujakan dengan pelancaran TMax 560 serta previu dua model ‘big bike’ lain.

Yamaha TMax 560 merupakan skuter maxi mewah yang ditawarkan Yamaha yang tampil dengan rekaan moden dan ciri dinamik digabungkan dengan enjin 562cc dua inline yang menjana 47hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5,250rpm.

Model ini juga tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya cakera brek berkembar dengan ABS dwi-saluran serta paparan TFT pelbagai fungsi.

  • fork depan USD 41mm berwarna emas
  • D-Mode 2 tahap
  • traction control
  • sistem Smart Key
  • grip dan tempat duduk dengan pemanas
  • penghadang angin boleh laras
  • cruise control

Menurut HLYM, TMax 560 2021 ini ditawarkan pada harga RM72,288 dengan dua warna pilihan Power Grey dan Tech Kamo.

Selain melancarkan Yamaha T-Max 560 dan MT-09 serba baharu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mendedahkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT 2021.

Kedua-dua model ini turut dinamakan semula dari Tracer 900 dan Tracer 900 GT sebelum ini.

Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini turut menawarkan sesaran enjin yang lebih besar, 890cc bagi tahun 2021 sekaligus menyaksikan peningkatan kuasa sehingga 4hp.

Model 2021 ini kini menawarkan 117hp hasil daripada Yamaha meningkatkan stroke enjin CP3 kepada 3mm sekaligus menyaksikan pertambahan sesaran enjin sebanyak 43cc.

Menariknya, Yamaha berjaya menghasilkan enjin yang lebih ringan walaupun memiliki kapasiti yang lebih besar dengan kuasa yang lebih tinggi.

Selain daripada enjin 890cc yang kini Euro 5, Yamaha turut mengemaskini chasis Tracer 9 dengan kerangka Deltabox die-cast jenis aluminum yang kini 2 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Menyumbang kepada kerangka baharu adalah bahagian swingarm yang telah direka semula yang kini 60mm lebih panjang berbanding swingarm MT-09 bagi menawarkant tunggangan lebih stabil.

Bukan itu sahaja, Tracer 9 ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan IMU 6-axis dari R1 sepertimana yang terdapat pada MT-09 2021.

Sistem IMU ini mengawal selia kawalan traction, kawalan slide, kawalan wheelie dan kawalan brek termasuk ABS (anti-lock braking system).

Tracer 9 dan Tracer 9 GT juga menawarkan empat mod tunggangan dengan lampu LED depan dan belakang serta klac assist dan slipper.

Kedua-dua model turut dilengkapi sistem cruise control yang didatangkan secara standard berbanding model sebelumnya yang hanya terdapat pada Tracer GT.

Selain daripada perubahan enjin dan kerangka, Tracer 9 ini juga tampail dengan panel serba baharu dengan dua paparan TFT 3.5 inci merupakan ciri paling menonjol.

Skrin sebelah kiri memaparkan informasi motosikal antaranya kelajuan, gear dan mod tunggangan manakala skrin kanan menyiarkan informasi lain mengikut tetapan penunggang.

Sementara itu, Tracer GT tampil dengan aksesori ‘touring’ termasuk ‘suspension elektronik separa aktif dari KYB, quickshifter serta lampu LED cornering.

Sementara itu, menurut HLYM, harga bagi Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini hanya akan diumumkan 21 November nanti.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube