Bikesrepublic

Berita Terkini

Kamax adalah satu lagi jenama yang telah mendapat sambutan di Malaysia, terutamanya dengan siri Cub mereka, yang diilhamkan oleh Honda Cub asal. Kini, telah disahkan bahawa Kamax Cub X akan datang ke Malaysia juga.

Kamax Cub X adalah berdasarkan model Cub Pro, kemudian dibuang bahagian yang dianggap tidak perlu seperti tempat duduk penumpang, pelindung kaki, dan pelindung rantai untuk menjadikannya sebagai cub pengembaraan. Sebaliknya, pelindung lumpur depan yang lebih besar dan panjang dipasang. Rodanya pula menggunakan jenis spoke wayar, berbanding jenis aloi tuang seperti pada model Super Pro.

Enjinnya juga nampaknya diilhamkan oleh Honda Cub, iaitu enjin silinder tunggal mendatar dengan penyejukan udara, walaupun dengan kapasiti 147.5cc. Ia menghasilkan 9.1 hp (6.8 kW) pada 7,500 RPM dan 10.5 Nm pada 5,000 RPM. Ia menggunakan sistem suntikan bahan api (fuel-injected), bukan karburetor. Kuasa disalurkan melalui klac emparan (‘centrifugal‘) dan transmisi empat kelajuan.

Pada bahagian casis, rangkanya menggunakan tiub keluli jenis ‘underbone’. Ia dilengkapi dengan brek cakera di depan dan belakan, fork hidraulik di depan, dan dua penyerap hentakan di belakang. Ciri-ciri lain termasuk lampu LED dan tangki bahan api berkapasiti 3.8 liter. Kamax mendakwa berat basah motosikal ini adalah 110kg.

MForce Bikes Sdn. Bhd. telah mengesahkan bahawa Kamax Cub X akan dibawa ke Malaysia, dan akan dijual pada harga RM 8,888. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kamaxgroup.com.

 

BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk BMW R 12 2025, bermula dari RM 119,500 (di atas jalan tanpa insurans).

Bagi mengimbas kembali, BMW R 12 yang baharu ini menggunakan enjin Boxer 1170cc (dua silinder mendatar) yang menghasilkan 95hp pada 6,500 RPM dan 110Nm pada 6,000 RPM, berbanding enjin Boxer 1800cc yang disejukkan udara/minyak yang digunakan oleh R 18. Model asas R 12 ini mengambil bentuk kruiser, bukannya standard, dengan roda depan 19 inci dan roda belakang 16 inci.

Dari Siaran Rasmi

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi untuk All-New BMW R 12, tambahan terkini dalam barisan Heritage mereka.

All-New BMW R 12 menggabungkan warisan klasik dengan inovasi moden, memberikan pengalaman menunggang yang autentik yang merangkumi semangat #MakeLifeARide. Sebagai bukti semangat BMW Motorrad untuk evolusi, roadster Heritage ini menampilkan enjin R boxer ikonik, memberikan pengendalian yang lancar dan responsif sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan desa yang berliku. Ia menggabungkan estetika retro dengan teknologi canggih, menjadikannya motosikal yang sempurna untuk penunggang yang menghargai pesona klasik sambil menginginkan keseronokan dan inovasi.

Perkhidmatan Kewangan

Dengan Pelan Pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan All-New BMW R 12 bermula dari RM1,668 (berdasarkan anggaran Pembiayaan Garis Lurus dengan pinjaman 90% selama 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan Program Minyak Enjin Premium Termasuk, Servis Termasuk dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program ini, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit RM 119,500 adalah di atas jalan (tanpa insurans), dengan Program Waranti 3 Tahun Baharu dan Program Bantuan Jalan Raya 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Pirelli disahkan akan mengambil alih sebagai pembekal tayar tunggal daripada Michelin untuk kejuaraan MotoGP bermula 2027.

Siri perlumbaan motosikal elektrik, MotoE, juga akan menggunakan tayar Pirelli dari saat itu dan seterusnya.

Perjanjian dengan badan pentadbir MotoGP akan meliputi tempoh lima tahun sehingga 2031. Pirelli sudah menjadi pembekal tayar tunggal untuk kelas Moto3 dan Moto2, selepas mengambil alih dari Dunlop sejak tahun lalu. Langkah ini menyaksikan masa pusingan menurun dengan ketara serta perlumbaan yang lebih rapat.

Pirelli telah menjadi pembekal tayar untuk Kejuaraan World Superbike selama bertahun-tahun. Selain perlumbaan motosikal, Formula 1 juga menggunakan tayar Pirelli, menjadikan syarikat itu sebagai pembekal untuk peringkat tertinggi perlumbaan bermotor.

Sebaliknya, Dunlop adalah pembekal tayar tunggal untuk kategori Superstock dalam Kejuaraan Dunia Ketahanan FIM.

Walau bagaimanapun, kami mengesyaki ia tidak akan menghalang sesetengah orang daripada merungut untuk membawa kembali jenama tertentu. Sebelum ini, apabila Bridgestone pertama kali masuk ke MotoGP, ramai yang mengatakan Michelin lebih baik. Kemudian, apabila Michelin kembali, mereka mengatakan Bridgestone lebih baik. Ia akan menarik untuk melihat jenis komen apa yang akan muncul seterusnya.

X-Wedge, jenama ‘super cruiser‘ dari China, bakal memasukki pasaran motosikal Malaysia.

Tidak seperti pengeluar China lain yang membina perniagaan mereka daripada motosikal berkapasiti kecil sebelum bercimpur di dalam pasaran motosikal besar, X-Wedge menumpukan perhatian pada kruiser dengan enjin besar yang diilhamkan oleh enjin V-Twin Amerika berkapsiti tinggi, walaupun lebih mirip dengan motosikal Indian berbanding Harley-Davidson. X-Wedge membuat penampilan sulung mereka pada 9 September 2023 dan merupakan anak syarikat Kumpulan Perindustrian Huansong yang berpusat di Chongqing, China, yang telah menjalankan perniagaan sejak tahun 1988.

Katalog mereka diperkukuh dengan barisan 5 model, di mana empat daripadanya menggunakan enjin V-Twin 2000cc. Enjin gergasi ini dikatakan berasal dari S&S, pengeluar enjin V-Twin berprestasi tinggi yang digunakan oleh pengeluar motosikal kustom seperti Titan (yang sudah muflis) dan juga Orange County Motorcycles.

Enjin ‘big block‘ X-Wedge (istilah kami untuk membezakannya dengan enjin yang lebih kecil – Pengarang) mempunyai dimensi silinder yang jarang ditemui, iaitu gerek 108 mm x lejang 108 mm. Apabila didarabkan dengan dua silinder, anda akan mendapat 1979cc. Seperti konvensyen kruiser, enjin ini dilengkapi dengan injap OHV (‘overhead valves‘) yang diaktifkan oleh ‘pushrod‘. Enjin ini dikatakan menghasilkan 103 HP pada 5,000 RPM dan 158 Nm tork pada 3,000 RPM. Itu adalah julat kuasa yang sesuai untuk sebuah motosikal kruiser.

Walaubagaimanapun, nisbah mampatan agak rendah untuk enjin moden, iaitu hanya 9.75:1. Adakah pengeluar merancang untuk menggunakan pengecas seperti turbo atau meningkatkan lejang pada masa hadapan, atau menyediakan ruang untuk pelanggan melakukannya? Mungkin. Walauapapun, nisbah mampatan yang rendah ini bermakna anda boleh menggunakan petrol oktan rendah, jadi tiada masalah jika anda menunggang ke lokasi terpencil.

Selain itu, yang tidak kurang mengagumkan ialah X-Wedge sudah mempunyai koleksi pasaran selepas dan gaya hidup yang besar. Kedai konsep utama mereka juga termasuk sebuah Ace Café.

Barisan motosikal X-Wedge

Ranger RX2000

Bermula dengan kruiser asas ialah Ranger RX2000. Ia menampilkan rekabentuk rendah dan jarak roda panjang yang sinonim dengan sebuah kruiser, dengan gaya ‘hardtail‘, serta beberapa sentuhan moden. Model dalam gambar kami menunjukkan skema cat yang lebih sporty, tetapi laman web syarikat memaparkan motosikal dengan banyak bahagian krom. Ia dikuasakan oleh enjin ‘big block‘. Bahan api dibawa dalam tangki 18 liter dan motosikal ini mempunyai berat 350 kg.

Rover RL2000

Ini adalah varian jelajah jauh berdasarkan model Ranger. Ia dilengkapi dengan fairing atas yang besar, pelindung kaki, papan kaki, kotak sisi, kotak atas dengan sandaran belakang dan sandaran tangan untuk penumpang. Ia mempunyai tangki bahan api 18 liter dan beratnya 420 kg.

Vanguard VT2000

Ia berdasarkan model Rover RL2000, tetapi dengan dua roda belakang, menjadikannya sebuah ‘trike‘. Seperti dua model lain, ia menggunakan enjin ‘big block‘, mempunyai tangki 18 liter dan beratnya mencecah 505 kg.

Voyager VS2000

Pada asasnya, ini adalah Ranger RX2000 dengan kereta sisi. Oleh itu, ia berkongsi spesifikasi yang sama dengan Ranger. Beratnya dikatakan 490 kg.

Walker WR1000

Walker WR1000 menampilkan rekabentuk yang jauh berbeza daripada barisan kruiser X-Wedge, dengan penampilan futuristik dan dua roda depan seperti Cam-Am. Ia dikuasakan oleh enjin V-Twin 121 inci padu (975cc) yang menghasilkan 81 HP dan 80 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui tali sawat, setelah melalui transmisi CVT. Dan ya, ia mempunyai gear undur.

Model-model yang akan ke Malaysia

Kami mendapat maklumat bahawa tiga model yang akan datang ke Malaysia adalah Ranger RX2000, Rover RL2000, dan Vanguard VT2000. Ketiga-tiga model ini akan diimport dalam bentuk ‘Completely Knocked Down‘ (CKD) dan dipasang di sini, oleh itu harga permulaan yang menarik sekitar RM 90,000. Pengedar tempatan, MForce Bikes Sdn. Bhd., merancang untuk membuka kedai konsep di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak.

Galeri foto

Cyclone RA600 turut dilancarkan bersama scrambler retro RE600 dan skuter RT3e.

Sementara RE600 mengambil bentuk scrambler retro, RA600 adalah bobber/cruiser retro dengan beberapa sentuhan futuristik. Kedua-duanya berkongsi enjin parallel-twin 550cc yang sama yang menghasilkan 58 HP dan 55 Nm tork. Begitu juga, rangka dan brek adalah sama, walaupun RA600 mempunyai brek cakera tunggal dengan kaliper brek depan J.Juan yang sama.

Selain itu, RA600 mempunyai bahagian hadapan yang berbeza dengan gaya ‘girder,’ posisi tempat duduk, dan penempatan kaki. Tambahan pula, motosikal ini menggunakan pemacu akhir tali sawat berbanding rantai pada RE600. Roda pula berukuran 16 inci di kedua-dua hujung untuk memberikan sikap menunggang yang rendah. Terdapat pelarasan untuk “fork.”

Tangki bahan api memuatkan 14.5 liter, pencahayaan menggunakan LED, manakala elektronik termasuk ABS dwi-saluran dan sistem kawalan traction.

Galeri foto

Cyclone RE600 turut dilancarkan bersama skuter Cyclone RT3e.

MForce sebenarnya melancarkan dua model berdasarkan platform 600cc dalam acara yang sama. Salah satunya adalah RE600 scrambler retro ini dan RA600 bobber retro. Mereka juga melancarkan motosikal pengembaraan RX650.

Oleh itu, RE600 dilengkapi dengan enjin parallel-twin 550.5cc yang menghasilkan 58 HP pada 8,500 RPM dan 55 Nm tork pada 6,500 RPM. Kelajuan maksimum didakwa mencapai 170 km/j. Sistem kawalan traction (TCS) disediakan sebagai standard.

Rangkanya terdiri daripada bingkai tiub keluli, fork terbalik di bahagian hadapan, dan monoshock di bahagian belakang. Tugas memberhentikan motosikal dikendalikan oleh brek cakera berkembar di hadapan dan brek cakera tunggal di belakang. Brek tersebut disokong oleh ABS. Kedua-dua roda berukuran 17 inci.

Ciri-ciri lain termasuk lampu hadapan LED bulat, bersama lampu belakang LED, dan isyarat belok. Seperti motosikal moden, panel instrumennya adalah skrin TFT berwarna penuh.

Bahan api disimpan dalam tangki besar berkapasiti 20 liter, dan ketinggian tempat duduk adalah rendah pada 800 mm.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube